Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata perkaraitu dimaklumkan kepadanya oleh bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Tawau Eddy BerhamRuslan yang bertindak keluar dari parti pembangkang tersebut semalam.
Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Tawfiq yang juga Pembantu MenteriKewangan Sabah menyifatkan tindakan Eddy Berham keluar dari PKR dan menyertaiUmno sebagai suatu yang memeranjatkan.
"Saya terkejut tiba-tiba dia hendak menyerahkan borang keahliannya menyertaiUmno kerana tidak ada ura-ura dia akan berbuat demikian," katanya.
semalam, ketika mengumumkan keputusan keluar PKR dan mahu menyertai Umno,Eddy Berham berkata tindakannya tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Sebaliknya kata beliau, keputusan dibuat selepas mendapati PKRmemperjuangkan perkara yang sememangnya diperjuangkan Umno selama ini.
Sebenarnya, sudah terlalu ramai dikalangan PKR yang sudah sedar apa perjuangan sebenar kepimpinan PKR.......wajar sangat mereka keluar..
BalasPadam