BANYAK yang sinikal dengan perkembangan terbaru dalam UMNO apabila 40 agamawan atau ulama muda menyertai parti itu baru-baru ini.
Meskipun jumlah ulama ini tidaklah besar jika dibandingkan dengan parti pembangkang yang rata-ratanya diwakili oleh cendekiawan Islam, namun perkara ini menimbulkan rasa kurang senang yang agak hebat.
Malah ada yang sehingga ke tahap mempersoalkan layakkah agamawan muda itu digelar ulama kerana bersekongkol dengan UMNO. Hakikatnya tidak ada apa yang peliknya dengan pandangan kalangan mereka yang menjadikan agama sebagai agenda politik.
Kumpulan ini pastinya berasa bimbang sekiranya UMNO semakin diterima oleh agamawan dan yang muda pula, maka strategi mereka menggunakan agama untuk bertahan dalam politik tidak lagi menjadi relevan.
Sedangkan di pihak UMNO sendiri, keterlibatan ahli-ahli agama di kalangan ahlinya yang Melayu dan beragama Islam bukanlah sesuatu yang asing. Ini kerana perjuangan membela agama, bangsa dan negara itu sendiri adalah intipati kepada perjuangan UMNO selama ini.
Maka wajarlah UMNO dibarisi oleh pelbagai golongan termasuk mereka yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat kerana ajaran Islam itu sendiri bukanlah mengenai ritual semata-mata. Kepimpinan yang ada di dalam UMNO hari ini juga ramai yang mempunyai latar belakang agama yang kukuh dan merupakan tokoh Islam yang disegani.
Tetapi bagi sesetengah pihak, fenomena UMNO dan Islam itu seperti terlalu asing dan seolah-olah tidak pernah wujud hubungan atau kaitan antara kedua-duanya. Cuma apa yang perlu diakui barangkali perjuangan tokoh-tokoh agamawan di dalam UMNO sebelum ini agak tenggelam kerana beberapa perkara.
Sebaliknya yang jelas kelihatan daripada parti itu ialah keghairahan sesetengah ahlinya mengumpul kekayaan dan kuasa sesama mereka. Lama-kelamaan, imej tersebut menjadi sesuatu yang sinonim dengan UMNO sekali gus menjauhkannya dengan rakyat kebanyakan termasuk generasi muda.
Kerana itu kesediaan 40 orang ulama muda untuk bersama-sama perjuangan UMNO adalah satu perkembangan yang positif secara keseluruhannya. Ia menggambarkan bahawa UMNO masih mempunyai tarikan dan relevan kepada kelompok-kelompok ulama muda ini. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa landasan perjuangan Islam tidak hanya wujud malahan tetap dipraktikkan di dalam UMNO.
Lebih daripada itu seperti yang dikongsi oleh pemerhati politik tempatan, Khairuddin Mohd. Zain, UMNO membuktikan bahawa kepimpinan Islamik mestilah mampu dan berwibawa dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan menangani kegelisahan rakyat.
Lebih lanjut beliau turut melihat banyak sumbangan yang boleh dibawa oleh ulama muda ini menerusi penyertaan mereka di dalam UMNO. Ia termasuk dalam soal memperteguhkan nilai perjuangan parti itu sama ada di peringkat kepimpinan atau dengan ahli akar umbi secara keseluruhannya.
Sudah semestinya, ia merupakan usaha berterusan yang perlu dihidupkan dalam sebuah keluarga besar UMNO. Tegas beliau lagi, perdebatan sama ada UMNO itu Islamik atau tidak lebih bersifat kepada polemik politik yang sengaja disensasikan oleh sesetengah pihak.
Apabila perkara itu diheret ke gelanggang politik, maka perdebatan mengenainya juga tidak akan pernah selesai. Sedangkan dalam masa yang sama, rakyat menagih kepada satu bentuk tindakan iaitu mencari kepimpinan yang mampu mengisi permasalahan semasa yang terpaksa di depani mereka.
''Ini termasuklah soal ekonomi, masalah sosial dan kebajikan serta banyak lagi yang lebih mampu memberi gambaran dan penyelesaian Islam yang sebenar," katanya.
Namun di sebalik rasa gembira dengan penerimaan di kalangan ulama muda ini, UMNO juga perlu menilai semula sistem yang ada di dalam parti itu bagi membolehkan golongan tersebut berperanan dengan sewajarnya.
Sesuatu yang pasti, golongan ulama muda ini perlu diakui sama pentingnya dengan hali-ahli yang lain dan tidak tidak sesekali dilihat sebagai komoditi politik. Mereka tidak boleh diajak bersama-sama fikrah yang sudah terbiasa wujud dalam UMNO yang mungkin hanya memberi kelebihan kepada ahli-ahli tertentu sahaja.
Sebaliknya, pandangan seimbang dan berani mereka perlu mampu untuk menjadi aset kepada UMNO dalam usaha menambah baik parti itu yang kini sedang bergerak dalam proses pemulihan keyakinan.
UMNO perlu menyedai sekiranya pemikiran dan tindakan golongan ulama muda ini disekat dan suara mereka dikawal, kredibiliti mereka sebagai kelompok intektual dengan sendirinya akan runtuh. Ini pastinya akan merugikan UMNO sendiri kerana gagal mendapat memanfaatkan keuntungan sebenar daripada potensi yang dimiliki oleh kelompok ulama muda ini.
Meskipun secara relatifnya golongan ini dilihat lebih menguasai bidang-bidang berkaitan agama, namun tingkat keintelektualan mereka mungkin menjangkau sehingga ke bidang-bidang lain. Antaranya seperti ekonomi, pendidikan, prinsip hak asasi manusia dan banyak lagi sesuai dengan bidang kepakaran mereka yang pelbagai.
Bagi Khairuddin juga, dengan tahap pendidikan yang ada, kumpulan ini adalah mereka yang boleh dianggap serba boleh dan mampu menggalas amanah yang besar kepada parti. Kerana itu UMNO perlu membuka ruang supaya idea-idea ulama muda ini boleh dipraktikkan dan tidak hanya sekadar menjadi pandangan yang sia-sia.
Khairuddin berpendapat, adalah satu kerugian sekiranya pergerakan ideologi dan tindakan kelompok ulama muda ini hanya dibataskan di bawah biro-biro tertentu sahaja seperti Biro Keagamaan. Sebaliknya mereka perlu diberi lebih banyak ruang untuk berkhidmat kepada parti menerusi biro-biro yang lebih strategik.
''Mereka juga perlu diletakkan di bawah cawangan atau bahagian atau lebih tepat di setiap peringkat dalam UMNO itu sendiri. Barulah mereka dapat berperanan dengan lebih positif," katanya.
Keterbukaan yang sama sebenarnya perlu diperluaskan oleh UMNO kepada golongan lain yang dilihat turut mampu menyumbang kepada kekuatan parti. Cadangan membuka jawatan dalam UMNO kepada kakitangan awam, pegawai kerajaan, guru dan pensyarah misalnya perlu dipertimbangkan sewajarnya.
UMNO perlu menyedari bahawa parti itu mempunyai sokongan yang besar di kalangan kumpulan ini. Sebahagian daripada mereka pula merupakan individu berpengaruh yang mampu menarik lebih banyak sokongan orang ramai.
Maka, adalah wajar sekiranya penglibatan individu ini dalam UMNO tidak dihadkan hanya sebagai ahli sebaliknya diberi peluang menerajui beberapa bidang yang bersesuaian dengan kepakaran mereka.
Tidaklah selama-lamanya UMNO dilihat hanya memberi kelebihan kepada tokoh korporat yang berjaya untuk memegang jawatan yang sebenarnya lebih menggalakkan kronisme, nepotisme dan budaya tidak sihat yang lainnya.
Tetapi bagi Khairuddin, perkara itu bukanlah permasalahan parti atau perlembagaan parti sepenuhnya. Sebaliknya ia lebih kepada amalan politik dalam UMNO itu sendiri.
Jelasnya, segelintir pemimpin pertengahan dan akar umbi gemar meletakkan batu sempadan dalam memastikan mereka mampu meneruskan kepimpinan dengan tenang. ''Ini adalah hambatan yang besar kepada usaha pengukuhan UMNO
Pelawak veteran terkenal S. Shamsudin, 81, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Alexandra di sini hari ini selepas terjatuh di bilik air pada malam Sabtu lalu.
Semua orang tahu Datuk S. Nallakaruppan adalah bekas rakan karib , Datuk Seri Anwar Ibrahim.Juga semua orang tahu beliau adalah bekas pengarah ekskutif syarikat judi Magnum Corporation Berhad.
Sebelum ini bekas rakan tenis Anwar itu dalam beberapa ceramahnya pernah menyuarakan rasa hairan mengapa Ketua Pembangkang itu boleh rapat dengannya sedangkan beliau berkhidmat dengan sebuah syarikat judi.


watan Tee Keat diambil oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga adalah setiausaha agung MCA.
ementara itu, naib presiden kanan PPP, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Timbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel pula adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru, menggantikan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk
Dalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga menamakan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga merupakan anak Presiden MCA, Datuk seri Chua Soi Lek sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Donald menggambil-alih jawatan Chee Heung manakala Ping Shou pula menggantikan Datuk Razali Ibrahim.






