Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.
Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.
Ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Najib berkata, kerajaan persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.
Katanya, sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.
"Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemisminan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri," katanya, lapor Bernama.
Najib berkata demikian bagi menjawab sekaligus soalan-soalan yang dibangkitkan oleh beberapa ahli parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu.
"Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya.
Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan.
Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya.
"Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum, begitu juga Terengganu,” katanya.
Najib berkata meskipun peruntukan perundangan itu jelas, kerajaan persekutuan sebelum ini telah memperuntukkan wang ehsan kepada Terengganu dengan mengambil kira keluaran petroleum di luar perairan negeri itu selain berdasarkan pembangunan dan pendapatan rakyat.
puak2 BN ni bercakap seolah-olah duit tu datang dari kantung BN. Duit tu duit rakyat Kelantan yang dirompak oleh BN, dan dikembalikan skit kepada Kelantan. Itu pun susah nak faham ka?
BalasPadamEhsan bukan Hak.
BalasPadamJadi sepatut mohon bukan tuntut.
Faham dengan jelas jangan keliru oleh politik.
Ini kalau nak selamat kena melalui JPN ni.
INI KALAU NAK SELAMAT KENA MELALUI JPN NI.
INI KALAU NAK SELAMAT KENA MELALUI JPN NI
INI KALAU NAK SELAMAT KENA MELALUI JPN NI
KALAU NAK SELAMAT KENA MELALUI JPN
KALAU NAK SELAMAT KENA MELALUI JPN
KALAU NAK SELAMAT KENA MELALUI JPN
NAK SELAMAT KENA MELALUI JPN
NAK SELAMAT KENA MELALUI JPN
NAK SELAMAT KENA MELALUI JPN
SELAMAT MELALUI JPN
SELAMAT MELALUI JPN
SELAMAT MELALUI JPN
MELALUI JPN
MELALUI JPN
MELALUI JPN