Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan Pemuda Pas tersebut hanya akan menyebabkan agama Islam terus dipandang mudah dan diperlekeh oleh masyarakat luar.
Katanya, Pemuda Pas tidak sepatutnya menyokong atau mengizinkan perkara yang berbau politik mempengaruhi jemaah di dalam masjid.
"Mereka tidak layak menentukan halal haram doa yang dibacakan Zakaria.
"Sebaik-baiknya biar Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan mengenai isu berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mempertahan Zakaria ketika mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri itu.
Menurut Reezal, tindakan Pemuda Pas mempertahankan Zakaria hanya merupakan pendirian yang berunsur politik semata-mata dan bukannya melibatkan hukum agama.
"Jika doa seumpama itu boleh dilakukan, kenapa ahli Pas di Kelantan tidak mendoakan musuh mereka dalam pakatan pembangkang, Karpal Singh, dalam khutbah Jumaat di semua masjid di negeri itu supaya menerima hukum hudud.
"Kita akan dapat tengok bagaimana reaksi rakyat Kelantan selepas perkara itu dilaksanakan," katanya.
Selain itu, katanya, banyak lagi tempat selain masjid boleh dijadikan tempat berdoa jika betul doa yang dibacakan Zakaria semata-mata untuk memohon kepada Allah supaya Guan Eng diberikan hidayah.
Ustaz tu cari sedang mencari talian hayat dalam politik, dah beberapa kali jadi calun tapi tak pernah menang .. bagi orang bukit gantang, taipig tahu sangat peragai ustaz ni,, dia memang baik tetapi bila berceramah atau mengajar ,... kalau tak mengata orang , tak menyindir bukan lah ustaz zakaria nama dia,,,...
BalasPadamMoga Allah memberi petunjuk serta hidayat kepada beliau sekurang-kurang sebelum dia nak mati.
Baik apa nama nya kalau sentiasa suka menyindir orang? Bukan ke lebih baik khatib doakan Perdana Menteri menerima taufik dan hidayah? (Ikut pemahaman PAS, Umno tak ikut Islam). Logik ke doa hanya untuk LGE sahaja. Kenapa tak doakan yang lain2 termasuk Samy Vellu ke , Chua Soi Lek ke? Pada saya ustaz zakaria memang hampas dan tak boleh pakai. Tak guna belajar ugama tinggi2 , buat amal banyak2, tapi mengguriskan hati insan lain. Nak tanya Nik Aziz, ustaz ni dijamin syurga ke?
BalasPadam"Ni lah melayu otak kat kepala lutut- Ustaz bebal"