Itu perkara biasa... pada pilihan raya dulu pun macam-macam janji dibuat, pada kali ini mereka tambah lagilah janji-janji mereka,”kata Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai berbagai janji yang makin banyak ditabur pembangkang kebelakangan ini.
Perdana Menteri berkata pihak pembangkang tidak pernah meneliti setiap janji yang dibuat itu sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak kerana apa yang penting mereka hanya inginkan sokongan rakyat untuk mendapat kuasa memerintah.
"Yang penting sekali mereka janji sesuatu yang menyeronokkan pengundi untuk menyokong mereka, ini semua strategi politik mereka sahaja," katanya.
Ditanya kecenderungan pihak pembangkang membuat pelbagai janji itu sebagai petanda pilihan raya umum ke-13 akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: "Wallahualam..."
Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Pekan Sabtu beliau berharap rakyat bijak menilai setiap janji yang dibuat sama ada ia adalah janji yang berpijak di bumi yang nyata atau hanya sekadar fantasi semata-mata.
Antara yang terbaru ialah kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sasaran pakatan pembangkang ialah supaya setiap isi rumah menikmati pendapatan RM4,000 sebulan dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula umum nak beri ganjaran RM1,000 setahun kepada warga emas,wifi internet percuma dan hapus saman ekor jika pakatan rakyat menang pilihanraya umum ke 13.
"Mereka akan buat apa-apa janji ini dan semakin dekat dengan pilihan raya, semakin banyaklah janji yang mereka akan tabur," kata Najib
"Sebab itulah kita tetap dengan perancangan kita yang realistik seperti Model Baru Ekonomi, seperti NKRA dan sebagainya yang kita percaya satu perancangan yang disokong dengan fakta dan kajian yang mendalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA