Sikap biadap dan kurang ajar penyokong pembangkang dari Pas yang memukul dan menumbuk penyokong Umno tidak melambangkan sikap parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.Sikap begini adalah contoh parti yang tidak beradab sedangkan pada masa yang sama Pas mengaku memperjuangkan Islam. Mereka kata Islam itu berhemah, berbudi pekerti, berakhlak tinggi, bermoral tetapi nampaknya mereka ini tidak seperti apa yang mereka perjuangkan.
Sikap kurang ajar serta tidak menghormati orang lain telah menimbulkan insiden dimanaPengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, ditumbuk oleh penyokong Pas ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon pagi tadi. Penyokong pembangkang juga cuba menyerang Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob tetapi beliau sempat dilindungi pengawal peribadinya. Seorang penyokong Umno juga turut dipukul oleh penyokong Pas sehingga luka.
Belum lagi mereka menubuhkan kerajaan,seandainya Pas diberi peluang membentuk kerajaan budaya inilah yang akan dibudayakan oleh Pas pada orang melayu.Sebenarnya sudah beberapa kali berlaku dalam pilihan raya sebelum ini dan penyokong yang mengakui diri mereka ini Islamik sebenarnya lebih gemar menggunakan taktik kotor, kutuk mengutuk dan fitnah menfitnah.Inilah yang dilakukan pembangkang bila menuduh calon BN akan memberikan duit pada penyokong BN.
Seharusnya penyokong Pas ingat pesanan TG mereka yang telah berpesan agar penyokong Pas harus berhemah, jangan kritik peribadi tapi apa yang dicakap TG itu hanya mahu menutup kelemahan Pas yang memang suka membuat provokasi untuk menghuru harakan keadaan.Dalam sejarah pilihanraya tidak pernah ada penyokong Umno membuat huru hara sebaliknya Puteri Umno yang sering kena baling batu, botol dan diganggu dengan kata kata yang tidak seronok didengar.Bagi Umno dan BN Kita ikut tertib dan peraturan, budaya kita pun memang budaya yang baik dan selama ini pun kita amalkan dan mematuhi segalka peraturan yang telah ditetapkan SPR.
Percayalah,akan ada perbuatan yang tak senonoh yang akan dilakukan oleh penyokong Pas pada Umno kerana inilah budaya Pas yang tidak mahu menghormati orang lain...Bagi mereka hanya mereka yang baik dan Islam...Orang lain tidak mangamalkan cara dan adab islam.
Pas sanggup lakukan apa sahaja untuk menawan Bagan Pinang.Rakyat Bagan Pinang sudah tahu apa yang perlu mereka lakukan kerana mereka tidak akan termakan janji palsu Pas yang selama ini tidak mampu untuk memberikan khidmat yang baik pada rakyat terutama pengundi di Bagan Pinang.Jadi sebelum terlanjur dan termakan pujukan Pas,diharap pengundi Bagan Pinang nilai kemampuan calon BN dengan calon Pas...Mana yang berkemampuan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin....KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI....
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
itu memang adat penyokong-penyokong PAS. Ketika mereka menang di Terengganu dulu, pada malam pengumuman terus sahaja mereka kepung Wisma DarulIman. Esoknya tutup tadika. Rampas itu ini. Bila mereka kalah, Wisma Darul Iman menjadi padang jarak padang tekukur dirosakkan mereka. Oh ya...mungkin iktikad mereka UMNO itu kafir yang patut diganyang jadi mereka bebas memukul, menghina dan mungkin berniat memebunuh ahli-ahli UMNO. Mereka merosakkan imej Islam...sedih.
BalasPadamSalam, itulah model kerajaan Islam yang diperkenalkan PAS khawarij dan pakatan rompak. Bagaimana kalau mereka dapat memerintah, sudah pasti rakyat tidak akan dapat bersuara, kalau ada yang berani, maka kumpulan-kumpulan samseng ini akan bertindak.....
BalasPadamKekecohan yg dilakukan oleh penyokong fanatik pas tak menghairankan sedikitpun. Itu budaya yang diperturunkan oleh tok-tok guru mereka. Terloncat-loncat maca kera, ini gambaran orang yang tak sedar, tak berpijak dibumi nyata. Bila lalai, bagaimana mereka ini mengingati ALLAH. Dan mereka ini juga kata tok-tok guru mereka ahli syurga. Bagaimanalah disyurga nanti bila mereka ini yg menjadi penghuninya.
BalasPadamPilihanraya kecil Manek Urai baru-baru ini juga penyokong pas menunjukan reaksi yg sama. Persis org yg tak sedar diri. Lalai.
BalasPadam