Itu alasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditanya mengenai masalah kecurian pasir yang masih berleluasa di negeri ini termasuk di Kundang dekat sini baru-baru ini seperti dilaporkan media.
Menurutnya, beliau akan membuat pemantauan mengenai masalah kecurian pasir dan melihat apa yang telah dilakukan.
Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan menemui pegawai daerah di setiap kawasan yang terlibat dengan masalah kecurian pasir untuk mendengar penjelasan mereka.
''Kita juga akan mengemukakan masalah itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang merupakan pengerusi pemantau untuk menentukan terdapat pengurangan kecurian dan melombong pasir tanpa lesen di Selangor," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menurut Abdul Khalid, sebelum ini setiap minggu pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai daerah dan pegawai-pegawai pemantau untuk mengurangkan kegiatan curi pasir.
''Itu sudah kita lakukan dan wakil Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut hadir pada perjumpaan tersebut," kata beliau.
Isu kecurian pasir di Selangor mula dibangkitkan apabila Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis pada 12 Mei lalu berhubung dakwaan wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam KSSB.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada pukul 9 pagi.
Manikavasagam mendakwa, telah menyerahkan semua laporan dan bukti penyelewengan yang diperolehinya kepada Abdul Khalid.
Bagaimanapun kerajaan negeri mencadangkan agar Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menyiasat dakwaan tersebut.
Walaupun kerajaan negeri telah menerima laporan dan bukti daripada Manikavasagam, kegiatan curi pasir itu masih berleluasa dan bagaikan tiada kawalan.
Ia termasuk pendedahan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus kepada media baru-baru ini termasuk kegiatan yang berlaku di Taman Rahmat Jaya, Kundang dan Kampung Setia serta Kampung Gombak di Kuang.
SEBAGAI ANAK SELANGOR SAYA TIDAK PERCAYA YANG KHALID TIDAK MENGETAHUI ADANYA KECURIAN PASIR.APAKAH MB SENGAJA MEMBERIKAN ALASAN ITU UNTUK MENUTUP KELEMAHANNYA ATAU UNTUK MELINDUNGI SESEORANG.
Macammana dia kata baru tahu tentang kegiatan kecurian pasir ini... asyik berkepit dengan bintang bogel VVIP (ADUN BUKIT TeLANJANg) kat pejabat je ke?
BalasPadamApa lagi Khalid Gagap ooii... letak jawatan je la, bagi alasan nak sambung belajar ke luar negara, mesti penganut Pengencing Rakyat percaya 1000%, Jadi jangan risau, letak sahaja jawatan MB tu dengan segera, hilangkan diri ke London untuk tempoh 2-3 tahun, pulang nanti kata semua ini adalah konspirasi UMNO/BN.
Ok, MB terbodoh dan ter'bahalol' Selangor Khalid Gagap???
Pilih Islam Anda Selamat, Pilih PAS Anda SESAT!!!!