Sekurang-kurangnya lima lagi Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat untuk menjadi wakil rakyat Bebas.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata lima pemimpin itu adalah Ahli Parlimen PKR yang mempunyai prinsip serta integriti dan sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan asal parti itu. “Saya yakin selepas ini akan berlaku penghijrahan beramai-ramai pemimpin PKR... tidak payah tunggu Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana dalam masa terdekat ini saja parti itu akan hancur,” katanya semalam.
Mengulas keputusan Wee meninggalkan parti itu, beliau berkata, pemimpin yang mempunyai integriti dan prinsip perjuangan serta bermaruah tidak dapat bertahan dengan permainan jahat firaun kecil dalam parti itu.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju itu kerana membuat keputusan tepat meninggalkan parti yang sudah tidak relevan dengan perjuangannya.
Katanya, jika pemimpin yang memiliki peribadi tinggi seperti Wee boleh meninggalkan PKR, maka Pas perlu membuka mata dan menimbang dengan serius kerjasamanya dengan parti berkenaan.
“Keputusan Wee sepatutnya membuka mata Pas untuk menimbang serta membuat penilaian serius berhubung kerjasama yang dijalinkan dengan PKR. Saya tidak jangka hayatnya (PKR) akan lama kerana selepas ini akan berlaku perebutan jawatan antara firaun kecil dalam parti itu
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA