tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 11 April 2009

Pemuda UMNO nak jadi ‘ Suara Rakyat Malaysia’ dan tiada lagi program ‘ syok sendiri’



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi ‘Suara Rakyat Malaysia’ dengan mendengar inspirasi rakyat bawahan, keluhan rakyat miskin dan terpinggir.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar menganggap dirinya tidak tersenarai dalam jemaah kabinet memberi satu hikmah bagi membolehkan sayap parti itu menjadi pembela kepada rakyat bawahan.

Menurut Khairy, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan digembelingkan untuk menjadi ‘Suara Rakyat Malaysia’ dengan membawa tindakan yang mencerminkan kehendak rakyat.

“Kita akan mencari beberapa isu untuk diselesaikan melalui suara pemuda. Kita akan membawa pendekatan terus kepada masyarakat, rakyat dan pada semua pihak bukan hanya tertumpu pada ahli UMNO sahaja,” jelasnya.

Beliau menyatakan kesediaannya untuk menjadi ‘golkar’ parti yang akan bekerja siang dan malam tanpa rehat bagi membawa isi hati rakyat.




Khairy berkata demikian ketika berucap di majlis Kesyukuran dan Program Exco Turun Padang serta perasmian Pasukan Gerak Khas Pemuda Selayang di Rawang malam Sabtu.

Beliau juga mengumumkan penubuhan sebuah biro khas Hal Ehwal Bandar dalam pergerakan itu khusus untuk melihat dan membantu menyelesaikan masalah generasi muda di bandar dari segi perumahan, kesihatan, ekonomi, penjaja kecil, pengusaha kecil, jenayah, keselamatan dan sebagainya.

Sementara itu semasa ditemui wartawan selepas majlis itu, Khairy memberitahu bagi menawan hati pengundi-pengundi muda dan pengundi atas pagar, Pergerakan Pemuda UMNO perlu menganjurkan program yang melibatkan orangramai dari semua kaum.

Katanya, “kita tidak seharusnya menganjurkan program syok sendiri yang hanya melibatkan ahli UMNO sahaja, kita turun ke bawah berjumpa bersalam dengan orang yang sama, kita berceramah pada orang sama, kita bercakap pada orang yang sama yang totok UMNO dan Barisan Nasional sahaja.”

“Kita kena berubah dan keluar dari ruang selesa, kita kena mendekati dan bersama mereka yang sebelum ini ragu-ragu dengan perjuangan kita, dengan pendekatan yang lebih baik akan memastikan mereka yang mengundi di saluran 4, 5 dan 6 kembali memberi sokongan pada kita pada PRU 13 nanti,” tegas Khairy.

Menjawab soalan beliau tidak dilantik dalam kabinet sebagai tidak mengiktiraf pucuk pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy menegaskan pemimpin terdahulu seperti Datuk Suhaimi Kamaruddin dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pun tidak dilantik dalam kabinet.

“Perlantikan Naib Ketua (Razali Ibrahim) sudah cukup membukti pucuk pimpinan mengiktiraf Pemuda manakala perlantikan Datuk Mukhriz juga boleh dianggap pengiktirafan kerana beliau adalah bekas exco pemuda,” tambahnya.

“Ada sesetengah pemimpin UMNO pun boleh jadi orang parti, jaga parti, kuat dan kukuhkan parti…saya salah seorang yang terpilih untuk bekerja sepenuh masa dengan parti maka saya terima cabaran ini dengan hati terbuka,”

Ditanya samada beliau rasa kecewa, Khairy berkata, “saya tidak rasa kecewa kerana banyak tugas untuk saya. Tugasan saya amat berat tetapi ianya beri semangat dan mencabar.”

“Pemuda akan konsisten dengan amanat Perdana Menteri agar ‘Rakyat Didahulukan’ melalui konsep ‘Suara Rakyat.” ujarnya.

Turut sama dimajlis itu Ketua UMNO Bahagian Selayang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang Abdul Shukor Idrus, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sohaimi Shahadan disamping Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Lokman Nor Adam, Shafiqurrahman Shamsuddin, Mohd Afandi Yusoff dan Nazir Hussin Akhtar Hussin.

1 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Ulasan saya mudah,memeng Ketua pemuda yg baru syok sendiri sekarang ni .Bukan saja KJ tak di senaraikan dalam Kabinet yg baru ,Bapak mertua KJ pun tak di minta komen terhadap kabinet yg baru . KJ kena sedar la ni saluran elektonik media pun da tak nak tonjolkan muka bapak mertuanya. So bila (chet det)da mula nak menjadi penasihat PM baru ,adalah lebih baik KJ tinggalkan perjuangan UMNO sekarang sebelum di gayah oleh anak2 CHET DET . Sebelum di malukan lebih teruk ,eloklah undur diri dengan bermaruah dari di calit dengan penghinaan . Kami di PAKATAN RAKYAT akan sentiasa berdiri teguh menerima saudara KJ sebagai ahli Pakatan Rakyat ,tak kiralah parti mana KJ nak, Pas pun OK , DAP pun ok atau Keadilan pun ok .Join Pakatan Rakyat biar kami gayang habis habisan kumpulan yang Pro anak2 CHET DET.Kalau boleh ajak Pak Lah join sekali Pakatan Rakyat

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH