tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 11 April 2009

LANTIKAN MUHYIDDIN BAWA HARAPAN BARU MANSUH DASAR PPSMI

PETALING JAYA: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyifatkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran yang baru seperti satu harapan positif terhadap gesaan supaya kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata pihaknya menyambut baik pelantikan Muhyiddin kerana beliau yakin Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri akan memandang berat mengenai isu PPSMI.

"Baguslah dah ada Menteri Pelajaran yang baru kerana kita percaya ada maksud tertentu mengenai pelantikannya (Muhyiddin).

"Sebelum beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya ada berkomunikasi dengannya dan beliau sendiri ada bertanya mengenai perkembangan GMP...jadi nampak macam ada harapanlah," katanya kepada mStar Online.

Selain itu jelas Hassan, gandingan Muhyiddin bersama timbalannya di Kementerian Pelajaran iaitu Datuk Dr. Puad Zakarshi turut mempunyai siknifikasi yang positif.

"Semua orang tahu sama ada di Parlimen atau dalam umno sendiri Dr. Puad membantah sekeras-kerasnya dasar PPSMI.

"Saya amat yakin ada tujuan atau maksud tertentu disebalik pelantikannya di Kementerian Pelajaran.

"Mungkin ada maksud atau tujuan baik untuk mansuhkan PPSMI, jika tidak mengapa nak lantik beliau kerana beliau memang lantang membantah," katanya.

Tambah Hassan lagi, pihaknya tetap konsisten dalam tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan dasar yang dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun siapa yang jadi Menteri atau Perdana Menteri, kita tetap akan teruskan gesaan hingga dasar yang mempunyai banyak kelemahan ini dimansuhkan," katanya.

Menurut beliau lagi kerajaan sebenarnya tidak ada pilihan lain melainkan akur dengan permintaan rakyat yang mahu dasar PPSMI dimansuhkan.

"Bukan sahaja kaum Melayu malah kaum-kaum lain juga membantah mengenai PPSMI, rakyat mahukan pengajaran Sains dan Matematik dikembalikan ke dasar asal iaitu diajar dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing," katanya.

Hassan turut memberitahu bahawa GMP akan mengatur pertemuan pihaknya bersama Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran yang baru bagi membincangkan mengenai dasar PPSMI.

"InsyaAllah kita akan meminta untuk adakan pertemuan dengan mereka dalam waktu terdekat," katanya.

2 ulasan:

  1. Rakyat malaysia sekurg-kurang nya boleh bercakap 2 bahasa jika PPSMI DITERUSKAN, nampaknya saudara nak undur kebelakg bila PPSMI di mansuhkan maka lepas tu makin tercicirlah org melayu kebelakg kerana tidak boleh bertutur dlm bhs Inggeris.Nak kerja dgn syarikat china kena tahu bahasa Tionghua....tapi tak pelah boleh kerja dgn kerajaan kan...tak de hal lah.Janji impian puak -puak yg ingin memansuhkan PPSMI berjaya......masa depan genersai akan datg dah tak penting kut...sebab kita sentiasa rasa susah nak buat sesuatu nak belajar bahasa pun susah.....ikut pandaimu....nak mudah belaka...

    BalasPadam
  2. Gerakan GMP dipelopori oleh golongan sasterawan yang kononnya sentimental terhadap bahasa Melayu. Sebenarnya ada banyak lagi isu Melayu yang harus diperjuangkan oleh mereka terutama masalah sosial Melayu yang sudah meruncing.
    Kenapa perjuangkan isu bahasa dalam pendidikan Sains dan Matematik? Perkembangan Sains dan Teknologi begitu pesat sehingga jika kita terjemah sesuatu buku sains, menjelang siap banyak perkembangan lain yang berlaku.
    Jika bangsa kita macam bangsa Cina, Jepun, Rusia, Inggeris yang selama ini berperanan sebagai pencipta teknologi, kita boleh mengembangkan teknologi dalam bahasa kita. Selagi kita terbatas sebagai pengguna teknologi, jangan harap bangsa kita akan maju dengan membuang masa mengajar, belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.
    Yang masalah adalah guru yang tidak mahir berbahasa Inggeris, bukan pelajar. Tapi yang ternaya adalah pelajar.
    Saya cadangkan monyet-monyet GMP duduk diam dan tersu bersastera dan memperkayakan bahasa kita lagi. Kalau betul-betul nak perjuangkan bahasa Melayu lihatlah nasib tulisan jawi yang makin terpinggir sekarang.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH