tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 2 November 2009

ANWAR NIZAR HARAM JADAH:BEKAS MUFTI DISERET KEMAHKAMAH

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibawa ke mahkamah syariah Gombak Timur hari ini, dipercayai menyebarkan ajaran Wahhabi.Beliau berada di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini. Bagaimanapun sehingga kini beliau belum dibawa ke depan hakim kerana masih menunggu pihak pendakwaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam pada itu
Bekas Mufti Perlis, Dr.Mohd Asri menganggap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membuatkan beliau menunggu selama lebih sejam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini, adalah sebagai satu sabotaj.Sehingga pukul 10 pagi, pihak JAIS masih tidak hadir ke mahkamah, sedangkan Mohd Asri tiba sejak pukul 9 pagi seperti yang diarahkan JAIS.

Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang siniPihak JAIS yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa disebaliknya," kata Mohd Asri.Terdahulu, lebih 100 individu memenuhi perkarangan mahkamah sejak pukul 9 pagi tadi untuk memberi sokongan terhadap beliau yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS) Zainah Anwar.Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta enam orang peguam dari pelbagai firma guaman.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi, namun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.Sementara itu, Thalia Rohaina Abdul Latif yang merupakan salah seorang peguam yang hadir di pejabat agama tersebut berkata, perkara ini tidak sepatutnya terjadi dan JAIS sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penahanan.

Mereka (JAIS) datang menyerbu beliau di premis rakannya dan pada waktu itu beliau sedang menikmati makan malam, dan bukannya sedang memberikan ceramah seperti yang didakwa.JAIS sepatutnya siasat dulu sebelum membuat tuduhan.mmm

3 ulasan:

  1. bongkar sape yang arahkan penahanan tu...kat blog PR depa kata UMNO @ BN yang buat...lagi-lagi tuduh BN...punyalah bodoh, takan dorang tak tau, JAIS dibawah bidang kuasa kerajaan negeri....jadi dalam hal ini, Pakatan Rakyatlah yang kena jawab...

    takan BN yang kena lak???kalau nak manipulasi berita pun, janganlah bloger Pakatan bangsat sebarkan berita macam tu...dah kerajaan selangor si Khalid Gagap yang tadbir, korang blogeer PR tanyalah mamat tu sape yang suruh tahan bekas mufti perlis tu...

    aperah...bacul punya Blogger PR...penakut...penipu

    tuan punya blog @ ahli BPN yang lain, serang habis-habisan blogger Pakatan...dorang tu semua penipu...saje nak cover malu...JAIS dah terjebak dengan permainan politik ciptaan PAKATAN RAKYAT sendiri...

    BalasPadam
  2. hanizam, Ngko pun bodoh macam mangkuk hayun . Memanglah perkara tu berlaku di dalam negeri pakatan tapi JAIS di bawah kuasa kerajaan pusat.

    BalasPadam
  3. alahai mamat tanpa nama, bila masa lak JAIS dalam bidang kuasa FEDERAL???kalau selangor ni takda sultan macam pulau pinang, melaka memanglah dibawah kuasa Yang Dipertuan Agung...

    tu pasal kat penang, pengundi kat Permatang Pasir hidup-hidup kena kencing, YDP Majlis Agama Islam Agung dah perkenan calon lain, tapi PR bodoh Guan Eng siap janji calon PAS yang menang tu jadi YDP...

    wei, selangor ni ada sultan, segala hal ehwal agama islam memang dibawah perkenannya...tu pasal masa Khalid Gagap & the geng bila buat cadangan bodoh pasal nak usik duit zakat, konon untuk pentadbiran negeri, Sultan warning jangan sentuh langsung duit zakat tu...

    kalau tak tau tu, jangan main tibai orang je...tulah gunanya ada payung pemerintahan negeri...ape punya jahil mamat ni...(tanpa nama)...bukaklah sikit minda tu cari info yang sesuai...JANGAN DOK BACA HARAKAH, SUARA KEADILAN JE...wartawan tu hanya pandai penipu orang macam hang je....

    kalai betul JAIS bawah Federal, apesal mufti & pengarah JAIS sultan selangor yang bagi perkenan???

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger