Sikap membisu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta isu moral membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Presiden PKR itu seorang presiden boneka.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, berkata Dr Wan Azizah sedar pergolakan melanda parti itu berpunca daripada sikap suaminya yang juga Penasihat PKR tersilap membuat percaturan ketika merombak parti dan barisan kepemimpinan tertingginya. Wan Azizah tahu Anwar silap percaturan. Anuar mengulas sikap Dr Wan Azizah yang terus berdiam diri dan tidak menjawab persoalan moral yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sehingga mendorong beliau keluar PKR.
Sebelum ini, kenalan rapat Anwar, Datuk S Nallakaruppan mendakwa Dr Wan Azizah layak menerima anugerah pelakon terbaik kerana melindungi selama 12 tahun tingkah laku suaminya yang dikaitkan dengan kes liwat.
Anuar berkata, Anwar dan Dr Wan Azizah serta parti pembangkang lain sedar PKR sedang mengalami krisis kepemimpinan namun mereka tidak berani mendedahkannya kerana enggan masalah dalaman parti terus berlarutan.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Hi semua..
BalasPadamMana ada Dr PKR kata Anwar silap..saya rasa mesti salah dengar.. selalu nya Dr PR akan kata selap--selap(sedap) buka silap . Buat lah macamamana pun kiri ka kanan ka belakang ke depan ka ..dia tak akan ikut kata Anwar.. silap tapi selap......
salam bro, kita perlu ingat, wujudnya PKR semata-mata untuk membebaskan Anwar dari kes-kes liwatnya...... Wan Azizah berpuluh tahun menjadi rakan subahat di atas segala kemungkaran Anwar......... kerana itulah pilihan Wan Azizah...
BalasPadam