tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 15 Jun 2010

SALAM TAKZIAH PADA PARTI PAS

Bekas Timbalan Presiden Pas, Hassan Shukri (gambar), 71, meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Selayang, dekat sini hari ini.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi (CCU), hospital berkenaan pagi ini kerana mengadu sakit dada selepas pulang dari menyertai Muktamar Tahunan Pas Ke-56 di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.

Menurut anak keduanya, Akmal Hamdi, 37, Allahyarham menghubunginya selepas subuh pagi tadi kerana mengadu sakit dada.

Kata Akmal Hamdi, dia kemudian membawa bapanya itu ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

"Pada mulanya arwah dirawat sebagai pesakit luar sebelum dimasukkan ke CCU selepas keadaannya kurang stabil.

"Saya dan ibu pulang sebentar ke rumah untuk mengambil keperluan ayah dan ketika dalam perjalanan arwah ada berpesan supaya saya memaklumkan kepada pelajarnya bahawa kelas bahasa Arab untuk hari ini dibatalkan selain meminta saya membawa bersama ubatnya.

"Namun, apabila dalam perjalanan semula ke hospital saya dimaklumkan ayah telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Melewar, Gombak, di sini hari ini.

Sebelum memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden, Allahyarham pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung Pas. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh kerajaan Pas Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Ke-10.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, malah rumah beliau juga terletak bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat Pas sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Dr. Mujahid Yusof menyebut Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk membolehkan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Turut menziarah jenazah ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hamidah Abdul Mulatib dan enam orang anak.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di hadapan rumahnya dengan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum dikebumikan di Taman Selasih, Gombak, esok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH