Seramai 13,664 pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mempunyai lima sebab untuk menyokong dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil pada 11 Oktober ini. Sebab pertama ialah pilihan raya itu sesuai dengan Gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, terutama dalam usaha gigih kerajaan menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Ini kerana peratusan pengundi DUN Bagan Pinang, iaitu Bumiputera 67 peratus dan bukan Bumiputera 32 peratus hampir menyerupai komposisi penduduk kaum di negara ini, iaitu Bumiputera 66 peratus dan bukan Bumiputera 33 peratus.
Sebab kedua,kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab diamanahkan dengan membawa pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan sekolah, masjid, prasarana awam, kawasan perniagaan dan pelancongan terkenal di kawasan berkenaan.
Sebab ketiga, Mohd Isa selaku calon yang ditampilkan BN adalah anak tempatan yang sudah banyak berjasa dan ketokohannya sudah terbukti apabila menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan wakil rakyat 30 tahun. Kawasan Bagan Pinang adalah kampung tempatnya membesar. Jadi, beliau sudah dikenali selain mudah didekati dan mesra rakyat serta setia berkhidmat, berbanding calon Pas iaitu calon dari luar yang belum terbukti kewibawaannya.
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat membuktikan kerajaan menghargai pengorbanan dan sumbangan besar pasukan keselamatan itu dalam menjaga kedaulatan negara. Pengundi di Bagan Pinang boleh menilai sendiri tugas yang sudah dilaksanakan Ahli Parlimen Telok Kemang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP dan PKR yang hanya menumpang tuah pembangunan yang sudah dilaksanakan BN di kawasan peranginan itu.
Pengundi diBagan Pinang perlu menilai apakah pembangunan yang sudah mereka lakukan sejak memenangi pilihan raya lalu? Jadi,diharap pengundi di Bagan pinang tidak akan terpujuk oleh kata kata manis pembangkang terutama Pas yang hanya menabur janji palsu kerana mereka pembangkang tidak pernah mahu berusaha membantu rakyat selepas mereka menang disatu satu kawasan.Jadi BN berharap pengundi jangan mengulangi kesilapan dengan memilih calon pembangkang dalam pilihan raya ini.
Fikirkan lah untung nasib anak anak kita di masa depan...Hanya Umno dan BN yang telah terbukti dalam membela nasib rakyat....RAKYAT DIUTAMAKAN ,PENCAPAIAN DIDAHULUKAN.....UNDI BN UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP KITA ....KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI....
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Salam Kamal...
BalasPadamUMNO tu tak bersalah, rakyat terima UMNO cuma segelintir pemimpin dlm UMNO ni aja yg buat perangai. Rakyat bukan tak suka UMNO tp rakyat menghukum pemimpin UMNO supaya jgn takbur, bongkak, penting diri sendiri, mencari kekayaan sendiri, bersifat perkauman dan sebaginya. Bila semua ini dah pulih dlm UMNO, Insya-Allah .. UMNO akan diterima semula.
Kamal,
Kau rasa, sapa yg menang di bagan Pinang..??
SALAM KELANA....BAGI SAYA WALAU PUN ISA ADA SEDIKIT KECACATAN DARI SEGI POLITIKNYA TAPI DENGAN SIKAP SETIANYA PADA UMNO SAYA RASA ISA MAMPU UNTUK MEMPERTAHANKAN DUN BAGAN PINANG....INSYALLAH UMNO AKAN TERUS RELEVAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA....
BalasPadamTerang dan nyata isa samad tu perasuah dan lanun malaysia mengapa nak disorok. Ceritalah yang sebenar takut apa yang berlaku kata indonesia tu belaku kat PD pulak kot. Tak insaf2 lagi?
BalasPadamkamal isa tu kamu kata cacat sedikit bapak rasuah dan lanun tu kamu kata cacat sedikit memang kamu ni 2 kali lima dengan umno haprak ni. Pada orang rasuah begini perkataan Insyallah sepatutnya disebut Insyaallah isa dan umno akan tenggelam di laut PD
BalasPadam