Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Mohd Ghazali hari ini menyuarakan hasrat itu supaya Najib dapat mengambil berat permintaan itu kerana ia pernah disuarakan sebelum ini.
"Jawapan yang diberikan Najib (adalah) mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita (Pemuda Umno sedia) berkhidmat dalam parti dahulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Selepas rombakan terbaru kabinet Najib kelmarin - yang menyaksikan Khairy sekali lagi tidak terpilih mengganggotai jemaah menteri - terdapat suara bantahan beberapa pemimpin pergerakan itu.
Selepas mengambilalih teraju kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi tahun lalu, nama Khairy tidak tersenarai dalam barisan anggota kabinet barunya.
Dan dalam rombakan terbaru semalam, sekali lagi nama ketua Pemuda Umno itu yang juga ahli parlimen Rembau tidak tersenarai.
Dalam tradisi Umno, ketua Pemudanya sentiasa diberi jawatan dalam kabinet termasuklah Najib sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurutnya, jika Khairy tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, secara tidak langsung semangat anggota pergerakan itu akan menjadi lemah, sekaligus menjejaskan gerak kerja BN untuk pilihan raya umum akan datang.
"Nanti susah hendak tarik orang muda untuk menyokong BN sebab ketua sendiri pun tidak ada jawatan," katanya.
Sehubungan dengan itu, Ali juga menzahirkan perasaan dukacitanya dengan tindakan "pelik" perdana menteri yang melanggar tradisi memperuntukkan kerusi kabinet kepada ketua Pemuda Umno.
"(Peranan) Pemuda (seperti) tidak dihargai oleh mereka," katanya dengan nada kecewa.
Jangan lemah semangat hanya kerana belum dilantik kedalam mana-mana jawatan kabinet!. Bukankah itu sebagai satu cabaran sihat dan memerlukan lebih kesabaran drp pihak Khairy? Dalam politik, ini sangatlah dituntut. Bahkan kehilangan nyawa juga bukan sesuatu yang mustahil dalam sebarang perjuangan. Kenapa mesti merintih? Sabar dan terusnya ketekunan dalam perjaungan secara ikhlas dan tidak bermotif. Jika itu rezeki sdr Khairy, insyallah akhirnmya ia tidak kemana. Dan tetap akan menjadi milik Khairy. Setakat ini Khairy menunjukkan kesabaran yang tinggi dan tidak kisah dengan itu semua. Kepimpinan Pemuda Selangor diingatkan jangan memasang api dalam hal ini.
BalasPadam