Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.
Hasbullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.
Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.
Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.
Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.
Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan 'Yahudi dan Judi' anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu.
"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.
"(Polis) kata sebab penganjuran ceramah ini tidak ada permit, dan mereka kata (Dewan Kompleks Muhibbah) itu kawasan terbuka.
"Hakikatnya tempat itu berbumbung dan sememangnya berada dalam kawasan berpagar," kata Hasbullah lagi.
Di stadium berkenaan, ceramah oleh pemimpin kanan Pakatan Rakyat, antaranya oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang turut disertai peserta flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel baru-baru ini.
Walaupun berlaku pertukaran tempat di saat-saat akhir, hampir 2,000 orang menyertai ceramah tersebut.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
lambang betapa bodohnya puak2 hamPAS , jenis tak faham diajar ...
BalasPadamibarat hama , menumpang tubuh lain utk terus hidup , ibarat katak galak berbunyi dimusim hujan , musim kemarau lari masuk lubang senyap membisu ,
kehabisan modal , habis idea ..buat muka tak malu gunakan ahli peserta bantuan kemanusiaan gaza sebagai tarikan , tak malu !! segalanya atas inisiatif Tun mahathir , flotila kemanusiaan kepada gaza , PAS sehabuk pun takda sumbangan , kini berlagak seolah flotilla itu atas nama PAS pulak ..
Pemuda PAS, MEMANG SUKA kena tahan dan SENGAJA CARI PASAL SUPAYA ditahan. Nanti orang akan fikir mereka 'terror' dan berjuang untuk Islam. Sebenarnya MEREKA ini TAK ADA KERJA, TAK ADA AGENDA UNTUK Islam. Sebab tu SENGAJA CARI PASAL. Biarlah MEDIA serbu mereka,dapat pujian. Dan kononnya POLIS JAHAT........biasalah
BalasPadam