tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 20 Mei 2010

ARAK,MAGNUM,KUDA TOTO,RUMAH URUT SEMUANYA HARAM

Apakah Pas hanya membuat bantahan judi hanya mengikut musim atau Pas tidak berani kerana Pas tahu yang Dap sebenarnya tidak senang dengan tindakan Pas yang akan membuat bantahan judi.Kalau Pas begitu bersungguh sungguh mahu menghapuskan judi dan segala yang haram,Pas perlu terlebih dahulu membersihkan negeri yang di perentahnya dari sebarang gejala judi.Lihat sahaja di Negeri Selangor yang bagaikan cendawan tumbuh di musim hujan.Cakap apa sahaja yang kita inginkan di Selangor...Semuanya ada...Apakah yang di buat oleh Hassan Ali untuk membersihkan Selangor dari sebarang pusat judi,pusat urut dan segala pusat termasuklah pusat pusat yang didatangkan khas dari negara luar.Ini semua adalah haram dan kerajaan Selangor hanya menutup mata akan segalanya hanya untuk menjaga hati hati rakan mereka.

Kenapa Pas tidak membenterasnya atau Pas takut akan kehilangan sokongan dari orang Cina?????Semua kita tahu yang judi semacam sudah sebati dalam kehidupan kaum Tionghua.Begitu juga dengan arak dimana Pas akhirnya tunduk pada Dap dan Pas tidak akan mengungkit cerita arak lagi kerana Pas takut akan kehilanghan sokongan dari kaum cina.

Kalau betul Pas ingin membenteras judi Pas seharusnya berterusan membuat bantahan agar segala judi dan rumah rumah urut di hapuskan terus dan Pas terlebih dahulu perlu membersihkan Selangor dahulu barulah orang percaya yang Pas tidak bermuka muka.

Pas sebenarnya tahu yang tujuan kerajaan hanya untuk mengawal kegiatan perjudian dari berleluasa dan tidak dapat dikawal selia,Inilah yang berlaku di kebanyakan negeri yang di tadbir oleh Pakatan dimana kegiatan pusat pusat ini tumbuh bagai cendawan tanpa sebarang kawalan.

Tujuan Pas untuk mengadakan Demonstrasi esok hanyalah untuk tujuan politik dan bukanya untuk menghapuskan kegiatan judi.Sebenarnya Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.Lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.Syarikat itu pernah menerima lesen tersebut pada 1987 tetapi telah memulangkannya kembali kepada kerajaan pada tahun 1990 kerana pada masa tersebut tidak ramai yang berminat untuk bertaruh.

Memandangkan terlalu banyak kes perjudian secara haram dilaporkan pada masa ini, syarikat berkenaan telah membuat permohonan untuk mendapatkan kembali hak penganjuran pertaruhan Piala Dunia 2010 dalam keadaan yang terkawal.Setelah diteliti, kerajaan telah menimbangkan permohonan ini agar aktiviti perjudian dan pertaruhan haram dapat dikawal dan dipantau pihak berkuasa.Kerajaan juga telah menggariskan beberapa garis panduan telah diberikan kepada syarikat tersebut untuk dipatuhi antaranya hanya 200 cawangan pusat perjudian di seluruh Semenanjung dibenarkan menganjurkan pertaruhan itu dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Penganjur juga turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.Kesemua cawangan diwajibkan untuk meletakkan papan kenyataan yang mengatakan orang Islam tidak dibenarkan membeli tiket pertaruhan itu.Dalam pada itu kajian yang dibuat kerajaan mendapati negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Australia turut bersetuju supaya pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 diadakan secara terbuka agar kegiatan perjudian haram tidak bermaharajalela.Cukai yang dikutip daripada pertaruhan itu boleh digunakan untuk membangunkan bidang sukan tertentu di negara ini malah digunakan untuk kerja-kerja amal yang bersesuaian dan ini tidak merugikan.

PADA SELURUH UMAT ISLAM JUDI ADALAH HARAM DAN TIDAK PADA ORANG BUKAN ISLAM....JADI TUJUAN KERAJAAN HANYA UNTUK KEBAIKAN ORANG BUKAN ISLAM....JANGAN LAH BERJUDI HINGGA MEMINJAM AH LONG......

2 ulasan:

  1. Salam bro, setuju benar dengan artikel tuan ini.... tapi puak-puak PAS ini terlalu hipokrit untuk menonjolkan bahawa UMNO itu kafir.... sedangkan mereka sendiri lebih munafik menyembunyikan kelemahan mereka sendiri bila menjadi bacul untuk menjaga kepentingan DAP...

    BalasPadam
  2. pemimpin umno pun kuat berjudi dan menjadi CEO dlm syarikat judi lagi...sila baca


    Senarai Individu Melayu Yang Di Dakwa Mempunyai Kepentingan Dalam Syarikat Judi

    Berikut adalah senarai pembabitan pemimpin Umno dulu dan Imbang Penuhsekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini:

    Saham dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

    Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj memiliki 1,900,000.

    Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D.

    Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman memiliki 1,666,666 saham.

    Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib memiliki 680,334 saham.



    Saham dalam Genting Berhad

    Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

    Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin.

    Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

    Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

    Saham dalam Sports Toto

    Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

    Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.

    Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH