tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 17 Oktober 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:UMNO MENJUNJUNG TRADISI MENZAHIR PERUBAHAN

SEAWALNYA saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh.”

Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya: “Sesuatu yang benar dan hak namun tidak tersusun akan dikalahkan oleh yang batil dan salah, tetapi diatur dengan tersusun.”

Pertama sekali, seperti lazimnya, marilah kita mengangkat rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam, yang mana dengan keredaan-Nya jualah, dapat kita sekali lagi berhimpun pada pagi yang mulia ini.

Sesungguhnya Dewan Merdeka ini telah beberapa dekad menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa, silih berganti, perjalanan suka duka, pahit maung dan manisnya sebuah parti keramat yakni UMNO, parti kita semua ini.

Perhimpunan pada pagi ini juga penuh bermakna dan bertuah, kerana di bawah bumbung UMNO, hadir mantan Presiden yang kita kasihi. Marilah kita sambut dan raikan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan YAB Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Demikianlah contoh semangat juang dalam jiwa pemimpin UMNO yang tidak pernah pudar. Bahkan terus mekar, terus bersedia untuk bersama-sama dalam sebuah perjuangan yang belum selesai, demi membina bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan semangat dan kekuatan inilah, kita akan bangkit kembali membina keagungan bangsa yang sungguh banyak jasanya pada negara tercinta.

Perhimpunan Agung kali ini mencatat beberapa mercu tanda. Pertamanya, satu sejarah secara peribadi kerana inilah ucapan dasar sulung saya, selaku Presiden UMNO sejak mengambil alih pucuk pimpinan, secara rasmi pada bulan Mac lalu. Syukur, peralihan kuasa yang tertib, lagi licin bersandarkan tradisi mulia UMNO, telah berlangsung dan dimungkinkan oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Keduanya, perhimpunan kali ini hanya dalam jangka masa enam bulan dari tarikh perhimpunan yang lalu, menyaksikan satu langkah berani UMNO membuat pindaan besar terhadap perlembagaan parti seraya membuktikan UMNO tidak jumud dan bukanlah parti yang lapuk. Sebaliknya, dengan pindaan ini, jelas memperlihatkan kesungguhan UMNO untuk menjadi sebuah parti yang dinamik, progresif dan responsif kepada kehendak semasa.

Ketiganya, perhimpunan ini akan menjadi titik monumental, kepada UMNO yang akan meninta perjalanan di atas lembaran baru, dengan semangat baru, pendekatan baru dan hala tuju yang baru.

Begitulah, pada pagi bermakna ini, dalam keceriaan bulan Syawal yang mulia, meraikan kemenangan, menentang kehendak hawa nafsu di Ramadan lalu, kita sewajarnya dengan penuh rasa syukur mengucapkan pula ungkapan Alhamdulillah, ke hadrat Yang Maha Kuasa atas kejayaan kita, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dengan lonjakan majoriti yang berganda.

Sayugialah, saya merakamkan sekalung kata terima kasih kepada semua pimpinan di setiap peringkat yang telah bertungkus lumus, bekerja keras serta orang ramai terutamanya para pengundi dalam menggondol kemenangan bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden parti. Sememangnya kejayaan ini, membenarkan hakikat bahawa, UMNO masih merupakan parti pilihan orang Melayu dan UMNO masih merupakan parti pilihan rakyat.

Ini membuktikan juga bahawa rakyat tempatan dari semua kaum dan semua lapisan menyuarakan keinginan mereka dengan jelas untuk terus berlindung di bawah naungan Barisan Nasional.

Kenapakah, pilihan ini telah dibuat, tuan-tuan dan puan-puan? Sudah terang lagi bersuluh, kerana Barisan Nasional merupakan parti yang terbukti kecemerlangannya dalam pentadbiran negara, kerana Barisan Nasionallah yang sebenarnya menjadi pembela rakyat selama ini.

Walau apa pun, kita harus menerima kemenangan ini dengan tenang, penuh tawaduk dan rasa kerendahan hati. Seperti kata pepatah Inggeris One swallow does not make a summer. Takkanlah dek kerana seekor burung lelayang, kita merasakan musim panas sudah tiba? Atau, disesuaikan dalam simpulan bahasa Melayu “Janganlah kerana mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.” Kita tidak boleh mudah berasa selesa atau lega bahawa kita menjadi parti pilihan rakyat, hanya kerana tiada parti lain yang boleh diharapkan, atau dengan kata lainnya, yang terbaik antara yang buruk.

Di Bagan Pinang, kita dapati orang bukan Melayu menerima UMNO dengan hati yang terbuka. Jelasnya, di kawasan pilihan raya yang pengundinya terdiri daripada masyarakat majmuk seperti ini, kita mahukan UMNO diterima rakyat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan bukan sahaja untung nasib Melayu dan bumiputera akan tetapi menjangkau semua kumpulan etnik di Malaysia.

Ini bertepatan dengan Surah Al-Maidah ayat ke-8, di mana Allah SWT menyeru kita, supaya menjadi orang yang berlaku adil, serta menegakkan kebenaran kepada semua kaum dan bangsa, kerana berlaku adil itu dekat kepada takwa. Kalau kita menjaga kebajikan semua rakyat, maka pastinya rakyat, tanpa mengira bangsa dan keturunan, akan dengan relanya menyokong serta mengangkat kepimpinan parti kita.

Dalam hal ini, mahu tidak mahu, UMNO perlu menjadi parti yang lebih terbuka pendekatannya. UMNO perlu dipilih atas sebab parti kita adalah yang terbaik, sama ada dari sudut organisasi, gerak kerja, matlamat, ataupun sistem nilai yang mendasari pertubuhan ini.

Kalau inilah resipi kejayaan kita barubaru ini di Bagan Pinang, yang telah meraih majoriti besar, maka, saya yakin dan percaya dengan mengguna pakai ramuan ini di tempat-tempat lain pun, selepas ini, kita akan menikmati kejayaan yang sama atau lebih besar lagi, insya-Allah.

Sejarah adalah guru yang terbaik. Musim dan masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Kata George Santayana, seorang pemikir tersohor: “Mereka yang ingkar untuk memahami dan tidak belajar daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang sama”.

Pokoknya, peristiwa sejarah bukan sahaja untuk dicontohi dan diikuti, tetapi ia menunjang sebagai peringatan dan sempadan terbaik kepada umat manusia bagi mengurus realiti semasa untuk melakar hari muka dengan lebih berjaya.

Jelas sekali, manusia yang mendapat pengajaran betul serta benar daripada peristiwa sejarah, boleh mengelak daripada melakukan kesilapan dan tindakan yang akan membawa kepada kejatuhan sesebuah negara mahupun tamadun. Maknanya, untuk menongkah masa depan yang cemerlang, kita perlu berakar teguh, dengan beriktibar daripada sejarah dan sistem nilai. Barulah kita berupaya untuk tegak menghadapi masa mendatang, dengan persediaan yang rapi serta serasi menurut hambatan zaman. Oleh kerana itulah, saya memilih tajuk ucapan pagi ini sebagai Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan.

Jadinya tuan-tuan dan puan-puan, menyongsong tawarikh, jika diamati, tahun ini adalah tahun yang signifikan bukan sahaja dalam susur galur negara tetapi juga susur galur parti UMNO. Sekitar tempoh ini, lima puluh tahun yang lalu, Malaysia mula mengamalkan demokrasi berparlimen secara mutlak, apabila pilihan raya umum pasca merdeka yang pertama diadakan pada 1959. Sekitar waktu ini juga, 40 tahun yang lalu yakni pada 1969, UMNO telah mengepalai usaha untuk menyelamatkan negara daripada ambang kehancuran, natijah konflik antara kaum.

Kira-kira kala ini juga, 20 tahun lalu iaitu 1989, UMNO telah menerajui usaha untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan memulakan proses industrialisasi negara. Manakala masih segar terakam dalam ingatan ramai, pada detikdetik ini pulalah, 10 tahun dulu yakni 1999, UMNO sekali lagi telah bingkas beraksi, menyelamatkan negara daripada jatuh merudum ke dalam cerun krisis kewangan Asia.

Sekali lagi, apa yang mustahak untuk diketahui adalah, kesemua tindakan hebat yang dinyatakan ini, nakhodanya adalah kepimpinan UMNO, berlandaskan kebijaksanaan pemikiran yang kreatif lagi berinovatif. Segala-galanya dilakukan atas nama kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Mengenang peristiwa dan kejadian juga, jangan mudah kita lupa bahawa selepas Tragedi 13 Mei 1969, para pemimpin UMNO boleh memilih untuk tidak meneruskan demokrasi yang telah digantung. UMNO juga boleh memutuskan untuk menubuhkan kerajaan satu parti atau mungkin menyokong saja pihak angkatan tentera melakukan kudeta.

Akan tetapi, harus barang diingat, itu semua tidak dilakukan. Malah UMNO berusaha keras untuk mengembalikan demokrasi dalam masa 18 bulan. Ini jelas mempamerkan bahawa, UMNO bukan sebuah parti yang mabuk kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman.

Sehubungan itu, jika kita ingin tahu apakah maksud perkauman yang sebenar, lihat sahaja, sejarah Afrika Selatan, sewaktu dicengkam aparteid. Bahkan di Amerika Syarikat pun, amalan perkauman secara terang-terangan berlaku sehingga pertengahan tahun 1960-an. Sekolah, bilik air, tempat makan di restoran malah tempat duduk dalam bas antara kaum ternyata dibeza-bezakan.

Semuanya ini, hanya berakhir setelah keputusan pengasingan kaum, institusi pendidikan tahun 1954 oleh Mahkamah Agung melalui kes Brown lawan Lembaga Pendidikan Kansas, Akta Hak Sivil tahun 1964 dan Akta Hak Mengundi tahun 1965 digubal.

Dalam konteks ini, nampaknya berbeza benar keadaan kita di Malaysia dengan realiti di dunia luar. Ehwalnya, orang Melayu adalah bangsa yang bersifat amat inklusif dan merangkumi.

Jelasnya lagi, jika orang Melayu bersikap dan bersifat perkauman mana mungkin Melaka boleh menjadi sebuah pelabuhan entreport yang makmur pada abad ke-15.

Bersabit isu ini juga, kalaulah ada mana-mana pihak yang tanpa usul periksa, begitu semberono menempelak UMNO sebagai sebuah parti perkauman harus terlebih dahulu mencermin diri secara ikhlas. Mereka harus sedar akan realiti komposisi kaum dalam parti mereka sendiri. Adakah ia benar-benar melambangkan keterbukaan yang mereka jerit dan laung-laungkan?

Sedangkan jika betullah orang Melayu rasis bagai didakwa, tidak mungkin kita bersifat amat bertolak-ansur terhadap budaya etnik-etnik lain seperti yang diamalkan. Tak mungkin juga kita benarkan sekolah-sekolah aliran kebangsaan diwujudkan, bahkan mustahil pula untuk bekerjasama dengan begitu akrab bersama-sama parti komponen lain dalam Barisan Nasional sejak berdekad lamanya.

Oleh itu, kepada pihak-pihak tertentu, janganlah angkuh mengaku, bahawa merekalah kononnya sebuah parti pelbagai kaum yang mempunyai keabsahan moral dan keikhlasan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini.

Lumrahnya, kita dapati bahawa sesuatu matlamat yang baik sahaja tanpa diseimbangi pengalaman, dihiasi kesederhanaan serta dipimpin bersandarkan perspektif sejarah. Jika pun betul, bukan sahaja tidak akan menghasilkan yang baik, sebaliknya boleh pula menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan kezaliman.

Berasas legenda silam, UMNO perlu juga menggali dan mencontohi kekayaan tradisi pemikiran strategik era keagungan kerajaan Melayu Melaka. Keagungan empayar Melaka di tengah-tengah dua kuasa besar ketika itu, yakni China dan Siam mempertontonkan bahawa kuasa minda mampu mengatasi dan menundukkan semua.

Justeru itulah, saya sering menekankan, pertarungan sebenar masa kini dan pertarungan sebenar masa depan adalah pertarungan minda.

Begitu terserlah di era itu, Bendahara Tun Perak yang arif lagi bijaksana dengan menggunakan kehebatan mindanya penuh berhemah dan berhelah, berjaya menjulang Melaka ke tempat yang tinggi.

Sekalipun Melaka merupakan kuasa kecil berbanding China dan Siam, ia berjaya bukan sahaja mengekalkan kemerdekaan selama lebih satu kurun tetapi juga mampu berkembang menjadi kuasa rantau yang ternama.

Menjengah kembali perjuangan parti, untuk sentiasa memperoleh sokongan massa, UMNO harus dilihat, ditanggap serta diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat. UMNO tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.

Sebaliknya, kita mahu UMNO dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri. Maka itu, persepsi UMNO sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan.

Amat mustahak lagi, UMNO menjadi parti yang berpegang kepada falsafah wasatan yakni bersederhana, atau, dengan apa yang disifatkan oleh ilmu sains politik sebagai centrist party. Kita tidak boleh menjadi parti yang ultra kiri atau ultra kanan. Waima, fahaman UMNO semenjak penubuhannya bukanlah condong sama ada kepada fahaman liberal mahupun fahaman konservatif.

Hakikat yang jelas, UMNO adalah parti siasah yang semesta. Semua pihak mempunyai tempat dan peranan di bawah lembayung UMNO.

Malah, semenjak penubuhannya lebih enam puluh tahun yang lalu, UMNO telah dianggotai mereka yang berfahaman kiri dan kanan, golongan nasionalis mahupun agamawan.

Termasuklah juga lapis golongan pemikir dan pedagang, pendidik dan pejuang serta pelbagai latar sosio ekonomi. Semuanya dialu-alukan dalam UMNO. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah kekuatan UMNO. Inilah lambang kebitaraan perjuangan UMNO yang sebenar, sebagai sebuah parti tercinta yang menjiwai keluh-kesah, denyut nadi dan nurani semua golongan masyarakat.

Wadihnya, dalam usia lebih enam dekad, UMNO adalah parti yang sarat dengan pengalaman. UMNO bukan sebuah parti yang baru tetapi kaya dengan warisan. Pelbagai denai, onak dan duri telah ditempuhi. Bak kata orang, perjalanan ini menjadi rahmat dan sekali gus juga bebanan. Ia adalah rahmat kerana kita bukannya parti yang hanya pandai berkata-kata tanpa mempunyai rantaian rekod yang boleh menyokong janji-janji tersebut kepada rakyat. Bebanan pula timbul apabila kita berhadapan dengan pelbagai isu legasi yang mengancam survival bangsa dan negara.

Selama ini, UMNO dihormati dan disegani sebagai sebuah parti politik oleh kawan mahupun lawan disebabkan UMNO adalah sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti orang Melayu dan bumiputera. Seandai dan sekiranya, sokongan ini terhakis, maka UMNO tidak akan disegani kawan dan tidak lagi dihormati lawan.

Lantaran itulah, suka atau tidak, kekuatan UMNO sebagai sebuah organisasi politik amat bergantung kepada kemampuannya untuk memahami kehendak ahli. Manakala, kerelevanan UMNO sebagai sebuah parti pemerintah pula bergantung kepada sejauh mana ia berjaya menangkap imaginasi bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga yang lebih utama kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ertinya di sini, UMNO akan terus mendapat tempat sebagai sebuah parti, selama mana kehendak dan kemahuan rakyat dapat dizahirkan dalam perjuangan parti, seterusnya dimanifestasikan pula dalam gerak kerja penggubalan dasar-dasar kerajaan demi kepentingan rakyat menyeluruh.

Di persimpangan ini, masalah tidak akan timbul apabila aspirasi UMNO dan aspirasi majoriti rakyat Malaysia adalah satu. Kekalutan hanya akan wujud jika tasawwur UMNO tidak lagi mewakili tasawwur rakyat terbanyak. Hal ini ditambah-burukkan lagi oleh persepsi di kalangan orang Melayu bahawa UMNO tidak bersedia untuk mengambil langkah-langkah pembetulan secara pantas.

Jika perkara tersebut berlaku, maka rakyat akan menanggap bahawa UMNO bukan sahaja parti yang tidak berpijak di bumi nyata, malahan bersikap angkuh serta kelihatan tidak acuh dan tidak peduli. Jadi, janganlah hairan jika perkara ini terjadi nanti, ramai rakyat Malaysia akan melihat UMNO bukan lagi sebagai sebahagian penyelesaian, sebaliknya ia sudah berubah menjadi sebahagian daripada masalah.

Oleh sebab itu, untuk terus lestari, UMNO tidak ada pilihan melainkan perlu “membumi” dan mendakap realiti. UMNO perlu terus membuka rongga dan ruang pembaikan. Kuak dan kembangkanlah seluas-luasnya wadah perjuangan kita kepada semua yang ingin membantu memperkukuhkan lagi parti.

Selaku Presiden UMNO, saya dengan ikhlas menyeru kepada semua orang Melayu, demi maslahah ummah, marilah bersama-sama membentuk satu saf yang berasaskan pertautan pemikiran dan tindakan untuk merungkai kekusutan, memulihkan silaturrahim serta memacu kepentingan bersama. Seperti mana pepatah lama, air dicincang tidak akan putus, buanglah yang keruh, kita ambil yang jernih, agar bangsa yang mulia ini terus dimartabatkan.

Dalam masa yang sama, ahli-ahli UMNO, baik di peringkat kepimpinan tertinggi mahu pun ahli biasa, perlu kerap melakukan muhasabah. Kita perlu bersedia untuk menilik ke dalam diri, melihat kelemahan dan memperbetulkan kekhilafan. Seterusnya, mengambil langkah untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan tersebut. Apa yang penting, ahli-ahli UMNO perlu mewajahkan peri laku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jati diri dan kekuatan parti.

Pada hemat saya, dalam perkara ini, antara sifat pemimpin yang paling didambakan dan digemari rakyat adalah sifat merendah diri dan tawaduk. Ingatlah bahawa, dalam negara demokrasi seperti ini, rakyatlah yang memilih pemimpin. Pemimpin yang mereka mahukan adalah pemimpin yang sentiasa bersedia memberikan khidmat.

Saya ingin berpesan, janganlah segan untuk turun ke bawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekali pun kita menyandang jawatan tinggi. Bak kata pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Malah rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri dari mereka, sukar didekati, apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak. Mereka yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung.

Selain itu, para pimpinan UMNO dan ahli-ahli seharusnya terkenal dengan integriti apabila diberikan tugas dan amanah. Ini amat mustahak dalam meyakinkan rakyat untuk terus bersama UMNO. Jika persepsi negatif tentang integriti dan etika pemimpin UMNO menular, ia dengan sendirinya akan menjadi faktor utama menjauhkan sokongan rakyat terhadap kita.

Tambahan lagi, untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat tentang kewibawaan dan integriti UMNO, ia bukan sahaja setakat dilaungkan, tetapi ia juga mesti dipampang dengan jelas dalam bentuk amalan, tindak tanduk dan aktiviti juga gerak kerja semua ahli dan pemimpin. Insya-Allah nantinya rakyat akan dapat menerima semula, secara sepenuh hati, parti kita ke pangkuan mereka.

Gila ada pelbagai jenis gila. Kata orang bila seseorang itu bercakap sendirian, belum lagi dianggap gila. Bila dia mula berceloteh sendiri, dan kemudian menjawab balik kepada dirinya sendiri, itu namanya separuh gila. Peringkat kedua, bila dia membebel dan mengomel sendiri, kemudian menjawab balik dan percaya pula pada yang dia jawab kembali itu, tandanya memang dah sahlah dia gila.

Satu lagi jenis gila, adalah berbuat sesuatu secara berulang kali dengan tatacara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza. Dalam melaksanakan sesuatu dasar misalnya, kita tidak boleh terlalu dogmatik sehingga yang menjadi tumpuan adalah wahana atau pendekatan digunakan berbanding keberhasilan atau outcome.

Ini kerana, alat dan pendekatan boleh berubah dek perjalanan masa. Wahana dan kaedah yang sesuai hari ini mungkin akan lapuk sepuluh tahun dari sekarang. Begitulah kereta kuda dan mesin telegraf yang suatu ketika dahulu adalah alat dan pendekatan yang terbaik pada zaman bahari, kini, sudah tidak atau sudah jarang digunakan.

Contohnya, apabila mula digubal, Dasar Ekonomi Baru menyasarkan peningkatan pemilikan ekuiti Melayu dan Bumiputera dari 2.4 peratus kepada 30 peratus, dalam tempoh masa dua puluh tahun. Namun begitu, sehingga Dasar Ekonomi Baru tamat pun, matlamat ini masih belum dapat diterjemahkan. Pemilikan ekuiti orang Melayu dan bumiputera hanya mencapai kira-kira 19.2 peratus sahaja.

Oleh itu, matlamat ini diteruskan di bawah Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan kini, Misi Nasional menggunakan pendekatan yang tidak jauh berbeza.

Namun, masa berlalu menyaksikan ekonomi Malaysia berubah haluan dan bergantung kepada pelaburan asing serta hasil eksport, manakala ekonomi negara kita kini lebih terbuka dan mudah terkesan dengan perkembangan ekonomi global. Mengikut laporan Pertubuhan Perdagangan Sedunia tahun 2008, Malaysia adalah negara pengeksport barangan yang ke-21 terbesar di dunia.

Hakikatnya, cabaran ekonomi masa depan yang menanti kita lebih rumit dan hebat. Landskap ekonomi dunia juga sudah berubah. Formula semalam belum tentu lagi masih mujarab.

Jika dalam tempoh hampir empat dekad kita gagal mencapai matlamat dengan menggunakan kaedah yang sama, bukankah sudah sampai masanya kita memikirkan strategi baru yang lebih relevan dengan masa dan zaman untuk mencapai cita-cita yang diimpikan?

Berikutan hal ini, orang Melayu perlu sedar bahawa salah satu sebab yang memungkinkan kejayaan Dasar Ekonomi Baru ialah kerana ia dilaksanakan di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang mapan. Perangkaan menunjukkan bahawa, pukul rata pertumbuhan ekonomi negara di antara tahun 1971-1990 adalah pada kadar 7.1 peratus.

Justeru, menyedari peri mustahaknya pertumbuhan ekonomi, apabila Malaysia menghadapi kemelesetan pertengahan 1980-an akibat kejatuhan harga komoditi dunia, kepimpinan UMNO dan negara ketika itu mengambil tindakan di luar kotak kelaziman. Telah ditangguhkan ketika itu, elemen-elemen utama Dasar Ekonomi Baru bagi mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan. Ini dibuat melalui pewujudan persekitaran yang subur untuk pelaburan terus asing terutamanya, dalam bidang pembuatan.

Strategi ini ternyata telah berjaya. Kutipan cukai kerajaan bertambah, peluang pekerjaan melata, dan ekonomi negara berjaya pulih dari kemelesetan. Hasilnya pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah dapat diteruskan.

Bersandarkan faktor inilah, maka, kerajaan hari ini telah mula meliberalisasikan sektor-sektor tertentu di samping melihat semula dengan komprehensif cara penciptaan dan pegangan kekayaan Melayu dan bumiputera agar ia lebih mapan serta lebih bermakna.

Di sudut lain, bukan sahaja UMNO yang harus berubah dan melakukan proses transformasi ke arah kebaikan generasi pewaris negara, yang terlebih penting adalah orang-orang Melayu seluruhnya perlu berubah corak pemikirannya.

Hari ini, kita melihat bagaimana produk tindakan afirmatif serta Dasar Ekonomi Baru begitu gah dan bangga mendabik dada bahawa mereka tidak perlu lagi topang dan sangga. Katanya, mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung kepada pertolongan kerajaan.

Tampaknya, golongan ini lupa kepada satu hakikat yang besar. Maksud saya, jika benar pun mereka telah cukup berupaya untuk membuang topang yang menyangga mereka selama ini, bagaimana pula halnya dengan orang Melayu lain yang masih memerlukan bantuan.

Adakah adil namanya jika topang ini dinafikan kepada kumpulan yang layak menerima, hanya kerana orang yang sudah mendapat bantuan tidak lagi bergantung padanya.

Di atas segalanya, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa, nikmat tersurat hari ini ialah orang Melayu telah mempunyai kelas menengah yang besar. Keadaan ini hampir tidak wujud tatkala Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada 1971. Siapakah juga yang dapat menafikan bahawa, hari ini terdapat golongan profesional Melayu dalam skala yang besar sebagai mahsul daripada langkahlangkah Dasar Ekonomi Baru tersebut.

Oleh sebab itu, kita perlu faham bahawa, isunya di sini bukanlah soal bantuan, tetapi soal pengurusan dan pentadbiran bantuan tersebut. Faktanya, orang Melayu dilihat dari lensa keseluruhan, masih ketinggalan dan memerlukan bantuan. Itulah sebenarnya yang menjadi perhitungan utama.

Kita semua tahu bahawa, UMNO telah didirikan atas falsafah perjuangan, keikhlasan dan pengorbanan serta roh patriotik yang tinggi.

Inilah asas-asas tersirat yang selama ini memanggu kekuatan parti. Sayangnya, ramai daripada generasi kini mengambil enteng akan jerih payah pendahulu-pendahulu yang menubuhkan UMNO.

Ambil pengajaran daripada kesungguhan dan kemuliaan generasi yang terdahulu. Contohnya, pengorbanan ikhlas kaum wanita dalam parti.

Tercatat dalam sejarah, kaum ibu yang rela melurut cincin, gelang dan rantai demi membiayai rombongan pimpinan Tunku ke London bagi merundingkan kemerdekaan. Inilah sikap mulia dan murni wanita UMNO sejak berpuluh tahun. Sifat yang sungguh kita sanjung tinggi.

Saya juga masih ingat cerita pimpinan-pimpinan lalu yang sanggup berlebih kurang dalam serba kepayahan dan kesederhanaan berjuang untuk parti. Kata mereka, kalau dulu tidak macam sekarang, semuanya nakkan yang empuk dan semuanya nakkan yang mewah.

Dulu, kalau ke persidangan UMNO, siapa yang tak kenal New Hotel dan King Hotel di Batu Road. Untung-untung pun dapatlah merasa Majestic Hotel.

Sekarang, kalau tak dapat hotel lima bintang, ramai yang mengeluh sakit-sakit badan. Tak standard dan tak kelas katanya.

Apa yang cuba saya utarakan di sini adalah, ke manakah hilangnya budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam UMNO? Kalau hendak diikutkan, begitu ramai golongan profesional seperti peguam, doktor, akauntan dan jurutera yang menjadi ahli.

Malangnya, di saat-saat kita memerlukan kerja-kerja sukarela umpamanya, pada musim pilihan raya, begitu sedikit yang tampil membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Barangkali, mereka ini tidak mendapat tempat di cawangan atau mungkin borang keahlian mereka hilang di tengah jalan.

Makanya, saya menyeru ahli-ahli UMNO menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam parti. Ikhlaskanlah diri untuk menumpah bakti dan jasa tanpa disuruh-suruh demi kepentingan parti dan rakyat Malaysia.

Sesungguhnya tuan-tuan dan puanpuan yang dilimpah kurnia serta kelebihan oleh Allah SWT, dalam kehidupan masing-masing, sewajarnya kembali menyumbang kepada masyarakat.

Barulah nanti akan datangnya keberkatan dalam berparti dan dirahmati oleh Allah SWT. Seperti kata lagu: “Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah perjuangan sebenar, sejati dan mulia.”

Berkaitan hal yang tersebut juga, untuk menjadi parti yang berjaya, kita tidak boleh terpisah daripada arus pemikiran dan aspirasi rakyat. Kini, rakyat mahukan parti dan kerajaan memahami kehendak mereka dan mereka mahu lebih dirundingi dan didampingi secara langsung. Realitinya, rakyat mahukan pandangan mereka diambil kira dalam menentukan hala tuju negara.

Untuk itu, kita mesti meneruskan proses islah dan menzahirkan perubahanperubahan yang sesuai dengan masa. Kita mesti dikenali sebagai parti yang bukan sekadar mampu melakar perubahan tetapi berupaya pula menzahirkan perubahan itu.

Menuju ke arah ini, pertamanya, UMNO telah bertindak berani meminda perlembagaan parti untuk menjadikannya lebih telus, inklusif dan demokratik.Nampaknya, langkah kita telah menyebabkan pihak-pihak tertentu melatah, hingga ada yang tanpa segan-silu cuba meniru dan sekonyong-konyong meminda perlembagaan parti mereka, sekalipun tanpa perincian rapi. Inilah tembelang, aliran dan gaya sebenar mereka, suka membuat janji umum yang tidak pula ada susulan tertentu.

Berbanding pindaan yang kita lakukan ini, bukan sekadar bersifat kosmetik mahu pun tempel-tempelan, sebaliknya ia merupakan perubahan secara tuntas dan signifikan. Ia akan meluaskan bilangan ahli yang terlibat sama secara langsung untuk memilih kepimpinan parti. Ia membabitkan anjakan angka daripada sejumlah 2,500 perwakilan kepada lebih 146,000 orang.

Inilah petanda bahawa semangat demokrasi hidup segar dan subur dalam UMNO. Nyatanya, tidak ada mana-mana parti politik di Malaysia yang berani bertindak sedemikian rupa. Dengan itu, saya ingin mengingatkan kepada semua pihak, setelah pindaan kita lakukan, berhijrahlah meninggalkan gejala negatif seperti politik wang, supaya kita menjadi parti yang bersih dan dihormati.

Keduanya, berkaitan dengan cara parti memilih calon. KPI atau Petunjuk Prestasi Utama termustahak bagi sesebuah parti politik ialah untuk memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan yang kuat serta stabil. Dalam memenuhi maksud ini, kita perlu mencari calon yang betul. Untuk itu, kita akan mengubah kriteria menentukan calon.

Maknanya, dalam memilih calon, individu itu perlulah seseorang yang diterima masyarakat tempatan di samping mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting, yakni, peringkat rakyat, peringkat parti dan peringkat negara. Pada analisis akhir, inilah calon yang dikehendaki rakyat dan akan memenangi pilihan raya.

Ketiganya, budaya berparti dalam UMNO haruslah bersifat inklusif dan bukannya insular atau, terpulau. Lebih banyak program penataran yakni outreach harus dilaksanakan. Dalam konteks ini, seperkara yang harus diingat, ia tidak seharusnya terbatas kepada ahli UMNO semata-mata bahkan hendaklah melebar luas kepada semua orang Melayu dan bukan Melayu.

Sebagai rentetan daripada ucapan saya tadi, jika ditoleh sejarah, semenjak mula para patriot memperjuangkan kemerdekaan tanah air hingga ke hari ini, usaha mencapai perpaduan nasional, telah, sedang dan tetap menjadi prioriti utama. Ini kerana, semua pihak sedar bahawa tanpa perpaduan yang mantap dan jitu, tidak mungkin segala matlamat dan wawasan nasional akan dapat diterjemahkan.

Kerana itulah pentadbiran kerajaan telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia. Sesungguhnya, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru. Sebaliknya, matlamat akhir 1Malaysia iaitu perpaduan nasional juga merupakan wawasan utama pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu, yang diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad.

Konsep 1Malaysia ini ditiangi oleh beberapa teras utama, antaranya, penghijrahan daripada perpaduan yang berpaksikan toleransi kepada yang berlandaskan penerimaan, keadilan sosial dan nilai-nilai dikongsi bersama yang mengambil kira realiti sejarah berpandukan keluhuran Perlembagaan serta prinsip Rukun Negara.

Wajarlah saya pertegaskan di sini bahawa konsep 1Malaysia tidak sekali kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat atau secara tersirat. Malah, kita kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti perkara 3, perkara 4, perkara 152, perkara 153, bahagian 2 dan bahagian 3 seperti ditintakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, janganlah manamana pihak berasa gundah gulana atau menaruh syak jua bimbang bahawa konsep ini akan terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa kita suatu ketika yang lalu.

Sesungguhnya matlamat akhir 1Malaysia adalah untuk meraikan kemajmukan dan kepelbagaian kita di Malaysia sebagai senjata dan kekuatan demi kemajuan bersama.

Pokok pangkalnya, UMNO harus kekal menjunjung tradisi perjuangan. Oleh kerana itulah, UMNO akan terus menjuarai soal kebajikan dan periuk nasi semua rakyat. Saya mahukan gerak kerja parti selari dengan tuntutan zaman. UMNO tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satusatu pihak sahaja.

Sebagai tonggak parti pemerintah, kita tidak mampu ditanggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besarbesaran atau projek mega semata-mata, tetapi sebaliknya kita mesti menjadi parti yang menjuarai rakyat.

Khidmat UMNO harus merata. Kita akan tetap menjadi parti yang pro kepada pertumbuhan ekonomi berdaya tahan, pengagihan kekayaan yang adil, jaringan keselamatan sosial menyeluruh dan kos hidup terkawal.

Kesimpulannya, UMNO adalah sebuah parti massa yang lahir menjunjung aspirasi akar umbi bangsa untuk menebus maruah yang tergadai.

Sejarah telah menunjukkan apabila UMNO dekat dengan rakyat, apabila UMNO menyelami denyut nadi mereka, maka rakyat akan memberikan sokongan kepada UMNO. Itulah sebabnya apabila UMNO mempelopori penubuhan FELDA, Mara, Tabung Haji, LPP, LKIM dan lain-lain agensi yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, kita dijulang menjadi parti yang kuat.

Oleh kerana itulah, tanpa kunjung jemu, UMNO meneruskan tradisi membela rakyat. Bagi tahun 2009 sahaja, kerajaan yang diterajui UMNO memperuntukkan sebanyak RM22 bilion untuk membiayai pelbagai subsidi, insentif dan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat.

Perkara ini mampu dilakukan kerana kita telah mengurus kewangan dengan baik tanpa perlu menaik mahupun mengenakan cukai tambahan.

Dari itu, janganlah kita mudah terpesona dan terpukau dengan pihak pembangkang semata-mata kerana, air percuma dan sedikit kenaikan elaun.

Setidak-tidaknya ingatlah sedikit, akan jasa-jasa kerajaan pimpinan UMNO yang telah berbudi selama puluhan tahun. Kata orang, janganlah kerana kemarau sehari, rezeki hujan yang setahun sudah dilupakan.

Faktanya, secara sedar atau tidak, sudah banyak yang pihak kerajaan lakukan demi kesejahteraan hidup rakyat. Misalnya, di bawah sektor pengangkutan dan tenaga, kerajaan telah pun menyediakan subsidi sebanyak RM9 bilion untuk petrol, LPG dan diesel; RM2 bilion untuk program rebet tunai, lebih RM600 juta untuk pampasan tol; RM150 juta untuk kadar elektrik dan RM45 juta lagi untuk pengangkutan udara luar bandar serta rel pantai timur.

Berkaitan hal yang tersebut juga, kita adalah kerajaan yang empati dan prihatin dengan keadaan sebenar hidup seharian rakyat, bukan sahaja di desa, malahan juga kehidupan rakyat di kota kerana ada antaranya yang masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pokoknya, rakyat berasa lega bahawa mereka tidak bersendirian dalam keluh kesah tentang makan pakai, kos sewa rumah mereka, susu dan kain lampin anak, membawa kepada perbelanjaan pengangkutan seharian yang ditanggung.

Apa yang pasti kerajaan faham dan maklum isu ini. Misalnya, di bawah sektor pertanian dan makanan, sejumlah hampir RM600 juta diperuntukkan untuk subsidi padi, RM400 juta untuk beras, RM375 juta untuk gula; RM275 juta untuk baja, RM210 juta untuk tepung gandum dan RM89 juta untuk roti.

Selanjutnya, menyedari kepentingan pendidikan dan ilmu pengetahuan sebagai kandil generasi masa depan, sejumlah RM2 bilion lagi telah diagih-agihkan dalam bentuk bantuan kepada pelajar sekolah terutamanya untuk projek pelajar miskin. RM411 juta pula untuk bantuan pelajar IPTA; RM374 juta untuk guru atau penyelia KAFA, tidak ditinggalkan elaun guru takmir termasuk elaun imam serta elaun ketua-ketua kampung.

Sebahagian lagi yakni RM159 juta untuk kanak-kanak prasekolah dan RM36 juta pula diperuntukkan untuk masyarakat Orang Asli.

Tidak dilupakan sebanyak RM850 juta lagi untuk menyediakan jaringan keselamatan khusus kepada keluarga miskin, orang kurang upaya dan warga emas. Selain itu, dari bulan November 1997 hingga bulan Ogos 2009, kerajaan melalui PTPTN telah mengeluarkan lebih RM19 bilion kepada 1.4 juta peminjam terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS dengan ujarah yang sangat rendah. Bersyukurlah kita atas kesemuanya ini.

Sejak pasca pilihan raya ke-12, musuhmusuh politik UMNO telah mula meramalkan kejatuhan parti keramat ini. Hatta banyak pihak yang tidak sabar untuk menalqinkan UMNO. Kata mereka, UMNO sudah nazak dan hanya menanti waktu. Sebenarnya ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Jangkaan ini juga dibuat apabila Parti Kemerdekaan Tanah Melayu dan Parti Islam Se-Malaya tertubuh akibat perpecahan dalam UMNO.

Telahan juga dilontar selepas tragedi 13 Mei 1969 apabila kerajaan Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga di mana banyak pemuka-pemuka UMNO tewas dan kecundang. Andaian sebegini juga dibuat selepas pemilihan UMNO 1987 dan kemudiannya apabila terbentuk Parti Melayu Semangat 46. Ia juga dicanang dengan kencang di pilihan raya umum 1999. Kendatipun begitu, Alhamdulillah setiap kali ramalan ini timbul UMNO bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu.

Merujuk keputusan pilihan raya umum ke-12, rakyat telah memberi mesej yang jelas kepada kita. Justeru, kita sedar dan insaf. Kita tahu rakyat masih sayangkan UMNO. Apa yang mereka inginkan hanyalah, agar UMNO berubah. Nyatanya, kita mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah.

Apa yang pasti, kelangsungan parti begitu penting, bukan untuk pemimpin UMNO tetapi untuk bangsa, agama, negara dan rakyat seluruhnya. Hakikatnya, setiap generasi kepimpinan UMNO menghadapi cabaran yang tersendiri sesuai dengan masa dan zaman.

Alhamdullilah, setiap cabaran berjaya diatasi dengan perpaduan dan semangat yang kental. Sememangnya pun, penubuhan UMNO merupakan hasil doa para ulama, pendidik, petani, nelayan, peniaga dan para mustada‘afin serta rakyat keseluruhannya yang mahukan kebebasan bermaruah.

Kata orang, jika kita bersatu hati, bersatu tekad dan membulatkan usaha, maka kita akan berupaya bersama-sama mendaki ke puncak yang paling tinggi menuruni cerun yang paling curam dan menyelami lautan yang paling dalam.

Bahkan, sejarah menjadi saksi bahawa orang-orang UMNO tidak pernah gagal melakukan sesuatu tindakan hanya kerana ia sukar. Sebaliknya, kita telah berjaya, menggapai apa yang mustahil dengan berbekalkan semangat.

Siapa sangka bangsa yang pernah dimomok-momokkan sebagai lemah dan tidak bersedia untuk bebas kendiri telah berjaya merebut kemerdekaan dari kuasa besar dunia, bukan dengan jalan hujung senjata tetapi menggunakan akal dan hujung lidah, berdiplomasi serta berunding dengan Inggeris.

Siapa sangka bangsa ini kemudiannya berjaya mengisi erti kemerdekaan tersebut sehingga Malaysia muncul sebagai negara membangun yang termaju di dunia.

Sesungguhnya, amanah besar ini tidak boleh dipikul oleh seorang. Ia perlu dijinjing oleh satu jemaah, satu barisan yang tersusun rapi.

Oleh itu, saya menyeru dan mengajak kepada Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, kepada saf kepimpinan yang berada di atas, pejuang-pejuang UMNO di bawah, pejuang UMNO di bahagian, pendokong UMNO di cawangan, seluruh warga UMNO yang baru dan yang lama, di kota dan di desa, bangkitlah semua bersama-sama saya. Rapatkanlah barisan. Sahutlah panggilan. Marilah kita martabatkan warisan kita ini.

Yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang betul. Yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang hak. Kitalah UMNO, satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan penuh gilang-gemilang.

Walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung.

Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita zahirkan.

Kendati tergantung awan di langit,

Telah terlanjur kubentangkan layar,

Walau badai datang menggulung,

Walau berdentum guruh di langit,

Walau bumi berkeping dua,

Takkan mungkin ku berbalik haluan.

Hidup UMNO!

Hidup UMNO!

Hidup UMNO!

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:KRISIS PKR MAKIN TENAT

Kalau dah niat untuk menyertai Pkr hanyalah untuk memburukan Umno dan ada kepentingan sendiri maka inilah akibatnya.Belum pun setahun menyertai Pkr Zaid sudah tidak dapat bertahan lagi kerana setiap tindakannya sudah tentu akan ada pemimpin dalam Pkr sendiri akan merasa diri semakin tergugat dan cara yang terbaik adalah menyingkirkan Zaid dari Pkr.

Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.

"Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Pengumuman cuti Zaid ini dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR.

Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Beliau, yang juga ahli parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan dihantar ke Sabah esok - berselinding di sebalik perjumpaan sambutan Aidifitri - untuk menyelesaikan penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya, yang dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.

Dalam satu mesyuarat biro politik PKR Selasa lalu, Azmin (kiri) didakwa melepaskan kemarahannya terhadap bantahan ketua-ketua bahagian di Sabah sehingga Anwar sendiri sukar menenangkannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zaid bagaimanapun menafikan pembabitannya dengan isu kepemimpinan parti itu di Sabah dan Sarawak seperti dilaporkan Malaysiakini sebelumnya.

"Saya diundang menghadiri perhimpunan dan majlis Hari Raya anjuran pemimpin PKR untuk bertemu dengan ahli-ahli, yang saya sudah menerima pelawaan itu.

"Begitu juga saya turut diundang bertemu beberapa pemimpin Sarawak di Kuching. Saya tidak nampak sebarang niat buruk dalam undangan-undangan ini," katanya.

"Saya tidak apa-apa kepentingan dalam politik dalaman PKR atau parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Saya juga tidak berminat mengambil peranan kepemimpinan dalam PKR.

"Saya telah jelaskan perkara ini sejelas-jelasnya kepada Anwar sewaktu saya menyertai parti ini."

Selepas Azmin tidak senang dengan kehadiran Zaid di majlis berkenaan, Anwar pula menghalang bekas senator itu menghadirinya.
Tindakannya bercuti membolehkan beliau keluar daripada arahan pemimpin besar PKR itu.

Jumaat, 16 Oktober 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:UMNO AKAN HANCUR JIKA RASUAH POLITIK MASIH UJUD SELEPAS PINDAAN

Ahli UMNO perlu ikhlas terima pindaan perlembagaan parti terutama yang memberi kuasa kepada lebih 146,000 perwakilan memilih pemimpin parti itu.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berpandangan, jika tiada keikhlasan tetapi sekadar pindaan sahaja manakala karenah ahli dalam gejala rasuah politik berterusan,ia bermakna UMNO sudah sampai ke penghujung hayat.

“Pindaan itu hendak menyakinkan rakyat. Kita (ahli UMNO) terima baik tetapi perlu ikhlas. Niat juga kena betul,” kata beliau ketika melawat bilik berita Agendadaily, di aras 3, PWTC, Rabu.

Beliau tidak menolak cakap-cakap pindaan itu mungkin menyebabkan Ketua Bahagian jadi kuat seperti ‘war lord’ namun ahli-ahli yang jadi perwakilan kena ingat bahawa undi mereka adalah sulit.

“Kenapa kita perlu terpengaruh dengan ketua kita jika kita tahu pendirian kita boleh diterjemahkan dalam bentuk undi yang jadi hak kita,” katanya.

Menurutnya, jika ahli-ahli tahu apa yang terbaik untuk parti, semua unsur yang boleh merosakkan parti perlu diketepikan.

Bagaimanapun, beliau secara peribadi percaya kadangkala keputusan sesuatu perkara tidak seperti diharapkan.

“Ia seolah-olah budaya kita. Kita seolah-olah tak tolak rasuah tapi rasa bersalah kalau tak buat kerana sudah terima imbuhan. Kenapa nilai atau budaya ini harus kita pegang,” persoalnya.

Ditanya apakah jumlah perwakilan yang ramai pilihan terbaik tolak politik wang, Mukhriz tidak berani berkata demikian sebaliknya percaya langkah itu hanya dapat mengurangkan gejala itu.

“Saya tak yakin hapus terus rasuah politik. Ideanya bila terlalu ramai, macam mana nak berlaku rasuah tetapi saya masih takut ada pihak tertentu sanggup rasuah separuh perwakilan, ataupun gunakan macam-macam cara atau ruang,” katanya.

Mukhriz berkata, ketika ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui parti, dua kali pindaan perlembagaan dilakukian dengan niat baik tetapi disalahgunakan perwakilan termasuk ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menewaskan Tun Ghaffar Baba.

“Saya berharap lepas ini jangan tunggu lama-lama baru nak pinda. Kalau ada bibit-bibit kurang baik dalam perlaksanaan, elok diubah. Contohnya, Lembaga Disiplin perlu diberikan kuasa lebih serta bebas daripada Majlis Tertinggi,” katanya.

Beliau berpendapat perhimpunan ataupun pemilihan parti tetap meriah selepas pindaan tersebut kerana ada pemerhati dan ahli datang untuk mendengar dan melihat pemimpin ataupun perwakilan berhujah.

Mengenai peluang kedua kepada pemimpin parti yang berdepan masalah disiplin dan sebagainya, Mukhriz berkata, itu soal logik politik dan perlu rasional ketika memilih calon terutama dalam pilihan raya.

Sambil mengakui Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menang besar kerana popularitinya, beliau berkata parti juga perlu berani meletak calon yang boleh menang dengan majoriti kecil tetapi dapat menolak persepsi rakyat terhadap parti apabila mencalonkan mereka yang bermasalah

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:UMNO AKAN UJUD DEWAN ULAMA SENDIRI

Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, langkah sedemikian perlu bagi memberi peranan yang khusus kepada golongan ulama Umno untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam.

"Kita perlu dekati golongan agamawan, kalau perlu, kita wujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.

Jelas beliau, ulama Umno boleh memainkan peranan dalam soal keagamaan kerana agensi-agensi agama rasmi sedia ada mengambil sikap 'jalan selamat' dengan enggan mengulas mengenai beberapa isu yang ditimbulkan.

"(Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul) Nik Aziz (Nik Mat) dah merapu, agensi agama rasmi pula ambil jalan selamat kerana tak mahu komen atau jawab beberapa isu, maka perlulah diwujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.

Selain itu, Shabudin juga mencadangkan agar Umno memanfaatkan media alternatif untuk mendekati rakyat.

Jelasnya, saranan sedemikian bertepatan dengan perkembangan semasa kerana Umno kini dilemahkan dengan penyebaran maklumat-maklumat palsu oleh pembangkang melalui saluran berkenaan.

"Kebencian terhadap Umno ditanam oleh pembangkang. Umno sendiri dilemahkan oleh media alternatif melalui blog hinggakan golongan muda dan profesional cenderung serta simpati kepada pembangkang," katanya.

Menurutnya, Umno perlu mewujudkan media rasminya sendiri bagi memudahkan penyebaran maklumat tanpa bergantung kepada media arus perdana sedia ada.

"Kita perlu manfaatkan sepenuhnya media alternatif. Wujudkan televisyen Umno, akhbar Umno, risalah gerak saraf serta lahirkan lebih ramai blogger-blogger Umno.

"Kita jangan hanya bergantung kepada media arus perdana yang kita ada sahaja," katanya

Rabu, 14 Oktober 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:KEMENAGAN BN DIBAGAN PINANG KERANA KEBODOHAN PAS

Kemenangan cemerlang BN pada prk Bagan Pinang adalah atas dasar rakyat telah menerima Umno sebagai parti yang sentiasa mengambil berat akan hal rakyat dan kerana itulah tanpa mengira kaum semua rakyat terutama pengundi di Bagan pinang sudah sedar bahawa hanya BN sahaja yang mampu untuk merealisasikan harapan rakyat .

Kerana telah tewas dengan teruk Pembangkang terutama pemimpin termasuk si Nizar yang menyifatkan pengundi di Bagan Pinang sebagai bodoh kerana memilih seorang pemimpin yang mengamalkan rasuah.Sebenarnya pengundi di Bagan Pinang lebih tahu siapa ISA kerana Isa telah lama berada di Bagan Pinang terutama di Telok Kemang.

Kelemahan ketara di pihak Pas adalah Pas merasakan kemenangan sudah dalam genggaman kerana sejak memenangi beberapa prk Pas bongkak dengan merasakan bahawa kaum Cina dan india akan menerima bulat bulat Pas di Bagan Pinang sedangkan Pas langsung tidak membela masyarakat Cina dan India bila Pas memenanggi pilihanraya.Kerana itulah peningkatan sebanyak 42 % sokongan telah diterima BN dari bukan melayu dan ini menunjukan yang BN masih disayangi oleh mereka yang selama ini banyak membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup.

Kelemahan Pas juga kerana mereka merasa bongkak dengan sokongan kaum bukan melayu sebelum ini sedangkan sokongan mereka pada Pas langsung tidak dibalas Pas dengan pertolongan bagi menyelesaikan masaalah kaum India.Kaum bukan melayu sudah sedar yang sokongan mereka pada pakatan selama ini langsung tidak mendapat perhatian mereka yang sudah berjaya menubuhkan Kerajaan terutama hal kampung Buah pala yang mana yang menjadi mangsa adalah kaum India yang dijanjikan berbagai janji manis sebelum mereka berjaya menubuhkan Kerajaan.

Kebodohan pas juga ketara bila Pas sering mempertikaikan undi Pos dan tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri. Undi pos adalah hak anggota tentera dan polis serta ahli keluarga mereka, oleh itu para pemimpin parti pembangkang tidak patut mempertikaikan perkara tersebut.

Satu lagi kebodohan Pas adalah kerana mereka sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa bertindak dengan keganasan dan ini menunjukkan rakyat menolak cara politik ganas dan provokasi yang diamalkan oleh pembangkang terutama Pas.Provokasi penyokong Pas yang keterlaluan akhirnya telah memakan diri sendiri hingga mereka ditolak oleh rakyat yang merasakan Pas tidak layak untuk mentadbir sebuah kerajaan.

Selasa, 13 Oktober 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:KEMENANGAN BN PETANDA RAKYAT SUDAH MENOLAK PEMBANGKANG

KEPUTUSAN rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan N31 DUN Bagan Pinang telah pun diketahui. Barisan Nasional (BN) telah menang dengan majoriti yang besar mengalahkan musuh tradisi, Pas yang mencuba nasib bertanding di kawasan kubu kuat UMNO/BN sejak sekian lama.

Calon UMNO yang mewakili BN, Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi mengatasi calon Pas, Zulkefly Mohd Omar yang mendapat undi hanya 2,578 dengan majoriti besar sebanyak 5,435 undi. Pertambahan undi majoriti meningkat sebanyak 3,102 undi dibandingkan dengan undi majoriti dalam pilihan raya umum 2008 iaitu sebanyak 2,333 undi.

Kemenangan besar BN ini dapat disimpulkan dengan beberapa faktor utama yang menjadi teras kejayaan BN mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang ini.

Pertama, calon UMNO/BN kali ini, Tan Sri Mohd Isa Samad merupakan seorang tokoh yang amat dikenali, popular dan terbukti mampu menjadi wakil rakyat yang baik apatah lagi beliau juga merupakan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun. Beliau telah banyak berjasa dan berbudi khasnya di Bagan Pinang.

Kedua, jentera parti BN yang berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah, siang dan malam berkempen, berjumpa pengundi dan semangat permuafakatan antara ahli-ahli UMNO dan parti komponen bergerak bersama-sama memenangi hati pengundi.

Ketiga, rakyat sudah mulai sedar dan sudah dapat menilai antara BN dan pembangkang, siapakah yang paling terbaik untuk diberi mandat mewakili mereka dan mampu untuk mengotakan janji-janji yang dibuat semasa tempoh berkempen. Rakyat sendiri dapat melihat dan menilai prestasi kerajaan pembangkang yang mengetuai kerajaan negeri Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Banyak isu yang timbul walaupun baru diberi peluang memerintah tidak sampai dua tahun.

Keempat, provokasi yang cuba dimainkan oleh parti pembangkang hanya “menikam” diri sendiri. Ini dibuktikan dengan calonnya mendapat penurunan undi yang begitu ketara sekali dibandingkan dengan undi yang diperolehi pada PRU 2008.

Kelima, sokongan pengundi pos yang terdiri dari anggota tentera, polis dan keluarga mereka menunjukkan peningkatan yang drastik. Kalau dalam PRU 2008 yang lalu, lebih seribu undi pos telah memihak kepada pembangkang, tetapi kali ini hanya sekitar enam ratus lebih sahaja undi yang memihak kepada pembangkang.

Keenam, rakyat di Bagan Pinang khasnya sudah muak dengan isu-isu yang dibawa oleh pembangkang dalam kempen mereka. Isu yang dimainkan adalah skrip lama yang digunakan dalam siri-siri pilihan raya kecil yang lalu.

Ketujuh, Bagan Pinang simbol gagasan 1Malaysia kerana komposisi kaum di kawasan ini hampir menyamai komposisi kaum di Malaysia. Kejayaan UMNO/BN di Bagan Pinang menunjukkan bahawa konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri dapat diterima dan disokong oleh semua kaum.

Kelapan, sokongan undi kaum minoriti di Bagan Pinang yang terdiri daripada India (21 peratus) dan Cina (11 peratus) menunjukkan peningkatan. Sokongan mereka telah beralih kepada BN yang dipercayai mampu untuk menjaga kepentingan semua kaum dengan penuh keadilan dan seimbang tanpa mengira kaum.

Kemenangan besar UMNO/BN di Bagan Pinang ini membuktikan rakyat sudah mulai sedar dan menolak konsep dan dasar perjuangan yang dibawa oleh pembangkang. Isu-isu yang timbul di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang memperlihatkan ketidakmampuan mereka untuk memerintah.

Memetik kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak: “Kalau kita hendak tadbir sebuah negeri apatah lagi di peringkat nasional, kita harus punya pendirian bersama dari segi prinsip dan ideologi walaupun ada sedikit perbezaan pendapat tetapi dari segi fundamentalnya, ia mesti boleh diterima.”

Tambah beliau lagi, “Nampaknya keadaan ini tidak wujud di Selangor. jadi sama ada keadaan ini boleh berterusan dalam bentuk gabungan di kalangan parti pembangkang seperti mana sekarang ini, kita tunggu dan lihat,” katanya.

Bukan saja di Selangor, ketidaksepakatan antara parti PKR-Pas dan DAP juga dilihat berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perak (sebelum di perintah oleh BN). Bagaimana mereka hendak memerintah negeri dan negara sekiranya “tidur bersama” tetapi berlainan “bantal” dan “mimpi” yang berbeza.

Pernahkah sebelum ini kita mendengar kata-kata yang kurang menyenangkan dilemparkan dalam Persidangan DUN yang mulia seperti mana berlaku di Pulau Pinang, “BN Perompak”, di Kedah “Paria” dan satu ketika dulu heboh dengan kata-kata nista daripada Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang mengatakan “Pemuda UMNO celaka”.

Bagan Pinang diharap pencetus kebangkitan UMNO/BN ke arah kestabilan politik dan kemakmuran negara.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:LAGI PEMIMPIN PKR KELUAR PARTI

Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Peletakan jawatan itu dikatakan berikutan krisis antara Ketua Wanita PKR Perak Fatmawati Salim dengan Pergerakan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat.

"Fatmawati dengan sewenangwenangnya merampas hak AJK (anggota jawatankuasa) apabila mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt ini tanpa pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mendakwa kirakira 100 anggota Wanita PKR Cabang Ipoh Barat memberi kata dua kepada Fatmawati supaya meletak jawatan dalam tempoh 14 hari dari sekarang.

Katanya anggota terbabit termasuk barisan kepimpinan peringkat cabang berkenaan yang tersingkir selepas pimpinan negeri mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Oktober ini

Isnin, 12 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PEMBANGKANG/NIZAR MESTI HADIR SIDANG DUN PERAK

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau yakin Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada kalangan pembangkang akan menghadiri persidangan dewan itu yang akan diadakan tidak lama lagi bagi pembentangan Bajet 2010.

Menurutnya, pakatan pembangkang sedang berusaha menjustifikasi kehadiran mereka dengan menyatakan akan hadir jika bekas Speaker V. Sivakumar yang mengeluarkan notis mesyuarat dan bukan notis daripada Speaker Datuk R. Ganesan.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Adun Sitiawan semalam menyatakan Adun pembangkang akan menghadiri sidang kecuali jika notis dikeluarkan oleh Sivakumar.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Zambry berkata kenyataan itu dibuat kerana pembangkang terpaksa menanggung malu kerana sebelum ini pernah mengumumkan akan memboikot sidang.

"Mereka kini hendak mencari jalan untuk justifikasi kehadiran...dulu cakap tak mahu hadir, kini hendak hadir jika Sivakumar yang keluarkan notis. (Selepas ini) mereka akan sebut kami datang kerana dipanggil oleh Sivakumar," katanya mengulas kenyataan Ngeh.

Zambry berkata notis memanggil mesyuarat itu akan dikeluarkan oleh Ganesan dalam tempoh 14 hari selepas mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"Kita mengadakan sidang mengikut prosedur dan peratutan dan tidak akan memanggil sewenangwernangnya," katanya.

Mengulas kemungkinan timbul kekecohan dan pembangkang dikatakan akan turut membentangkan bajet sendiri, beliau berkata kerajaan negeri sedia menghadapi sebarang tindakan pembangkang dan akan berusaha memastikan persidangan berjalan lancar mengikut peraturan.

"Soal mereka nak buat apa terpulanglah, kita tidak kisah...budaya (kecoh) berkenaan sudah dimulakan oleh pembangkang dan akibatnya kini wujud suasana seperti itu.

Bagi Barisan Nasional kita sentiasa menghormati susila dan lunas perundangan," kata Zambry.

BN dan pembangkang masingmasing mempunyai 28 wakil dalam DUN Perak tetapi BN membentuk kerajaan kerana tiga Adun bebas yang menyokongnya

ANWAR NIZAR BANGSA=T:RAKYAT TERIMA BAIK BN DAN TOLAK SIKAP PENGGANAS PAS.

Rakyat sekarang sudah tidak lagi mahu menerima kerjasama Pakatan yang lebih mirip sebagai sebuah Pakatan pengganas yang akan melakukan apa sahaja untuk memenangi prk.Terbukti dengan sikap ekstrim kepada pengganas bagi memenangi prk Pas sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesebuah kerusi walaupun tindakan mereka pada hari hari kempen amat menakutkan rakyat untuk menyokong mereka .

Jelas dengan kekalahan Pas dengan majoriti yang besar telah terbukti bahawa pendekatan Pas yang terlalu ageresif dengan tercetusnya kekecohan pada hari mengundi telah menyedarkan rakyat bahawa inilah perjuangan Pas yang tidak langsung mahu mengikut lunas undang undang.Bagi rakyat,belum lagi diberi kuasa Pas sudah jelas mahu menjadikan negara ini huru hara dan apa akan terjadi sekiranya Pas dapat mentadbir negara ini.Sudah tentu kehidupan selesa selama ini akan hancur dengan tindakan Pas yang langsung tidak menghormati undang undang.

Rakyat bukan lagi bodoh dengan slogan Pas yang hanya menggunakan Islam untuk menutup sikap mereka yang boleh dianggap pengganas.Macam mana rakyat nak menyokong Pas sekiranya ahli mereka sendiri tidak dapat mengawal perasaan bila tiba hari mengundi.Jelas dengan majoriti yang basar yang diperolehi BN ,menunjukan Pas sudah diambang kehancuran dan ini akan dapat kita lihat bila tiba PRU 13 nanti.

Di Bagan Pinang terbukti semua kaum sudah sedar bahawa sekiranya Pas diberi pilihan sudah tentu segala keselesaan selama ini yang dikecapi akan hancur oleh sikap Pas yang terbukti hanya mementingkan sikap mereka yang tidak menghormati undang undang.

Kemenangan besar BN juga datang dari sokongan anak anak muda yang yakin dengan kepimpinan Najib yang telah berusaha menjadikan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.Inilah kehendak anak muda dimana rakyat diberi keutamaan.Bukan seperti Pakatan yang hanya menabur janji kosong dimana pada pru ke 12 yang lalu dimana banyak janji mereka pada rakyat masih belum ditunaikan oleh Kerajaan Pakatan.

SEMOGA KEMENANGAN DI BAGAN PINANG AKAN BERTERUSAN PADA PRK DAN PRU YANG AKAN TIBA NANTI.KITA TANAM PAKATAN PADA PRU 13 NANTI DAN SEMOGA NEGARA INI AKAN TERUS AMAN TANPA ADA SEBARANG RASA CURIGA YANG SELAMA INI KITA KECAPI DALAM HAMPIR 60 TAHUN KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN.

Ahad, 11 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:BN MENANG BESAR DI BAGAN PINANG

Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan 5,435 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi. Undi rosak 222.

Kira-kira 300 lagi undi daripada 11,157 undi belum dihitung.

7pm Rasmi, BN mendahului PAS dengan 3,436 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 4,377 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 941 undi.

6.59pm Rasmi, BN juga mendahului PAS dengan jumlah yang besar bagi undi pos. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 3,521 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 601 undi.

Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 1,891 undi, sementara PAS pula 1,189 undi pos.

6.52pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 5,331 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 7,821 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,490 undi. Undi rosak 218.

Setakat ini, 10,395 daripada 11,157 undi atau 93.2 peratus undi telah dihitung.

6.40pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 4,702 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 6,705 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,003 undi.

Setakat ini, 8,708 daripada 11,157 undi atau 78 peratus undi telah dihitung. Jika trend ini berterusan, BN akan menang dengan majoriti undi lebih besar.

Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 2,333 undi.

6.25pm Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahulu di empat daripada lapan daerah mengundi di DUN Bagan Pinang. Malah BN menang di ketiga-tiga daerah mengundi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Tiga kawasan tersebut ialah Pekan Siliau (BN 349 dan PAS 113 undi); Ladang Atherton (BN 218 dan PAS 115); dan Sua Betong (BN 371 dan PAS 149). Manakala BN mengekalkan penguasaannya di Ladang Bradwall dengan memperolehi 215 undi dan PAS mendapat 90 undi.

Dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang di Pekan Siliau dengan mendapat 275 undi dan BN 194 undi (majoriti 81 undi); menang di Ladang Atherton dengan mendapat 208 undi dan BN 124 undi (majoriti 84 undi); dan menang di Sua Betong dengan mendapat 290 undi dan BN 244 undi (majoriti 46 undi).

BN pula menang di Ladang Bradwall dengan mendapat 172 undi dan PAS memperolehi 131 undi (majoriti 41 undi).

5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup. Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi. Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup.

Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

4.55pm Persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis.

"Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar."

Bagaimanapun BN yakin menang dan mempertahankan kerusi DUN tersebut.

"Pada jangkaan awal kita, 70 peratus daripada jumlah undi memihak kepada kita," kata Ketua Pemuda Umno Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli.

4.45pm Masa untuk membuang undi bagi menentukan ADUN baru Bagan Pinang tinggal lagi 15 minit sebelum ditutup rasmi.

4.23pm Seramai 6,301 pemilih, atau 69.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 4 petang - sejam lagi sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan peratus keluar mengundi mencecah 80 peratus.

3.30pm Seramai 5,892 atau 65 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 3 petang ini - dua jam sebelum pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ditutup pada jam 5 petang.

2.53pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan mengejut berhubung pemakaian lambang-lambang parti di badan para penyokong di luar lapan pusat pembuangan undi.

Atas arahan suruhanjaya itu, polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket.

Penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga dilarang.

2.24pm Seramai 5,371 pemilih, atau 59.2 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 2 petang - tiga jam sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

2.15pm Wakil calon PAS, Ramli Ismail, membuat aduan polis tengah malam tadi, mendakwa 70 kertas undi untuk pemilih pos yang tidak membuang undi diserahkan pihak tentera.

Jumlah kertas ini - yang dicurigai oleh PAS - sepatutnya disimpan di pejabat pegawai pengurus pilihan raya DUN Bagan Pinang, katanya kepada Malaysiakini.

1.33pm Seramai 4,905 pemilih, atau 54.1 peratus, di Bagan Pinang membuat penentuan antara calon BN atau PAS sehingga jam 1 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

1.27pm Pasukan peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Taman Desa Sirusa semalam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang satu bentuk provokasi BN, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.

Isu tiga keping duit RM100 yang bernombor siri sama telah diadukan kepada polis.

12.54pm Lapan pusat pembuangan undi di DUN Bagan Pinang mulai lengang menjelang tengah hari, dipercayai penyokong dan pemilih berehat makan tengah hari.

12.25pm Seramai 4,220 pemilih, atau 46.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 12 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

12.10pm: Beberapa penyokong parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan ditahan selepas berlaku satu pergaduhan di luar SK Teluk Kemang.

11.35am Insiden membaling batu dan botol air mineral berlaku di pusat pengundian di SK Teluk Kemang pada kira-kira jam 11.20 tadi. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.

11.20am Sebanyak 35.7 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 11 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

11am Calon BN, Tan Sri Isa Samad beredar dari Sekolah Bradwall di tengah laungan 'rasuah' oleh pemimpin PAS.

Isa berkata, peluang untuk beliau menang adalah cerah.

Ketika menemui seorang pengundi India, Isa berkata: "Jangan lupa dacing".

10.20am Seramai 2,168 atau 23.9 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 10 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

10.15am Calon BN, Tan Sri Isa Samad tiba di Ladang Siliau dan berjalan sejauh kira-kira 150 meter dari jalan utama ke pusat pengundian. Penyokong PAS di situ mula melaung menyindirnya berhubung isu politik wang.

10.10am Keadaan pusat pengundian di SK Panglima Adnan riuh rendah dengan penyokong BN dan PAS melaung antara satu sama lain. Kira-kira 5,000 orang berhimpun di situ. Beberapa penyokong sebuah parti kelihatan membaling botol air mineral melintasi jalan ke arah tempat penyokong PAS berhimpun.

9.30am Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar tiba di SK Panglima Adnan, dengan diiringi ahli-ahli parti itu yang memakai baju dengan logo PAS. Beliau yakin mampu menang dan menggesa pengundi supaya keluar mengundi.

Sebelum itu, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Hujan turun awal pagi tetapi berhenti sejurus selepas jam 8 pagi. Bagaimanapun, hujan renyai turun semula kira-kira 40 minit kemudiannya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pengundi pos telah selesai membuang undi dua hari lalu, manakala pengundi biasa seramai 9,060 orang, akan membuat pilihan mereka hari ini di lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Sabtu meminta petugas BN supaya menanggalkan jaket dan menutup payung mereka yang mempunyai logo parti.

Menurutnya, tempoh kempen tamat tengah malam tadi, maka tiada lagi bahan kempen seperti baju dan payung boleh digunakan hari ini.

Pilihan raya DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor, pada 4 September lalu. Azman mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Polis telah menasihatkan pengundi khususnya supaya mematuhi arahan anggota pasukan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas, yang dijangka sesak berikutan kehadiran pelawat yang berkunjung ke pantai peranginan di situ pada hujung minggu.

Pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua lapan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan MPPD dan keputusannya
dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

8.51am Sekumpulan Pemuda Umno melaung kepada Pemuda PAS, sesiapa yang mahu arak, pergi ke Selangor.

8.50am
Hujan renyai-renyai mulai turun di Teluk Kemang.

840am Hujan turun renyai-renyai semula di pusat mengundi SJK (T) ladang siliau.

8:25am Kira-kira 150 penyokong PAS berkumpul di luar sekolah kebangsaan Teluk Kemang untuk merayu undi. Beberapa orang pemandu kereta menunjukkan "tanda bagus" kepada penyokong PAS, dan penyokong membalas dengan laungan "Allahu Akbar".

8.20am Pemuda Kg Bagan Pinang menjerit "Anwar Rasuah" "Take Beer" dan "bapa rasuah". Ia sebagai membalas laungan penyokong PAS yang melaungkan "BN Rasuah". Kedua-dua penyokong melaung "Allahu Akhbar".

Kira-kira 100 penyokong PAS dan BN berkumpul di SJK (T) Ladang Siliau. Polis memantau keadaan. Langit kelihatan cerah, selepas hujan gerimis di sebelah pagi berhenti.

Kira-kira 100 penyokong PAS berhimpun di luar SK Telok Kemang dalam usaha terakhir merayu undi. Beberapa kereta yang lalu di situ membunyikan hon dan menunjukkan tanda sokongan. Penyokong PAS membalas balik dengan laungan 'Allahu Akhbar'.

8.05am Penyokong-penyokong PAS berdoa di luar pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ladang Siliau dalam Pekan Siliau.

8.00am Pengundian di Bagan Pinang bermula. Kira-kira 300 penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul di sepanjang jalan di pusat mengundi di Kg Bagan Pinang. Hujan yang turun sebentar tadi menyebabkan, ramai penyokong membuka payung masing-masing.

7.25am
Polis mulai membuat sekatan di beberapa kawasan.

7.17am Hujan mulai turun seperti hari penamaan calon. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata ramalan cuaca hari ini dijangka hujan disebelah pagi, tidak seperti dua hari sebelum ini yang kelihatan cerah.

Sabtu, 10 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:RAKYAT BAGAN PINANG TAK MAHU YB BUNIAN



Cukuplah ada seorang wakil rakyat Bunian di Teluk Kemang, jangan ada seorang lagi di Bagan Pinang.

Itu permintaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kepada pengundi-pengundi malah mahu mereka menolak Zulkefly Mohd Omar kerana calon PAS itu bukan anak tempatan Bagan Pinang.

Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu merujuk pemimpin PKR,, Datuk Kamarul Bahrin Abbas sebagai wakil rakyat bunian kerana selepas menenangi kerusi parlimen Teluk Kemang itu, beliau jarang nampak.

“Dia kononnya boleh nampak kita, tapi kita tak nampak dia,” sindir Mohd Isa.

Menurutnya, gelaran wakil rakyat bunian itu diberikan seorang penduduk Bagan Pinang dalam satu majlis dihadirinya ketika kempen pilihan raya kecil sekarang.

Beliau berkata, tiada apa dari diberikan wakil rakyat pembangkang di Negeri Sembilan kecuali janji sekiranya mereka berjaya memerintah negeri itu.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan sekumpulan pemimpin dan ahli PKR Teluk Kemang keluar parti dan menyertai UMNO satu pengajaran baik untuk semua.

“Ianya supaya kita tidak rasional apabila fikir pasal parti yang hendak disertai,” katanya di majlis Pulang Ke Pangkal Jalan Demi 1Malaysia membabitkan 125 ahli PKR yang keluar parti dan sertai UMNO.

Pemimpin dan ahli PKR termasuk PAS Teluk Kemang itu menyerahkan borang keahlian mereka kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang, petang Jumaat.

Katanya perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan untuk rakyat penuh penipuan untuk kepentingan beliau sahaja.

“Bukan sahaja kita kena tipu tapi satu dunia kena temberang cerita pasal beliau nak jadi Perdana Menteri pada 16 September,” katanya.

Sementara itu, Shafie menasihati pengundi jangan mengulangi kesilapan pengundi pada pilihanraya umum tahun lalu.

“Ada yang cuba tukar kerajaan, tetapi sekarang rakyat empat negeri yang rugi,” katanya.

Menurut Shafie, rakyat Pulau Pinang dan Selangor khususnya tidak terbela dalam isu Kampung Buah Pala serta janji-janji yang tidak dilaksanakan.

Lagipun katanya, PKR adalah alat perjuangan Ketua Pembangkang untuk bebas penjara dan mencapai cita-cita mahu jadi perdana menteri .

Jelasnya, Tuhan tidak mengizinkan Anwar jadi pemimpin utama padahal sebelum ini beliau hanya seinci sahaja lagi dengan kedudukkanya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PKR AKAN TERKUBUR

Kira-kira 150 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga penduduk Flat Putri Laksamana Zon 15, Gombak dekat sini bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai MIC hari ini.

Kesemua borang keahlian menyertai MIC penduduk itu diserahkan oleh wakil penduduk tersebut kepada Ketua MIC Bahagian Gombak, G. Jayakumaran.

Wakil penduduk yang juga Ketua Persatuan Penduduk Putri Laksamana, V. Sundramoorthy berkata, tindakan keluar parti itu dibuat selepas mereka melihat tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh PKR di kawasan mereka.

Menurutnya, pelbagai aduan dan permohonan telah dibuat pihaknya namun wakil rakyat pakatan pembangkang di kawasan itu bersikap seperti `acuh tak acuh'.

Menjelaskan lebih lanjut, Sundramoorthy memberitahu, antara isu tersebut adalah pencemaran udara di kawasan tempat tinggal mereka berikutan kewujudan kilang simen di kawasan berdekatan.

Jelasnya, dia dan beberapa penduduk kampung telah bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier A. Jayakumar untuk memaklumkan masalah itu namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

“Masih tiada sebarang tindakan diambil berhubung isu itu walaupun mereka telah berjanji ingin menyita kilang tersebut.

“Ingin kami tegaskan bahawa, PKR hanya pandai berjanji tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Sundramoorthy, walaupun Barisan Nasional (BN) tidak menang untuk kerusi Zon 15 di kawasan mereka, parti itu tidak memilih bulu untuk menghulurkan bantuan.

Jelasnya, ketika beberapa masalah dialami penduduk kawasan itu, Jayakumaran dan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Rahim Kamaruddin yang banyak menghulurkan bantuan

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PENGUNDI BAGAN PINANG :AWAS TAKTIK KOTOR PEMBANGKANG

Penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang didakwa disebarkan oleh pembangkang dengan tujuan melancarkan fisabilillah terhadap UMNO merupakan taktik kotor untuk meraih populariti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia merupakan taktik pembangkang untuk meraih sokongan berikutan kurangnya penyokong pembangkang dalam siri ceramah termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, taktik berkenaan sama seperti yang pernah digunakan sewaktu mengadakan demonstrasi pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Biasalah matlamat mereka dengan penyebaran SMS ini dengan tujuan tidak baik. Kesudahannya ia mendatangkan kerugian kepada rakyat tetapi lebih menyedihkan kepada peniaga.

"Perbuatan seperti ini tidak harus dihalalkan oleh rakyat. Kita juga berharap agar rakyat tidak terpesona dengan pihak-pihak seperti ini sehingga boleh menimbulkan keadaan yang tidak selamat sepanjang tempoh berkempen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Perasmian Bengkel Kemahiran Kemas di Tabika Kemas Taman Eastern di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie mengingatkan jentera UMNO tidak terlalu selesa dengan kelebihan yang kini memihak kepada Barisan Nasional (BN) akan tetapi terus bekerja dalam memastikan kemenangan parti.

"Kita harus pastikan perjuangan ini akan diteruskan hingga penghujungnya. Dengan kemenangan yang akan dikecapi nanti kita akan terus melaksanakan janji-janji kita selain memperkuatkan parti.

"Kita tidak terdesak cuma dalam usaha utuk melaksanakan tugas yang penting kita tidak harus selesa. Yang penting agenda kemenangan dapat diterjemahkan," ujarnya

Mohd. Shafie turut menasihatkan pengundi di Bagan Pinang supaya tidak takut untuk keluar mengundi Ahad ini walaupun ada cubaan pihak tertentu mewujudkan suasana kurang selesa.

"Saya harap rakyat tidak mudah terpedaya dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini," kata beliau.

Jumaat, 9 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PKR TELOK KEMANG SEMAKIN TENAT

Kurang 48 jam sebelum hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN Bagan Pinang, Barisan Nasional (BN) terus mendapat sokongan apabila Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Teluk Kemang, Norman Sulaiman hari ini bertindak keluar parti bersama 80 ahli PKR dan menyertai Umno.

Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad sambil disaksikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis 'Pulang ke Pangkal Jalan Demi 1Malaysia' di Dewan Orang Ramai Kampung Bagan Pinang di sini hari ini.

Mohd Isa adalah calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Turut bersama kumpulan itu ialah 45 lagi penyokong pembangkang yang terdiri daripada kaum Cina dan India menyatakan pendirian menyokong BN.

Bagi Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cawangan Port Dickson, Muhammaddin Abu Bakar, keputusan beliau dan rakan-rakannya keluar daripada PKR kerana kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang terlalu mementingkan pangkat tanpa menghiraukan ahli peringkat bawahan.

"Saya kecewa dengan sikap pemimpin dalam parti kerana mereka hanya pentingkan pangkat dan mengejar populariti tanpa memikirkan nasib kami penyokong di peringkat bawah," katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Selain beliau, Shahruddin Abdul Hamid, yang gagal dalam cubaannya menjadi calon bebas pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang turut menyatakan pendirian untuk membantu Mohd Isa pada pilihan raya kecil itu yang akan berlangsung Ahad ini.

Beliau menyifatkan Mohd Isa sebagai pemimpin sejati serta berpengaruh dan diterima oleh rakyat di Bagan Pinang.

Mohd Isa pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.

Khamis, 8 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:SATU LAGI PEMBOHONGAN PAS

Beberapa petugas PAS di Bagan Pinang diserang sekumpulan lelaki, yang didakwa berpakaian dengan lambang BN, sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian awal pagi ini.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal menyerbu dan menceroboh markas induk Dewan Pemuda PAS dan menumbuk petugas yang berada di situ, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.net.

"Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut. Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu," laporan itu dipetik.

Ramai lagi petugas PAS dipukul, lapor akhbar web itu lagi, malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Sekeping foto yang menunjukkan seorang petugas, yang tidak dinamakan, berdarah dikepala dan baju merahnya koyak di bahagian belakang, dilaporkan ditetak dalam serangan tersebut.

Pemuda PAS berhasrat membuat aduan polis jam 6 petang ini di balai polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga.

"Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," ketua dewan itu Nasaruddin Hassan dipetik berkata

ANWAR NIZAR BANGSA=T:BN MEMPUNYAI PELUANG LEBIH CERAH DARI PAS ,PAS SEMAKIN MENGGELABAH

Setelah lima hari berkempen, Barisan Nasional (BN) kelihatan mempunyai peluang cerah untuk kekal berkuasa di kubu kuatnya pada pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Tanda-tanda menunjukkan pakatan pembangkang menghadapi masalah untuk meraih sokongan pengundi, walaupun telah mengamalkan pelbagai pendekatan dan strategi.

Di samping itu, mereka juga terpaksa berhempas pulas untuk membalas hujah yang ditimbulkan oleh BN tentang pelbagai isu.

Strategi BN memberi tumpuan terhadap isu berkaitan pembangunan setempat dan meletakkan calon yang cukup berpengalaman serta disukai ramai Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang juga anak tempatan, kelihatan berjaya menenggelamkan beberapa isu nasional yang dibangkitkan oleh pembangkang.

Pakatan pembangkang, khususnya PAS, lebih banyak memberi tumpuan terhadap isu tempatan bagi meraih sokongan pengundi di Bagan Pinang suatu tindakan yang dianggap menyimpang daripada amalan mereka selama ini yang gemar memberi fokus terhadap isu nasional semasa kempen pilihan raya.

Sebagai contoh, mereka menimbulkan isu projek terbengkalai berhampiran pantai, sistem pembetungan tidak cekap yang mencemarkan laut dan kesesakan lalu lintas, walaupun sumber dalaman parti itu sendiri raguragu langkah itu boleh meraih sokongan pengundi.

Bagaimanapun, pengarah pilihan raya kecil Bagan Pinang PAS Salahuddin Ayub berkata mereka tetap memainkan isu nasional dan pada waktu yang sama, memberi fokus terhadap isu tempatan apabila BN menampilkan Isa sebagai calon yang mampu berkhidmat kepada pengundi di kawasan itu kerana pernah menjadi menteri besar.

"Kami perlu mengenengahkan isu setempat di sini bagi menunjukkan kegagalan beliau," katanya.

Sama ada ia sekadar satu strategi atau kerana faktor lain, beberapa anggota parti pembangkang secara diamdiam mendedahkan bahawa pada umumnya, sambutan terhadap kempen mereka tidak menggalakkan, termasuk di kawasan bukan Melayu.

"Sambutan yang diberi kepada kami di sesetengah kawasan masih dingin. Logistik memang teruk. Buat masa ini, kami percaya majoriti undi bukan Melayu masih bersama kami. Kami yakin dengan pengundi India, tapi tidak begitu pasti tentang pengundi Cina," kata seorang pemimpin DAP.

Pemimpin DAP yang enggan dikenali itu berkata semasa berkempen dari rumah ke rumah, kebanyakan pengundi masih bersikap dingin terhadap mereka.

"Saya rasa, penduduk tempatan, khususnya orang Cina, lebih suka menyembunyikan pendirian masing-masing. Mereka tak mahu dilihat mengikuti ceramah kami. Inilah sebabnya tidak ramai yang menghadiri ceramah kami," katanya.

Berdasarkan senario ini, pembangkang tidak pasti mereka mampu mencapai sasaran mendapat 75 peratus sokongan pengundi bukan Melayu, daripada 65 peratus sebelum ini.

"Tak banyak yang dapat dilakukan dalam perang ini kerana tak ada isu kuat untuk kami beri fokus. Tak ada benda buruk untuk dijadikan modal. Permatang Pasir mudah kerana BN telah membunuh diri. Di sini, keadaannya berlainan," kata beliau.

Seorang pemimpin Gerakan yang begitu giat berkempen di kawasan majoriti kaum India berkata ada tanda-tanda positif bahawa pengundi India cenderung untuk memihak kepada BN memandangkan sambutan yang mereka terima semasa berkempen dari rumah ke rumah tidak lagi seburuk semasa mereka berkempen pada pilihan raya umum tahun lepas.

"Daripada segi sokongan, Umno sudah pasti akan mendapat antara 4,500 dan 5,000 undi Melayu, manakala penyokong tegar PAS berjumlah sekitar 1,500 orang. Pada pilihan raya umum lepas, PAS mendapat 4,500 undi daripada bukan Melayu.

"Tapi, pada pilihan raya kecil ini, kami meramalkan akan belaku beberapa perubahan. Keadaan akan bertambah baik daripada segi undi bukan Melayu, walaupun kami menjangka jumlahnya adalah kecil," kata beliau sambil menambah bahawa kempen yang dijalankan bertumpu pada kumpulan kecil pengundi.

Sejajar dengan itu, pada hari-hari berikutnya, BN akan berusaha keras untuk mewujudkan perubahan dalam kalangan pengundi bukan Melayu melalui pesta kuih bulan yang akan diadakan malam esok dan jamuan makan secara besar-besaran pada malam berikutnya.

"Majlis berkenaan akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri. Dulu, hanya 42 peratus pengundi Cina di sini menyokong BN. Bagaimanapun, kali ini, kami menyasarkan jumlahnya mencapai 50 peratus," kata pengerusi MCA Bahagian Teluk Kemang Yit Lee Kok.

Kebanyakan pengundi Cina tinggal di Teluk Kemang, manakala selebihnya di Betong, Si Rusa, Pekan Silliau, Taman Eastern dan Ladang Atherton.

Pekerja pilihan raya BN mendakwa satu lagi tanda bahawa PAS menghadapi masalah untuk meraih sokongan lebih ramai pengundi ialah apabila mereka terpaksa mengamalkan taktik lama dengan mendakwa senarai daftar pemilih tidak bersih, sebagai alasan untuk menutup malu jika mereka mencapai keputusan teruk pada pilihan raya kecil ini.

PAS juga dilaporkan berkata ia mungkin memohon mendapatkan perintah mahkamah bagi menangguhkan pilihan raya kecil Bagan Pinang sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyelesaikan isu berkaitan dakwaan parti itu bahawa ada perkara yang tidak kena dengan senarai daftar pemilih.

Parti itu mendakwa ada pemilih yang nama mereka didaftarkan di dua kawasan satu yang menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi menggunakan MyKad

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PAS DALAM KEADAAN TENAT

Pas mencari pelbagai alasan termasuk berhasrat mengambil perintah injunksi bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana mereka kini berada dalam keadaan terdesak dan tertekan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, menyedari sokongan rakyat semakin terhakis, Pas kini cuba menimbulkan apa juga isu bagi melambat-lambatkan proses demokrasi yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak.

“Saya telah membaca kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu proses pilihan raya itu diteruskan. Saya percaya perkembangan ini berlaku disebabkan Pas berada dalam keadaan tertekan,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat di Ladang Siliau dekat sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Pas, Salehuddin Ayub yang mahu mendapatkan perintah injunksi mahkamah untuk menangguh pilihan raya kecil itu.

Dakwa Salehuddin ia berikutan terdapat pertindihan daftar pemilih di kalangan anggota tentera yang telah bersara tetapi masih lagi tersenarai sebagai pengundi undi pos.

Muhyiddin berkata, beliau tidak hairan dengan tindakan Pas itu kerana dalam keadaan terdesak parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

“Inilah pembangkang. Mereka benar-benar tertekan kerana kempen tidak cukup. Mereka perlukan lebih masa untuk berkempen. BN tidak ada masalah walaupun diberi sehari untuk menghadapi pilihan raya. Kita akan melaluinya mengikut peraturan,” katanya.

Rabu, 7 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:KERANA TAKUT KALAH PAS SENGAJA BUAT BUAT CERITA YANG TAK BENAR

PAS tidak perlu menjadikan alasan seperti yang mereka dakwa wujudnya pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semata-mata untuk menangguhkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, oleh kerana PAS mendakwa mereka ada bukti maka SPR akan menyiasat sama ada pertindihan yang dimaksudkan itu berlaku di DUN Bagan Pinang.

"Kalau mereka ada bukti kita akan semak petang ini juga sama ada kad pengenalan itu dipunyai oleh orang yang sama.

"Tapi dalam kes ini, yang penting bagi SPR ialah untuk pastikan dalam saat-saat akhir ini ialah adakah yang berganda itu dalam N31 Bagan Pinang?," katanya kepada mStar Online.

Jelas beliau lagi, pada peringkat ini SPR akan pastikan tidak ada mana-mana individu yang berdaftar sebagai pemilih akan mengundi sebanyak dua kali di DUN Bagan Pinang.

"Kalau pun betul wujud nama berganda iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan berdaftar di Bagan Pinang serta satu lagi menggunakan kad pengenalan awam dan mendaftar di kampungnya di Kelantan atau Terengganu... apa yang nak kita risaukan sebab di Terengganu tak ada pilihan raya.

"Yang akan mengundi hanya di Bagan Pinang sahaja sebab ini bukan pilihan raya umum di mana di seluruh negara mengundi," katanya.

Oleh itu menurut Wan Ahmad, PAS tidak perlu terburu-buru untuk memohon injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kata dua yang diberikan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa parti itu tidak menolak kemungkinan akan memohon injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kata dua yang diberikan itu berikutan dakwaan mereka bahawa PAS mempunyai bukti yang kukuh bagi mendedahkan mengenai kewujudan pertindihan nama dalam daftar pemilih SPR di DUN berkenaan.

Pertindihan yang dimaksudkan itu ialah terdapat pengundi yang mendaftar dua kali di DUN Bagan Pinang iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam.

Menjelas lanjut mengenai perkara ini, Wan Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan menyemak dakwaan tersebut apabila menerima bukti-bukti yang akan dikemukakan itu nanti.

"saya beri jaminan semakan tersebut akan boleh dibuat segera dan kita boleh tahu keputusannya petang ini juga," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pertindihan nama pengundi yang berdaftar menggunakan dua kad pengenalan iaitu tentera dan awam, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya perkara tersebut.

"Setiap rakyat di negara ini termasuk tentera ada kad pengenalan awam kerana sebelum dia jadi tentera pastinya dia ada kad pengenalan awam.

"Rekod yang kita terima daripada Kementerian Pertahanan memang ada dua kad pengenalan iaitu satu kad pengenalan tentera dan satu kad pengenalan awam... namun kita akan pastikan mengenai kesahihannya dahulu.

Tegas beliau lagi, jika benar dakwaan berlakunya pertindihan nama yang didaftarkan di dua kawasan menggunakan dua kad pengenalan, pihaknya akan mengambil tindakan susulan dengan membersihkannya daripada senarai daftar pemilih.

"Jangan risau, lepas pilihan raya ini kita akan semak semula kita akan potong terus nama pengundi tersebut.

"Misalnya seseorang anggota tentera itu masih aktif, kita akan potong namanya dalam senarai daftar pemilih awam...itu senang sahaja," katanya.

PAS SEDAR YANG MEREKA TAK MAMPU UNTUK MENANG DI BAGAN PINANG..KERANA ITULAH PAS MENCARI ALASAN YANG BODOH UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT DAN MENYALAHKAN SEMUA INI PADA SPR.

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:PAS CUBA TANGGUHKAN PRK BAGAN PINANG

PAS berkemungkian akan mendapatkan injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyelesaikan isu pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilihan yang dikeluarkan suruhanjaya berkenaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PAS kini sedang menimbang untuk menggunakan peruntukan undang-undang jika SPR masih berdiam diri mengenai isu tersebut.

"Ya, bagi tindakan jangka pendek ialah kita akan mendapatkan injunksi untuk menangguhkan pilihan raya sehingga isu ini diselesaikan," katanya dalam sidang akhbar di sini pagi Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaannya sebelum ini bahawa PAS mempunyai bukti yang kukuh bagi mendedahkan mengenai kewujudan pertindihan nama dalam daftar pemilih SPR.

Kata beliau, pertindihan yang dimaksudkan ialah nama bagi seseorang pengundi itu telah didaftarkan di dua kawasan iaitu satu daripadanya menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam.

"Satu nama boleh mengundi di kem tentera di sini dan satu nama lagi berdaftar dan boleh mengundi di Kelantan," katanya.

Menurut Salahuddin lagi lebih daripada 500 pengundi yang nama mereka telah didaftarkan di dua kawasan.

"Angka rasmi akan kita dedahkan esok selepas kita berjumpa dengan SPR... tapi buat masa sekarang bolehlah saya katakan ia melebihi 500 pengundi," katanya.

Pertemuan antara PAS dan SPR akan diadakan di Putrajaya pada pukul 3 petang Rabu.

Bagi pertemuan tersebut wakil PAS akan diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Pengarah Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang itu berkata perkara tersebut bergantung kepada tindakan susulan SPR terhadap pendedahan ini.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:INILAH MASA PENGUNDI BAGAN PINANG BANGKIT AJAR PAS

Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang perlu bangkit 'mengajar' Pas berikutan penyelewengan berterusan parti itu terhadap Islam termasuk membenarkan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam di pentas politik.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebab itu umat Islam perlu berani bangkit menyuarakan yang benar kerana penyelewengan oleh Pas itu sudah mencapai tahap yang maksimum.

''Cukuplah mereka memperdayakan masyarakat dengan menyalahgunakan agama dan kita mesti bangkit menyatakan yang benar.

''Seruan ini mesti disambut oleh mereka yang berani berkata dan mampu untuk menyatakan pendirian demi menjaga imej agama sendiri.

''Ini sebelum ia terus menerus dijahanamkan oleh mereka yang kononnya menjadi satu-satunya 'penerang' kepada negara,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran Syed Ahmad Jamal: Pelukis di Balai Seni Lukis Negara di sini hari ini.

Rais mengulas mengenai kenyataan pemimpin Pas yang tetap menghalalkan penggunaan ayat suci al-Quran oleh bukan islam di pentas politik walaupun ia dibantah oleh beberapa tokoh agama bukan politik.

Beberapa hari lalu, pemimpin bukan Islam pakatan pembangkang menggunakan ayat suci al-Quran di atas pentas ceramah Pas pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang.

Dalam ceramah itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa segan silu menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian penyokong parti itu.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PENDUDUK BAGAN PINANG BERTUAH SEKIRANYA ISA DIPILIH

Penduduk di sekitar kawasan ini harus merasa bertuah kerana Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad iaitu seorang pemimpin yang berpengalaman luas telah dipilih sebagai salah seorang calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai bekas Menteri Besar dan Menteri Kabinet, Mohd. Isa sudah tentu mempunyai kekuatan dari segi jaringan hubungan sama ada di peringkat Kerajaan Pusat atau negeri.

Justeru, beliau berkata, dengan kedudukannya itu ia akan memudahkan Mohd. Isa menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk dengan lebih berkesan.

''Selain itu sikapnya yang amat merendah diri serta kedudukannya sebagai anak tempatan adalah antara sebab beliau wajar dipilih untuk menjadi wakil rakyat Bagan Pinang,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perjumpaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama Usahawan Mara Negeri Sembilan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh.

Mohd. Isa akan bersaing dengan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dalam Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual diadakan pada 11 Oktober ini.

Sementara itu Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyelar tindakan pembangkang yang menuduh kerajaan mengabaikan usahawan bumiputera.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan melalui Mara bertungkus lumus membantu usahawan bumiputera supaya mampu bersaing di dalam bidang tersebut.

''Tugas dan tanggungjawab ini tidak pernah kita abaikan kerana kita tahu kaum bumiputera masih memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan.

''Di sini saya ingin bertanya kepada mereka adakah kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang ada peruntukan khas untuk membantu kaum bumiputera di negeri mereka. Saya percaya mereka tidak ada peruntukan khas seperti Kerajaan Pusat,'' katanya

Selasa, 6 Oktober 2009

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:POLIS PERLU SIASAT SEMULA AKAUN BERKANUN BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA

Pergerakan Pemuda Umno menuntut supaya pihak polis menyiasat kesahihan berhubung akuan berkanun yang pernah dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira 10 tahun lalu.

Sehubungan dengan itu ketua pergerakan tersebut, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda Umno akan memfailkan laporan polis untuk dimulakan siasatan terhadap Anwar berhubung isu ini seperti yang telah dibangkitkan semula oleh bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakarupan.

"Jika orang lain yang bangkitkan isu ini mungkin kita tidak berapa peduli, tapi ia dibangkitkan semula oleh Datuk Nallakarupan yang kita tahu mempunyai hubung yang akrab dengan Anwar dahulu.

"Datuk Nallakarupan mendakwa Anwar diketahui mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti yang pernah didedahkan oleh Datuk Abdul Murad," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) bagi peti undi Kampung Bharu Si Rusa di sini hari ini.

Nallakarupan dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai pelbagai sumber seperti yang pernah didedahkan Abdul Murad.Pada 26 Oktober 1999, Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Dalam akuan berkanun itu, Abdul Murad turut mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk tersebut untuk memajukan cita-cita politiknya.

Tambah Ahli Parlimen Rembau itu, Pemuda Umno memandang berat mengenai perkara tersebut dan berharap agar pihak polis menyegerakan siasatan berhubung kes ini kerana mempunyai kepentingan terhadap negara.

"Kita akan ketengahkan isu ini dan kita berharap ia akan mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan agensi-agensi berkenaan terutamanya daripada pihak polis untuk memulakan siasatan.

"Saya merayu supaya buatlah siasatan yang rapi sebab semua butiran dan maklumat sudah ada (dalam kenyataan berkanun Abdul Murad).

"Mereka sudah boleh mulakan siasatan, saya sedih dan tak puas hati apabila Datuk Nallakarupan sudah bangkitkan tapi tak ada apa-apa tindakan susulan... sekurang-kurangnya mesti ada siasatan," katanya.

Menurut beliau, penangguhan berhubung siasatan kes-kes seumpama ini oleh pihak polis menjadi punca kemerosotan rakyat terhadap BN.

"Saya rasa ini antara punca kemerosotan sokongan rakyat terhadap kita... ini beri kesan kepada kita.

"Bila Pemuda bertindak untuk dapatkan kebenaran, sepatutnya mesti ada tindakan, kalau tidak rakyat akan lihat tiada sebarang tindakan susulan," katanya.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PAS SUDAH KEKURANGAN MODAL

Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang,Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyifatkan pembangkang sudah kekeringan modal berkempen apabila terus menerus menyerang peribadinya sejak namanya diumumkan sebagai calon Sabtu lalu.

Beliau berkata, PAS sudah tidak ada idea yang bernas untuk menimbulkan keraguan di kalangan penduduk Bagan Pinang terhadap dirinya dan juga BN.

"Mereka tak ada idea untuk timbulkan keraguan, seperti yang kita tahu tanggungjawab mereka ialah untuk mencipta keraguan.

"Mereka menyebut mengenai sejarah politik saya, itu perkara biasa bagi mereka... tapi tanggungjawab kita ialah untuk jelaskan kepada rakyat, apa yang boleh kita sumbangkan untuk pembangunan mereka.

"Insya-Allah kita juga akan terus bercakap mengenai perkara ini," katanya ketika ditemui dalam siri kempennya di Bagan Pinang lewat petang Isnin.

Tambah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu lagi, sudah menjadi sikap pembangkang yang hanya memandang sesuatu perkara itu sebagai salah jika tidak berpihak kepada mereka.

"Saya sudah terangkan sebelum ini, pemimpin mereka kenapa boleh bertanding... lihat Datuk Seri Anwar (Ibrahim), (Lim) Guan Eng kenapa mereka boleh bertanding? Mereka pernah masuk penjara atas kesalahan jenayah.

"Saya bukan lakukan jenayah... modal ini sahaja yang nak disebut oleh mereka, tapi saya tak nampak isu ini sebagai isu besar kerana orang faham, saya bukan masuk penjara," katanya.

Mengenai serangan terhadap 'kelemahan' berhubung beberapa projek terbengkalai semasa beliau menjadi Menteri Besar selama 22 tahun, Mohd Isa berkata: " Dia serang pun buat apa? Bukan dia boleh selesaikan masalah (yang dia sendiri sebutkan).

"Kalau pilih PAS lagi tak boleh buat apa, dia cuma nak tunjukkan kesalahan dan kelemahan.

"Tapi yang sebenarnya dia tak ada cara nak selesaikan, yang boleh selesaikan adalah kerajaan... itu yang mesti kita faham," katanya.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah membuat laporan polis lewat petang ini berhubung apa yang mereka dakwa sebagai satu tindakan provokasi para penyokong BN dalam menaikkan pemidang yang memperlekehkan pihak lawan.

Timbalan Ketua AMK Pusat, Faris Musa berkata, jika SPR benar-benar telus bagi memastikan proses pilihan raya diadakan dengan dengan lancar, mereka seharusnya meneliti perkara berkenaan dengan serius.

"Kami gesa SPR supaya meneliti dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai provokasi yang telah dilakukan oleh penyokong BN," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis mengenai dakwaan provokasi berkenaan di Balai Polis Teluk Kemang di sini semalam.

Menerusi laporan polis berkenaan, beliau mendakwa jentera BN dengan sengajanya memasang poster-poster besar yang tertera perkataan berunsur provokasi dan memperlekehkan imej PAS.

Malah beliau memberikan tempoh masa selama 24 jam kepada jentera BN untuk menurunkan poster-poster berkenaan.

"Kami beri mereka masa 24 jam untuk turunkan poster berkenaan yang kini terdapat di beberapa kawasan di Batu 4 dan di sepanjang jalan dari kawasan pantai Port Dickson hingga ke Bagan Pinang.

"Kalau sehingga pukul 6.30 petang esok mereka masih berdegil, kami dan jentera PAS tidak akan teragak-agak untuk melancarkan operasi kami sendiri.

"Kami akan menurunkan kesemua poster berkenaan jika mereka masih berdiam diri," katanya.

Selain itu dalam laporan polis yang sama, Fariz turut turut menyatakan mengenai tindakan pihak tertentu yang didakwanya dengan sengaja menggunakan taktik kotor dengan memasang poster-poster bagi memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PAS SANGGUP HALALKAN APA SAJA ASALKAN DAPAT UNTUNG

Tak kira apa saja ,pas akan lakukan demi untuk mendapat keuntungan dunia.Pas lupa tanggungjawab sebenar pada agama bangsa dan tanah air.kerana itulah Pas akan terima apa sahaja walaupun ianya akan merosakan perjuangan untuk menegakan negara Islam.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pas kini sanggup melakukan apa saja bagi meraih sokongan rakyat, termasuk membentuk kerjasama dengan parti bukan Islam.

Bekas Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan Pas itu jelas memperlihatkan bahawa mereka sanggup menghalalkan apa saja termasuk dalam isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

"Dulu, Pas kata kalau bekerjasama dengan orang bukan Islam kita akan jadi kafir... sekarang ini bukan saja (Pas) bekerjasama dengan bukan Islam tapi dia (Pas) kata ternak babi pun takpa.

"Betullah dalam al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi dan dia (al-Quran) tak kata tak boleh ternak... tapi kalau kita ambil tafsiran yang macam itu maknanya kita boleh ternak babi, kita boleh jual babi, kita boleh hidang babi dan kita boleh masak tapi jangan makan. (Adakah) kita nak setuju juga dengan orang (yang berpendirian) seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Dari Minda Tun Mahathir: Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun di sini, semalam. Hadir sama Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, jika pemimpin tiada pendirian disokong, ia jelas menunjukkan rakyat juga tidak mempunyai pendirian dalam membangun dan mempertahankan maruah bangsa.

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno masih relevan sebagai parti perjuangan orang Melayu, bagaimanapun pemimpin parti mesti bertindak bijak dan sanggup mempersoalkan sebarang perlakuan yang dilihat tidak betul dan boleh menjejaskan imej serta reputasi parti.

"Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepada kepentingan diri bukan kepentingan bangsa, agama dan tanah air, sudah tentulah kepentingan bangsa agama serta tanah air akan akan rosak dan tak tercapai," katanya.

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:BERI PELUANG PADA ISA JADI PEMIMPIN DI BAGAN PINANG

Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad merupakan calon popular yang mampu menggalas tanggungjawab Barisan Nasional (BN) untuk memenangi hati pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang penting dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah untuk memilih calon yang mampu memberi perkhidmatan berkesan untuk rakyat selain personaliti yang diterima ramai.

Justeru, kata beliau, Mohd. Isa wajar diberi peluang untuk membuktikan kewibawaannya setelah diambil tindakan oleh UMNO beberapa tahun lalu atas kesalahan melanggar tataetika parti.

''Dilihat dari bacaan kita, Isa paling popular di Bagan Pinang, kalau dilihat dari segi kesalahan, beliau telah diambil tindakan sehingga hilang jawatan menteri dan Naib Presiden (UMNO).

''Dari segi kesalahan, hukuman (yang dijalaninya) sudah berat, oleh itu Isa perlu diberi peluang. Dia tidak pernah menentang parti walaupun (ketika itu setelah diambil tindakan) tidak lagi berada dalam parti. Insya-Allah, Isa ada peluang yang baik (untuk menang)," katanya di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog dengan para pelajar Malaysia di Pavilion Dauphine Place du Marechal de Lattre Tassigny di sini yang antaranya menanyakan ura-ura kononnya pencalonan Isa di Bagan Pinang tidak direstui oleh pucuk pimpinan parti.

Terdahulu, Najib yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Perancis mengadakan pertemuan dengan 450 pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian di pelbagai institusi pendidikan tinggi di seluruh negara ini.

Dalam hubungan ini, Najib percaya pakatan pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan calon BN.

''Jika dlihat dari semua sudut (positif) yang disebutkan tadi, Isa wajar menjadi calon BN," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang akan terus menggunakan pelbagai taktik kotor dalam menghadapi kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Antaranya, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya BN itu, pembangkang akan menggunakan apa sahaja cara termasuk mengeluarkan surat-surat palsu mempertikaikan pencalonan Mohd. Isa.

Pada masa sama, Setiausaha Agung UMNO dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menafikan beliau telah menulis surat kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mengarahkan supaya memilih Mohd. Isa sebagai calon BN.

Katanya, surat yang menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung UMNO yang kononnya ditandatangani beliau itu, dipalsukan oleh pembangkang dalam usaha memburuk-burukkan hubungan pelbagai peringkat dalam parti

Isnin, 5 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:AYAT ALQURAN DIJAJA ATAS PENTAS PAS

Pentas ceramah Pas sekali lagi dipergunakan oleh pemimpin bukan Islam pakatan pembangkang untuk menggunakan ayat suci al-Quran demi kepentingan politik sempit mereka.

Dalam ceramah di markas Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, di sini malam tadi, Ahli Parlimen Bagan Serai, N. Gobalakrishnan tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah membaca ayat dari surah Al-Imran ayat 54 bagi menarik perhatian kira-kira 300 penyokong parti itu.

Gobalakrishnan membacakan ayat dari surah itu ketika berhujah mengenai usaha untuk mengumpulkan penyokong pakatan rakyat pada satu perhimpunan yang akan diadakan Disember ini.

Dipercayai Ahli Parlimen Bagan Serai itu berbuat demikian dengan tujuan menarik perhatian para penyokong Pas pada majlis ceramah itu.

Selain Gobalakrishnan turut berceramah di markas Pas itu malam tadi ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin dan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar.

Sejurus selepas beliau menghabiskan ayat al-Quran itu, ia disambut gelak ketawa oleh penyokong Pas.

Sebelum ini pada ceramah di Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 4 April lalu, Ahli Parlimen Taiping yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dari DAP, Nga Kor Ming turut menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramahnya ketika berkempen.

Dalam pada itu, pada ceramah malam tadi, Gobalakrishnan berkata, BN seolah-olah tidak mempunyai calon yang bersih dan mempunyai kredibiliti untuk dijadikan sebagai pemimpin untuk membela rakyat.

"Keadaan BN seolah-olah telah bankrap untuk mengemukakan calon yang terbaik dalam untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Sepatutnya mereka (BN) menjaga dasar yang sedia ada, tetapi sekarang ini mereka tidak ada lagi golongan intelek dan strategi. Segala apa yang mereka lakukan hancur belaka," katanya.

Dalam pada itu, Gobalakrishnan juga secara terbuka menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai salah satu agensi paling rasuah yang diperalatkan oleh UMNO dan BN dalam isu kematian Teoh Beng Hock.

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:RAKYAT BAGAN PINANG JANGAN DENGAR DAKYAH PEMBANGKANG

Tiada keretakan atau perselisihan antara Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Ia hanya dakyah yang dilempar pembangkang untuk mengelirukan pengundi di kawasan ini.

Sehubungan itu, Mohamad minta pengundi tidak terpengaruh dengan dakyah tersebut.

''Itu tidak betul. Jangan dengar dakyah yang cuba meretakkan hubungan baik antara saya dengan Mohd. Isa," kata Mohamad.

Menurut Pengerusi BN negeri itu, pengundi harus melihat realiti dan memahami perjuangan BN dalam mensejahterakan mereka dan bukan isu yang meretakkan hubungan, yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang yang kononnya dapat memenangi hati pengundi.

''Mana ada retak. Kita bekerjasama dan hubungan baik, malahan rapat. Tuan-tuan jangan dengar cakap pembangkang.

"Esok, pada 11 Oktober pastikan keluar mengundi, bawa jiran dan undi Mohd. Isa, calon BN kita," kata beliau.

Mohamad berkata demikian dalam ucapan pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1Malaysia anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru Si Rusa dan UMNO Cawangan Kampung Baru Si Rusa di Balairaya Kampung Baru Si Rusa, di sini malam tadi.

Turut serta dalam program ini ialah Mohd. Isa dan beberapa ahli UMNO dan penduduk sekitar.

Mohd. Isa berkata, kehadiran Mohamad bersama beliau telah menangkis tuduhan tidak berasas pembangkang itu, yang sememangnya dilihat cuba mencari isu yang boleh memperdaya pengundi.

''Jangan dengar khabar angin. Itu tidak betul. Hari ini Menteri Besar datang dan saya pun ada, itu membuktikan kami tiada masalah. Hubungan amat baik sekali," kata beliau.

Malahan kata Mohd. Isa, sewaktu Allahyarham Azman Mohd. Nor meninggal dunia pada 4 September lalu pun, Mohamad telah menawarkan kepada beliau untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang.

''Saya berharap pengundi faham kedudukan ini. Saudara bijak untuk membuat penilaian dan lihatlah sendiri. Saya sentiasa baik dengan Mohamad," kata Mohd. Isa.

Dalam majlis itu, kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukan sebanyak RM48,000 untuk membina jalan baru dari Taman Dato' di sini ke Kampung Si Rusa Dalam bagi memudahkan urusan penduduk sekitar.

Sebanyak RM200,000 lagi diperuntukan bagi menaik taraf masjid di Kampung Baru Si Rusa. Kesemua sumbangan itu disampaikan oleh Mohamad kepada wakil penduduk di situ.

Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang akan berlangsung pada 11 Oktober ini menyaksikan pertarungan satu lawan satu dengan BN akan mempertahan kerusi tersebut melalui calonnya, Isa yang ditentang calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar.

Sabtu, 3 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:CALON PAS AKUI BUKAN ANAK TEMPATAN BAGAN PINANG

Calon Pas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar, hari ini mengakui beliau bukan anak tempatan Bagan Pinang, satu faktor yang mungkin memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata, soal anak tempatan tidak timbul kerana beliau dilahirkan di Lenggeng, juga di negeri itu.

"Saya anak watan Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon PAS menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, dari BN bagi pilihan raya kecil pada 11 Oktober ini.Zulkefly berkata, isu "anak tempatan" tidak timbul kerana Mohd Isa yang juga Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, bukan berasal dari negeri itu sebaliknya dilahirkan di Melaka.

Bagaimanapun berbanding Zulkefly, Isa yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sejak 1982, dibesarkan di Kampung Bagan Pinang, malah veteran Umno itu amat disegani penduduk setempat kerana ketokohan dan keramahannya.

Zulkefly sebelum ini pernah bertanding sebanyak tiga kali pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008 bagi kawasan DUN Lenggeng tetapi tidak pernah menang.

ANWAR NIZAR BANGSA=T:SIKAP KURANG AJAR PENYOKONG PAS CERMINKAN SIKAP SEBENAR PERJUANGAN PAS

Sikap biadap dan kurang ajar penyokong pembangkang dari Pas yang memukul dan menumbuk penyokong Umno tidak melambangkan sikap parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.Sikap begini adalah contoh parti yang tidak beradab sedangkan pada masa yang sama Pas mengaku memperjuangkan Islam. Mereka kata Islam itu berhemah, berbudi pekerti, berakhlak tinggi, bermoral tetapi nampaknya mereka ini tidak seperti apa yang mereka perjuangkan.

Sikap kurang ajar serta tidak menghormati orang lain telah menimbulkan insiden dimanaPengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, ditumbuk oleh penyokong Pas ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon pagi tadi. Penyokong pembangkang juga cuba menyerang Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob tetapi beliau sempat dilindungi pengawal peribadinya. Seorang penyokong Umno juga turut dipukul oleh penyokong Pas sehingga luka.

Belum lagi mereka menubuhkan kerajaan,seandainya Pas diberi peluang membentuk kerajaan budaya inilah yang akan dibudayakan oleh Pas pada orang melayu.Sebenarnya sudah beberapa kali berlaku dalam pilihan raya sebelum ini dan penyokong yang mengakui diri mereka ini Islamik sebenarnya lebih gemar menggunakan taktik kotor, kutuk mengutuk dan fitnah menfitnah.Inilah yang dilakukan pembangkang bila menuduh calon BN akan memberikan duit pada penyokong BN.

Seharusnya penyokong Pas ingat pesanan TG mereka yang telah berpesan agar penyokong Pas harus berhemah, jangan kritik peribadi tapi apa yang dicakap TG itu hanya mahu menutup kelemahan Pas yang memang suka membuat provokasi untuk menghuru harakan keadaan.Dalam sejarah pilihanraya tidak pernah ada penyokong Umno membuat huru hara sebaliknya Puteri Umno yang sering kena baling batu, botol dan diganggu dengan kata kata yang tidak seronok didengar.Bagi Umno dan BN Kita ikut tertib dan peraturan, budaya kita pun memang budaya yang baik dan selama ini pun kita amalkan dan mematuhi segalka peraturan yang telah ditetapkan SPR.

Percayalah,akan ada perbuatan yang tak senonoh yang akan dilakukan oleh penyokong Pas pada Umno kerana inilah budaya Pas yang tidak mahu menghormati orang lain...Bagi mereka hanya mereka yang baik dan Islam...Orang lain tidak mangamalkan cara dan adab islam.

Pas sanggup lakukan apa sahaja untuk menawan Bagan Pinang.Rakyat Bagan Pinang sudah tahu apa yang perlu mereka lakukan kerana mereka tidak akan termakan janji palsu Pas yang selama ini tidak mampu untuk memberikan khidmat yang baik pada rakyat terutama pengundi di Bagan Pinang.Jadi sebelum terlanjur dan termakan pujukan Pas,diharap pengundi Bagan Pinang nilai kemampuan calon BN dengan calon Pas...Mana yang berkemampuan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin....KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI....

ANWAR NIZAR BANGSA=T:PEMBANGKANG CUBA MAIN TAKTIK KOTOR

Penamaan calon sudah bermula dan bermulalah perang antara Umno Dan Pas untuk memenangi kerusi dun Bagan pinang.Walaupun tempoh kempen baru bermula ,Tapi Pas dan pembangkang sudah mula menggunakan taktik kotor bagi memburukan peribadi calon BN.

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh calon BN dimana pembangkang cuba memburukkan namanya dengan membuat janji kepada pengundi Bagan Pinang bahawa beliau akan memasukkan sejumlah wang tunai dalam akaun bank mereka sebelum hari pengundian, 11 Oktober ini. Pengundi memberitahu ada pihak tertentu datang dan meminta nombor akaun bank mereka untuk dimasukkan wang dalam akaun sebelum hari pengundian sebagai tanda terima kasih kerana mengundi Isa samad.

Ini adalah taktik kotor yang dimainkan pembangkang terutama Pas bagi mewujudkan kebencian dan rasa marah pengundi kepada calon BN. Jika duit yang dijanjikan tidak masuk dalam akaun, sudah tentu pengundi tidak akan memangkah calon BN kerana mereka telah merasa tertipu.Inilah taktik Pembangkang yang cuba untuk memburukan calon Umno dengan taktik rasuah.

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:5 SEBAB KENAPA BN MENJADI PILIHAN DIBAGAN PINANG

Seramai 13,664 pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mempunyai lima sebab untuk menyokong dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil pada 11 Oktober ini. Sebab pertama ialah pilihan raya itu sesuai dengan Gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, terutama dalam usaha gigih kerajaan menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Ini kerana peratusan pengundi DUN Bagan Pinang, iaitu Bumiputera 67 peratus dan bukan Bumiputera 32 peratus hampir menyerupai komposisi penduduk kaum di negara ini, iaitu Bumiputera 66 peratus dan bukan Bumiputera 33 peratus.

Sebab kedua,kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab diamanahkan dengan membawa pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan sekolah, masjid, prasarana awam, kawasan perniagaan dan pelancongan terkenal di kawasan berkenaan.

Sebab ketiga, Mohd Isa selaku calon yang ditampilkan BN adalah anak tempatan yang sudah banyak berjasa dan ketokohannya sudah terbukti apabila menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan wakil rakyat 30 tahun. Kawasan Bagan Pinang adalah kampung tempatnya membesar. Jadi, beliau sudah dikenali selain mudah didekati dan mesra rakyat serta setia berkhidmat, berbanding calon Pas iaitu calon dari luar yang belum terbukti kewibawaannya.

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat membuktikan kerajaan menghargai pengorbanan dan sumbangan besar pasukan keselamatan itu dalam menjaga kedaulatan negara. Pengundi di Bagan Pinang boleh menilai sendiri tugas yang sudah dilaksanakan Ahli Parlimen Telok Kemang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP dan PKR yang hanya menumpang tuah pembangunan yang sudah dilaksanakan BN di kawasan peranginan itu.

Pengundi diBagan Pinang perlu menilai apakah pembangunan yang sudah mereka lakukan sejak memenangi pilihan raya lalu? Jadi,diharap pengundi di Bagan pinang tidak akan terpujuk oleh kata kata manis pembangkang terutama Pas yang hanya menabur janji palsu kerana mereka pembangkang tidak pernah mahu berusaha membantu rakyat selepas mereka menang disatu satu kawasan.Jadi BN berharap pengundi jangan mengulangi kesilapan dengan memilih calon pembangkang dalam pilihan raya ini.

Fikirkan lah untung nasib anak anak kita di masa depan...Hanya Umno dan BN yang telah terbukti dalam membela nasib rakyat....RAKYAT DIUTAMAKAN ,PENCAPAIAN DIDAHULUKAN.....UNDI BN UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP KITA ....KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI....

Jumaat, 2 Oktober 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:BANGGANG BETUL LA PAS NI

Nama pun dah kem askar,Mestilah pengundi nya ramai.Yang sebenarnya Pas takut untuk berhadapan dengan BN dan cara Pas ini hanya untuk menutup kelemahan mereka dan sekiranya Pas kalah diBagan pinang Pas akan menyalahkan Kerajaan BN . PAS hari ini mempertikaikan kesahihan jumlah pengundi pos yang ramai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh jentera PAS, mereka mendapati hanya terdapat 1,200 orang pengundi pos yang benar-benar tinggal di kem Si Rusa, Negeri Sembilan.

"Pihak perhubungan PAS telah membuat perjumpaan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bincang mengenai proses pengendalian undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 28 Ogos yang lalu.

"DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang paling ramai iaitu hampir 5,000 orang tapi dalam semakan yang kita buat sendiri hanya 1,200 orang yang benar-benar tinggal dalam kem.

"Manakala yang selebihnya sebahagian besar mereka ini sudah pun bersara dan ada yang telah berpindah ke kem lain," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini pada pagi Jumaat.

Jelas Mustafa, jika mengikut kaedahnya, mereka yang telah bersara tidak boleh menggunakan keisitmewaan tersebut dan mereka sepatutnya mengundi seperti biasa.

"Ini yang menimbulkan persoalan sama ada daftar pemilih yang sedia ada ini benar-benar bersih dari sudut itu.

"Kita mintak SPR supaya menggunakan kaedah yang sesuai untuk memastikan bahawa mereka yang tidak tinggal dalam kem tersebut tidak boleh menggunakan kaedah pengudian secara pos," katanya.

Isu pengundian pos kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang yang dijadualkan 11 Oktober ini.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos - menjadikan DUN ini sebagai antara paling ramai pengundi pos di dalam negara.

Bagaimanapun, Mustafa berkata pihaknya belum memaklumkan kepada SPR mengenai semakan yang dibuat oleh parti itu mengenai jumlah pengundi pos di DUN Bagan Pinang.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai peluang untuk parti itu memenangi kerusi berkenaan, Mustafa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, parti itu mengakui bahawa mereka bukanlah calon 'pilihan' untuk menang.

"Ia akan jadi pilihan raya yang sengit bagi kedua-dua belah pihak. Tiada siapa boleh

anggap ini sebagai pertandingan yang 'mudah' atas beberapa faktor.

"Ada faktor yang memihak kepada kita dan ada juga faktor yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). Selain daripada itu faktor 'mood pengundi' dan calon itu sendiri turut mempengaruhi kemenangan parti yang bertanding," katanya.

Menurut beliau lagi, faktor kekuatan jentera parti turut mempengaruhi peluang untuk menang dalam pilihan raya kecil tersebut.

Mengenai pemilihan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN, Mustafa berkata ia memberi kesan yang tersendiri baik kepada PAS mahupun BN.

"Dari sudut Umno yang menyokong dia (Isa) melihat ia sebagai kekuatan tetapi kepada rakyat, mereka mahu melihat kepada seorang calon yang bersih dan mempunyai integriti.

"Dari sudut ini berdasarkan rekod, dia (Isa) tidak memenuhi kriteria tersebut kerana dia ada kes (rasuah).Tapi kita tidak bergantung kepada faktor ini sahaja kerana BN tidak boleh anggap undi pos akan memihak kepada mereka," katanya.

Mustafa berkata, jika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dijalankan secara telus dan adil BN tidak akan menang mudah kerana tentera yang mengundi secara pos ini mempunyai pendirian sendiri dan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk memilih calon yang memenuhi kriteria yang mereka kehendaki.

TEOH BENG HOCK:BETUL KE PEMILIK DNA PADA TEOH ADALAH ORANG YANG SUDAH MENINGGAL

Inkues kematian Teoh Beng Hock diberitahu hari ini bahawa DNA yang dikesan pada blazer dan talipinggang Teoh adalah milik Gopala Muniam.

DNA tersebut dikenalpasti oleh ahli kimia, Dr Dr Seah Lay Hong milik Gopala yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Dr Seah yang dipanggil semula memberi keterangan dalam inkues tersebut berkata pemindahan DNA itu mungkin berlaku ketika bedahsiasat ke atas Teoh dilakukan di Hospital Klang dalam keadaan yang sesak.

Gopala mati dalam satu kemalangan jalan raya dan DNAnya ditemui pada blazer Teoh.

Ia dikenalpasti selepas Dr Seah melakukan siasatan kali ketiga kerana dua siasatan sebelum itu, gagal mengenal pasti pemilik DNA berkenaan pada talipinggang dan blazer tersebut.

Dalam siasatannya itu, Dr Seah menganalisa profail DNA 157 individu sebagai perbandingan, dan mereka terdiri daripada 14 pegawai dari Jabatan Patologi Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur.

Turut diuji ialah 49 pegawai polis, 81 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua pekerja pencuci, lapan kakitangan penyelenggaran dan seorang anggota keselamatan, serta tiga saksi.

Dua siasatan pertama gagal mengesan pemilik DNA dan dia ditanda sebagai 'Lelaki 1'.

TEOH BENG HOCK:APAKAH PEMBUNUH SEBENAR AKAN DIKETAHUI HARI INI

Teka-teki tentang asid deoksiribonukleik (DNA) 'lelaki misteri 1' yang ditemui pada tali pinggang Teoh Beng Hock bakal terjawab esok apabila ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dijadual memberi keterangan sekali lagi berhubung padanan yang ditemuinya.

Koroner Azmil Muntapa Abas membenarkan permohonan peguam mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan untuk memanggil semula ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia itu bagi membolehkan beliau menjelaskan tentang DNA yang berjaya dikenal pasti itu.

Walaupun peguam pemerhati keluarga mendiang, Gobind Singh Deo membantah kerana beliau mempunyai kes di mahkamah lain, Lay Hong tetap akan memberi keterangan esok memandangkan saksi itu dijadualkan ke Mahkamah Tinggi Muar, Johor sepanjang minggu depan.

Sebelum ini, Lay Hong dalam keterangannya memberitahu beliau menemui lebih dua DNA lelaki misteri termasuk DNA 'lelaki misteri 1' pada bahagian koyakan tali pinggang yang dipakai Beng Hock semasa dia ditemui mati di koridor tingkat lima, Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lalu.

DNA lelaki misteri itu juga ditemui pada bahagian belakang kot hitam yang dipakai oleh Beng Hock.

Namun tiada padanan yang ditemui walaupun lebih 157 sampel DNA milik kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hospital, polis dan saksi-saksi dianalisis oleh Lay Hong.

Sementara itu, Hock Chuan juga memaklumkan beliau akan mengemukakan soalan-soalan yang disediakan dua pakar psikiatri forensik dari Hospital Selayang dan Hospital Permai, Johor Bahru untuk diteliti oleh mahkamah esok.

Soalan-soalan itu akan digunakan untuk menemu duga saksi-saksi yang bersama Beng Hock, keluarga dan rakan-rakannya bagi membantu Mahkamah Koroner di sini dalam usaha menentukan tahap kesihatan mental mendiang sebelum kematiannya.

Pada prosiding hari ini, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor memohon agar tarikh 27 dan 28 Oktober ini dilapangkan untuk membolehkan pakar forensik dari Thailand memberi keterangan.

Khamis, 1 Oktober 2009

ANWAR NIZAR PETUALANG BANGSA=T:ISA PERLU BUKTIKAN PEMILIHANNYA TEPAT

Tak kiralah apa latarbelakang Isa Samad yang sedikit sebanyak telah mencalarkan kewibawaannya sebagai pemimpin yang sangat sangat dihormati diNegeri 9.Semoga dengan pemilihan Isa sebagai calon Umno untuk membawa cabaran BN di Bagan pinang akan melenyapkan rentetan kemenangan pembangkang sejak diadakan prk selepas pru yang lalu.Semoga rakyat di Bagan pinang akan menilai sumbangan Isa yang banyak menabur jasa dalam membangunkan Negeri 9 selaku MB yang paling lama sekali.

Walaupun Isa pernah melalui detik detik hitam bila disabitkan dengan rasuah politik wang tapi semangat taat setia sebagai ahli Umno yang tidak langsung mempertikaikan keputusan lembaga disiplin telah membuatkan rakyat Bagan Pinang terutama di Negeri 9 sangat menyanjung tinggi kesabaran nya dalam mengharungi politik tanahair.Walaupun keahlian Umnonya digantung tapi sebagai pemimpin yang sama sama bangun dengan Umno Isa tidak sesekali mengkianati perjuangan Umno apatahlagi untuk menjatuhkan Umno.Inilah pemimpin yang sangat sangat kita hargai.Walau Umno pernah menghukumnya Tapi Isa tidak pernah menyalahkan perjuangan Umno.

Walaupun bekas PM Tun Mahathir pernah menyuarakan yang Umno tidak patut memilih Isa tapi sebahagian besar rakyat diBagan Pinang mahu Isa diberi peluang untuk membuktikan yang Isa amat amat diperlukan dalam politik terutama diNegeri 9.Insyallah dengan pemilihan Isa sebagai calonb BN maka Sebahagian besar rakyat dan pengundi di bagan Pinang akan terus memberikan sokongan pada BN kerana terbukti selama ini hanya BN yang mampu untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutama orang melayu.

Kewibawaan Isa yang sangat dikenali oleh rakyat terutama pengundi Bagan Pinang sedikit sebanyak akan memberi kelebihan pada BN untuk menamatkan kemenangan pembangkang yang selama ini menang disetiap prk yang lalu.Ketokohan isa yang dihormati di Negeri 9 akan membantu kemenangan Isa dengan majoriti yang lebih besar lagi.

Sudah tentu pihak pembangkang terutama PAS akan menyerang peribadi Isa dimana inilah permainan Pas yang hanya mempermainkan isu peribadi dalam menarik sokongan rakyat dan pengundi.Sebenarnya tidak banyak isu yang besar yang akan dimainkan pembangkang selain dakwaan Pas berkenaan undi Pos.

Dengan kelebihan yang ada pada BN,ianya tidak akan melalaikan kempen BN kerana rakyat harus diberi penjelasan kenapa Isa perlu dipilih sebagai Adun untuk mewakili mereka.Pembangkang terutama Pas akan berdepan dengan seorang tokoh yang sudah terbukti mampu membuat perubahan dan sokongan sebulat suara rakyat di Bagan Pinang. Ia petanda awal kempen ini akan menjadi yang terhangat dan panas dengan caci mencaci terutama Pas yang sentiasa menjadikan hal peribadi dalam menyerang calon.Inilah perjuangan Pas yang kononnya perjuangkan Islam.

Semoga pemilihan Isa akan membuktikan yang calon Umno BN adalah pilihan yang tepat untuk rakyat.Rakyat tidak rugi sekiranya Isa yang menjadi pilihan tapi rakyat akan sengsara sekiranya Pas yang dipilih kerana Pas tidak mampu untuk menjadi pemimpin rakyat di Bagan Pinang.Lihat sahaja pembangunan di Port dikson yang cukup terkenal diseluruh negara.Realitinya pembangunan Port Dickson yang pesat semasa Isa menjadi Menteri Besar sudah menjadi sejarah yang masih belum hilang buktinya. Terbaru Port Dickson sendiri kini dikenali sebagai Bandar Tentera Darat. Ia satu pengiktirafan kepada daerah tersebut sebagai medan latihan penggempur darat utama di negara ini.Yang pasti, para pengundi di kawasan itu tidak seharusnya tunduk kepada tohmahan yang bakal dilemparkan oleh pembangkang. Anda semua boleh menilai sendiri pembangunan yang berlaku di Bagan Pinang dan Port Dickson.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH