tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 13 April 2009

PILIHANRAYA BUKIT GANTANG:BUKTI BN DAPAT BANYAK UNDI MELAYU

Pengundi Cina termakan dakyah Pas, DAP: Zambry


ZAMBRY ketika ditemu bual wartawan Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.

Pilihan raya Bukit Gantang bukti BN dapat banyak undi Melayu

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir, berkata Pas tidak boleh mendabik dada mendakwa Pakatan Rakyat mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu walaupun parti itu menang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, minggu lalu.

Beliau berkata, kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian kerana mendapat sokongan pengundi Cina yang terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah Pas dan DAP.

Katanya, sebelum pilihan raya itu, Mohammad Nizar dalam temu bual dengan sebuah akhbar mendakwa mendapat sokongan 70 peratus pengundi Melayu dan mempunyai kelebihan berbanding BN serta Umno dan bukan boneka kepada DAP termasuk ketika menjadi Menteri Besar Perak.

"Mereka menyatakan Pas bukan boneka DAP kerana mendapat sokongan Melayu. Namun, selepas keputusan diumumkan, terbukti BN dan Umno mendapat lebih banyak sokongan pengundi Melayu. Pas hanya mendapat 42 peratus undi Melayu, menurun daripada 47 peratus.

"Sokongan besar yang diperoleh di kawasan pengundi Cina membuktikan Pas dijadikan boneka oleh DAP. Pengundi Cina memilih calon Pas kerana menyokong DAP yang mempunyai 17 kerusi dalam DUN Perak selepas seorang wakilnya menjadi Adun bebas," katanya dalam temu bual dengan Berita Harian, di sini semalam.

Dr Zambry juga menafikan dakwaan Pas, keputusan itu menunjukkan rakyat tidak bersetuju dengan cara BN mengambil alih kerajaan Perak pada awal Februari lalu.

Beliau berkata, apa yang sebenarnya berlaku ialah cara Pakatan Rakyat membohongi rakyat dengan memberi gambaran seolah-olah BN melakukan rampasan kuasa secara tidak sah sehingga ia terpahat dalam pemikiran mereka.

Katanya, apa yang sebenarnya berlaku ialah BN menguasai kerajaan mengikut peraturan dan Perlembagaan negeri selepas mendapat majoriti dalam DUN tanpa membelakangkan undang-undang.

"Mereka memberi gambaran sehingga rakyat menyatakan ia benar-benar rampasan kuasa tanpa melihat proses itu dilakukan mengikut undang-undang. Dulu, selepas pilihan raya umum, walaupun BN parti tunggal mendapat 28 kerusi DUN, kita merelakan mereka membentuk kerajaan secara pakatan beberapa parti.

"Kita mengambil kira budi bicara Tuanku (Sultan Perak) yang memperkenankan pembentukan kerajaan pada ketika itu. Kini apabila tiba giliran kita mendapat sokongan daripada tiga Adun bebas sehingga ada majoriti 31 kerusi, mereka menipu rakyat dengan menyatakan tindakan kita salah," katanya.

6 ulasan:

  1. ambeklah kamu menang.. kamal.
    siapa lagi yang akan menang sorak, jika bukan deme. dan betullah tu, semua orang lain salah..

    BalasPadam
  2. Oii Kamalfarsya

    Kalau kome dah kalah macam-macam alasan. Kat orang kampung kome bolehle kelentong...sampai bila kamu nak kelentong. Tuiiii....

    BalasPadam
  3. Datok Dr.Zambry jangan lupa diri.....
    Apa dia ingat dia Menang Adun Pangkor siapa yang sokong dia banyak.....Tanyalah Cina dan India Pangkor...Kalau dah kalah mengakujelah...

    BalasPadam
  4. slm tepat sungguh analisis..syabas...nak sedapkan hati...itu prk hr bekerja..golongan muda melayu ramai yg x balik...pikirlah sendiri apa kesannya...tahniahlah

    BalasPadam
  5. DUN perak bubarkan aje zamry ooooooooi,
    selepas itu baru lah kamu buat komen.

    BalasPadam
  6. calon yang kalah kena terus bekerja di bukit gantang.Jangan lupa pada lebih 20 ribu pengundi yang mengundi calon BN.Dengan cara ini saja BN akan dapat mengekalkan undi dan mungkin dapat menarik undi penyokong pembangkang dalam pru 13 nanti

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH