tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 9 Jun 2010

MALAYSIA TIDAK AKAN BANKRAP

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan Malaysia tidak akan bankrap seperti Iceland dan Greece berikutan kejayaan negara mengekalkan hutang negara pada paras yang terkawal serta langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kadar hutang.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan akan terus dirancang, dipantau dan dikawal dengan baik danbertanggungjawab.

"Paras defisit dijangka akan menurun dan paras hutang akan terus terkawal pada jangka masa sederhana dan panjang. Usaha-usaha ini akan membantu memastikan paras hutang dan defisit Kerajaan Persekutuan tidak akan meningkat sehingga menjejaskan kemampuan negara membayar balik hutang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat, semalam.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil bagi memastikan Malaysia tidak mengikut jejak langkah Iceland dan Greece, menjadi negara bankrap, dan memerlukan penyelamatan masyarakat serantau atau antarabangsa.

Perdana Menteri berkata jumlah hutang negara berkurangan kepada RM233.92 bilion pada tahun lepas berbanding RM236.18 bilion pada 2008 walaupunperatusannya meningkat sedikit.

Beliau berkata pengurangan itu disebabkan bayaran balik hutang bersih jangka sederhana dan panjang oleh Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta yang lebih mengimbangi ambilan bersih yang lebih besar oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK).

"Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negara secara keseluruhan. Nisbah khidmat hutang luar negara pada 31 Dis 2009 dianggarkan pada tahap 7.0 peratus, mencerminkan kekukuhan pendapatan eksport untuk membayar tanggungan hutang.

"Nisbah rizab antarabangsa kepada hutang luar jangka pendek lebih daripada mencukupi bagi menampung 4.2 kali hutang luar jangka pendek," katanya.

Najib berkata kerajaan terus melaksanakan pengurusan hutang luar negeri yang berhemat dan pragmatik untuk memudahkan pelbagaian pinjaman luar negeri oleh sektor awam dan swasta dan meminimumkan risiko berkaitan obligasi luar negeri yang besar dan kemampuan khidmat bayaran hutang.

Menurutnya bagi sektor swasta, pinjaman luar negeri hanya dibuat jika perlu, untuk membiayai aktiviti ekonomi yang produktif, yang mampu menjana terimaan tukaran asing untuk membayar balik pinjaman. Perdana Menteri berkata langkah pertama yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan hutang luar negara ialah menerusi dasar semasa kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri, yang tidak menyebabkan inflasi.

"Ini memandangkan mudah tunai yang tinggi di pasaran domestik dan kos pinjaman yang lebih murah," tambahnya.

Kedua, menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan, di samping memelihara kedudukan imbangan pembayaran, pengurusan hutang luar negeri yang disokong oleh sistem pengawasan dan pemantauan hutang yang menyeluruh bagi membolehkan pengesanan awal risiko dan kelemahan yang berpunca daripada pendedahan hutang luar negeri secara keseluruhan.

Najib berkata langkah ketiga, yang selaras dengan matlamat konsolidasi kedudukan fisikal secara berperingkat adalah menerusi Bajet 2010 yang memberi penekanan terhadap usaha menambah baik keberkesanan dan kecekapan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan.

"Kerajaan sedang mengkaji penstrukturan sistem subsidi bahan api yang merupakan sebahagian besar dalam perbelanjaan tahunan kerajaan," katanya. Keempat, bagi mempertahankan kedudukan fiskal yang berterusan tanpa menjejaskan matlamat pertumbuhan dan pembangunan menyeluruh, kerajaan akanmemperhebat program perkongsian sektor awam-swasta dalam beberapa projek berimpak tinggi, termasuk projek jalur lebar berkelajuan tinggi, koridor pembangunan wilayah dan infrastruktur pengangkutan awam.

Langkah kelima yang bertujuan memperkukuh aliran pendapatan, kerajaan sedang berusaha memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (GST)).

Melalui GST, asas pendapatan kerajaan akan diperluas dan sekaligus lebih terlindung daripada perubahan kitaran harga minyak, kata Perdana Menteri.

Najib berkata peratusan hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dari tahun 2004 hingga 2009, kekal terurus dengan purata 34.6 peratus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH