tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 16 Jun 2010

BUKAN ADUN BN YANG KELUAR TAPI ADUN DAP YANG KELUAR DAN SOKONG BN

Kecewa dengan kepimpinan pakatan pembangkang Perak yang terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan rakyat, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K. Keshvinder Singh mengambil tindakan keluar DAP berkuatkuasa hari ini.Serentak dengan itu, Keshvinder turut melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) serta bekerjasama dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.Keshvinder berkata, keputusannya keluar parti turut dipengaruhi rasa kecewa kerana tidak mendapat peruntukan yang cukup daripada pimpinan pakatan pembangkang Perak bagi membantu rakyat sejak dipilih menjadi ADUN Malim Nawar pada Mac 2008.

Malah dakwanya, kebanyakan perbelanjaan untuk membantu rakyat termasuk mewujudkan sebuah pusat khidmat bergerak dilakukannya menggunakan wang sendiri.Mereka terlalu banyak politiking hingga abaikan rakyat. Ia amat merugikan rakyat dan saya tidak mahu rakyat di kawasan saya menjadi mangsa,'' katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.Hasil pengamatannya terhadap corak pentadbiran kerajaan negeri di bawah Dr. Zambry dan kepimpinan pusat di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama pendekatan 1Malaysia telah membuka hatinya menyokong BN.

Selepas membuat perbandingan, tegasnya, beliau sedar hanya BN yang boleh membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat terutama di Malim Nawar yang merupakan kawasan luar bandar.Dengan ini, saya amat mengharapkan bantuan dan kerjasama padu daripada kerajaan yang memerintah bagi membangunkan serta menyelesaikan masalah rakyat terutama isu setinggan di kawasan saya.Saya sedar bakal menghadapi cemuhan dan tuduhan pelbagai pihak tetapi demi kepentingan dan masa depan rakyat, saya memilih untuk meninggalkan DAP dan pakatan pembangkang.

Saya juga amat berharap pengundi-pengundi saya dapat memahami dan menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan ikhlas demi untuk kepentingan rakyat,'' katanya.Tegasnya lagi, keputusan dibuat setelah beliau berfikir sedalam-dalamnya dan ia bukannya atas pengaruh atau tekanan mana-mana pihak.Beliau juga berjanji akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawabnya selaku ADUN Malim Nawar selepas ini dan memberi jaminan akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di kawasannya.

Ditanya mengenai reaksi penyokongnya di Malim Nawar, Keshvinder berkata, beliau akan 'turun padang' bagi menjelaskan perkara sebenar kepada mereka.Mungkin selepas ini saya akan bertemu dengan mereka untuk menjelaskan segala-galanya,'' ujarnya.Keshvinder ialah ADUN DAP kedua di Perak yang bertindak keluar parti selepas ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong berbuat demikian awal tahun lalu hingga menumbangkan kerajaan pakatan pembangkang.Pada pilihan raya umum lalu, beliau mengalahkan calon BN, Dr. Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sekarang ialah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh BN manakala wakil Bebas pula bertambah kepada empat orang.

1 ulasan:

  1. Sekarang Anwar heboh kononnya ahli parlimen atau adun pakatan rakyat yang melompat parti kerana disogok RM2 juta. Bagaimanapun sekitar tahun 1996 di Negeri Sabah banyak cerita dari orang-orang UMNO ketika itu bahawa Anwar telah memberikan wang sebanyak RM2 juta kepada Ketua-ketua Bahagian UMNO di negeri tersebut kononnya sebagai sogokan agar menyokong beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO. Sebenarnya kerja sogok-menyogok ini sudah dipraktikkan oleh Anwar sejak dahulu oleh itu tak payahlah komplen-komplen orang lain menyogok.. engkau pun 2x5.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH