tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 3 Mei 2010

PAS AKAN LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK KEKALKAN NIK AZIZ BERKUASA DI KELANTAN

Pendedahan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang mendakwa diarah oleh pemimpin Pas untuk mewujudkan persepsi buruk ke atas pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan suatu yang dianggap menggemparkan dan mengejutkan.

Tambahan pula beliau yang juga dikenali sebagai Kickdefella mengaku dibayar RM4 juta bagi tempoh tiga tahun untuk membiayai pelbagai aktiviti dan menggerakkan operasi gerak saraf, adalah suatu bayaran yang cukup besar nilainya.

Maka tertanya-tanyalah orang ramai, dari kantung mana wang itu dikeluarkan. Apakah sumber untuk membayar penulis blog itu dikorek daripada wang tabung sedekah yang dikutip semasa ceramah-ceramah Pas? Atau ia daripada wang projek balak?

Syed Azidi kelihatan yakin tentang perkara yang didedahkannya. Jika tidak masakan dia berani berdepan risiko saman daripada bekas bosnya yang pernah menyuruhnya hentam orang itu dan ini.

Dana RM4 juta untuk operasi gerak saraf pun sudah disalurkan secara tunai kepada sebuah syarikat Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC).

Sungguhpun sedikit sebanyak operasi gerak saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan Abdullah dan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 2008 dahulu boleh dianggap berkesan, tetapi kisah duit ini amat mengejutkan para penyokong Pas.

Selama ini bukan sahaja penyokong Pas, malah orang awam berpandangan penulis blog yang menyokong parti itu ikhlas berjuang tanpa minta dibayar, tetapi hakikatnya tidak begitu, sebaliknya dibayar begitu tinggi.

Jadi memang mereka patut marah. Wang sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk membela nasib orang miskin di Kelantan tetapi disalurkan untuk membuat fitnah dan memburuk-buruk sesama orang Islam.

Jika dana sebesar itu disalurkan kepada rakyat Kelantan, nescaya pelbagai bentuk kemudahan dan faedah dapat dinikmati oleh rakyat negeri itu. Apatah lagi Kelantan bukanlah negeri yang kaya.

Tetapi, Pas Kelantan melihat dana sedemikian adalah jalan terbaik untuk mengukuhkan cengkaman politiknya daripada digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya sendiri.

Hakikatnya, di mana pemimpin Pas hendak letak muka apabila kini terbukti kerana tamakkan kuasa Pas sanggup tabur fitnah dan jual agama.

Sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam, perbuatan memburuk-bukkan imej seseorang patut dijauhi. Tidak terfikirkah pemimpin dan penyokong Pas yang mereka telah berdosa kepada seorang pemimpin dan kerajaan Islam negara ini.

Kini tembelang pendekatan dan kaedah Pas (sebelum ini PKR) yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Pusat dan BN didedahkan satu demi satu oleh penulis blog yang pro-Pas sendiri, Kickdefella.

Jika sebelum ini bekas sahabat dan pemimpin Anwar Ibrahim mendedahkan tembelang dan permainan kotor PKR terhadap pemimpin BN, kini Syed Azidi pula ke hadapan untuk mendedahkan pekung Pas hendak menjatuhkan BN.

Apa pun, semua kemelut dan kekalutan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah jelas, bukannya berpunca daripada kerja-kerja UMNO tetapi adalah kerana kesedaran mereka yang telah insaf akan mainan politik kepentingan diri beberapa pihak dalam Pas dan PKR.

3 ulasan:

  1. MEMANG PUN SEBAB ORANG-ORANG PAS MENYAMPAH BEBENO DENGAN UMNO TU.... DAH LEH PAKAI DAH UMNO TU... SEKARANG SEMUA ORANG KEPADA PAS... TAK MAIN LA UMNO... SELAGI NIK AZIZ HIDUP JANGAN HARAP LA UMNO NAK RAMPAS KELANTAN..

    BalasPadam
  2. ambo anok klate menafi kata2 penulis blog ini,
    pandai tuduh sahaja,tapi demo kena simpan modal untuk menjawab dakwaan demo diakhirat nanti,demo kena tahu , pas kelantan sokong ulama', sokong islam , bukan nik aziz,nik aziz hanya penyebab sahaja...

    BalasPadam
  3. Kamalprsya,
    Ahli UMNO terbawah berkata<
    Tanda-tanda besar UMNO nak rebah telah muncul. Hakim, pendakwa, saksi dan akhbar adalah tangan-tangan yang memberi saham untuk menjahanamkan UMNO. Harap Muhyiddin Yasin membuat sesuatu untuk boleh menyelamatkan UMNO, kalau terpaksa kita terpaksa menukar Presiden parti.
    Pada tahun 1998, UMNO tidak mempunyai masalah dgn rakyat, namun selepas dibuat pendakwaan bodoh ke atas Anwar, orang melayu bangkit, kita kalah undi melayu. tetapi undi bukan melayu menyelamatkan UMNO.
    Namun hari ini keadaan sudah berubah, orang bukan melayu dah lari daripada UMNO. Bagaimana orang tidak dapat menerima pendakwaan ke atas Anwar dan menghukum UMNO.
    Cukup sudah apa yang telah dihadapi UMNO, tambahan kebencian tidak sedikit pun menambah kasih sayang orang melayu kepada UMNO. Mungkin tangan kita sendiri yang menghanyut UMNO ke selat Melaka.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger