Calon Pas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar, hari ini mengakui beliau bukan anak tempatan Bagan Pinang, satu faktor yang mungkin memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN).
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata, soal anak tempatan tidak timbul kerana beliau dilahirkan di Lenggeng, juga di negeri itu.
"Saya anak watan Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon PAS menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, dari BN bagi pilihan raya kecil pada 11 Oktober ini.Zulkefly berkata, isu "anak tempatan" tidak timbul kerana Mohd Isa yang juga Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, bukan berasal dari negeri itu sebaliknya dilahirkan di Melaka.
Bagaimanapun berbanding Zulkefly, Isa yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sejak 1982, dibesarkan di Kampung Bagan Pinang, malah veteran Umno itu amat disegani penduduk setempat kerana ketokohan dan keramahannya.
Zulkefly sebelum ini pernah bertanding sebanyak tiga kali pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008 bagi kawasan DUN Lenggeng tetapi tidak pernah menang.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Bodoh tu ngko nie!... Ngko ingat Isa tu anak tempatan ker!... Isa lahir di Melaka lah bodoh. UMNO nak belit rupanya terbelit diri sendiri
BalasPadamKamalFasya Bangsat
BalasPadamAku setuju Isa Samad calon terbaik UMNO, anak tempatan lagi. Susah nak cari anak tempatan UMNO yang tak rasuah.
Nasib kat Malaysia ada Mahkamah UMNO, kalau kat China, Isa Samad dah jadi sejarah kena hukum tembak.