Memang tak salah dan tak rugi Datuk Zaid Ibrahim sertai PKR.Belum pun lama duduk dalam parti itu, beliau kini jadi orang paling penting atau ‘anak emas’ dalam parti itu.Tidak tahulah siapa antara Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang sayangkan beliau maka Zaid terus diberikan macam-macam keistimewaan dalam PKR.Dulu Zaid dicadangkan ketuai PKR di Sabah tetapi kononnya tidak dipersetujui Naib Presiden, Azmin Ali menyebabkan Zaid merajuk dan senyap hampi tiga bulan.Zaid juga diberikan jawatan Penyelaras Pakatan Rakyat bertujuan menggubal perlembagaan parti supaya rakan PKR iaitu DAP dan PAS boleh bergerak sama macam BN.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada khabar berita pasal perlembagaan pakatan rakyat.Nama Zaid panas semula kerana dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor akhir Mac lalu tetapi tewas kepada calon BN, Kamalanathan.Bagi elak rasa kecewa, Zaid diberikan peranan menjaga hal ehwal berkaitan tanah-tanah Felda di kawasan parlimen itu mungkin untuk mencari pengaruh dan sokongan supaya dapat bertanding lagi di Hulu Selangor pada Pilihanraya Umum ke 13.Terbaru, entah macam mana Zaid dapat jawatan baru sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan menggantikan Azmin yang mengambil alih tempat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Asalnya seperti digembar-gemburkan wujud kumpulan 15 ahli parlimen PKR yang menyokong Azmin bagi menggantikan Khalid tetapi bukan sebagai pengerusi PKR negeri sebaliknya Menteri Besar.Tiba-tiba petang Ahad, selesai pemukiman dua hari pemimpin-pemimpin PKR di Shah Alam, Wan Azizah umum Azmin ganti Khalid manakala Zaid ganti Azmin sebagai pengerusi PKR negeri.Inilah tuah Zaid yang banyak pemimpin PKR khabarnya tak senang hati.Apa agaknya perasaan ahli parlimen Batu, Tian Chua yang sanggup dilenyek trak polis ketika reformasi dulu demi mempertahankan Anwar apabila Zaid diberikan jawatan tersebut?Beliau bukan anak kecil dalam PKR malah bersama-sama parti itu sejak ditubuhkan berbanding Zaid yang baru masuk parti itu.
Macam mana pula dengan Azmin yang rata-rata pemimpin PKR ketahui beliau tidak sebulu dengan Zaid bukan sahaja kerana perebutan jawatan di Sabah tetapi pencalonan peguam itu bertanding di Hulu Selangor.Jika tanya kedua-dua mereka, pasti Azmin dan Zaid menafikan mereka ‘tak ngam’.Silap-silap mereka tuduh pula hanya pemimpin UMNO yang cakap macam itu seperti yang selalu Anwar buat.Soalnya sekarang, adakah Azmin dapat menerima pelantikan Zaid dengan senang hati ketika heboh cerita kononnya Zaid akan menggantikan Anwar jika Ketua Pembangkang itu disabitkan kesalahan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari?
Tambahan pula, pemilihan parti itu pun tidak lama lagi dan dengan jawatan sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Zaid ada platform untuk sama-sama berebut jawatan.Silap-silap haribulan, Zaid akan tanding jawatan Timbalan Presiden yang sedang diidamkan Azmin kerana penyandang sekarang Syed Hussin Ali mungkin tidak tidak mengekalkan jawatan setelah diberikan kerusi Senator.Pasti ramai ingin tahu siapa antara Anwar dan Wan Azizah yang kuat menyokong Zaid sehingga Azmin boleh jadi melukut tepi gantang satu masa nanti.
Kalau ambil kira kisah sejarah keluarga Anwar dengan keluarga Azmin termasuk soal isterinya Samsidar Mohd Taharin, nampak gayanya mungkin Wan Azizah mahu menonjolkan Zaid kerana tidak mahu Azmin jadi pemimpin utama PKR selepas Anwar.Dengan melantik Zaid, Presiden PKR itu seolah-olah menghukum Azmin yang dikatakan mahu kerusi Menteri Besar daripada Khalid dan sekaligus menambah derita Azmin.Bagi Khalid, walaupun kena lepaskan kerusi Pengerusi PKR Selangor, beliau tidak rugi apa-apa kerana Azmin yang dianggap 'dalang' oleh sesetengah pihak dalam gerakan menggulingkannya, sebenarnya yang tewas. Kasihan Tian Chua….kasihan Azmin. Dalam senyum ada tangisan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA