tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 22 Mei 2010

SELANGOR PENERAJU PUSAT JUDI,PAS BUAT APA????

Sejak Pakatan Rakyat mengambil Selangor,Kerajaan Pakatan telah menjadikan Selangor sebagai pusat Judi yang merimaskan umat Islam di negeri ini.Yang peliknya Ulama Ulama Pas tidak langsung menyentuh perkara ini tapi sebaliknya hanya memejamkan mata dan memekakan telinga dari mendengar rintihan rakyat Islam Selangor yang semakin hari semakin muak dengan kerenah pemimpin Pas yang hanya tahu mencari kesalahan orang tapi tidak melihat langsung kelemahan sendiri yang menyebabkan perjudian di Selangor terus berkembang.Nampak gaya Selangor akan menjadi negeri terkaya dengan pendapatan dari sumber judinya.Mungkin kerana kekurangan sumber pendapatan di mana ada ura ura MB Selangor ingin menggunakan wang dari sumber Zakat untuk menampung kekurangan sumber itu.Jadi jalan yang terbaik oleh Kerajaan Selangor adalah menjadikan Selangor sebagai pusat judi sebagaimana dengan di Singapura.

Kalau Pas berusaha untuk menghapuskan lesen judi bola yang telah kerajaan keluarkan,Pas perlu juga bertindak sama terhadap kerajaan Selangor yang selama ini terus membisu dan ini menyebabkan Selangor terus mendahului negeri lain dalam banyaknya pusat pusat judi.Oleh itu amat wajar Kerajaan negeri Selangor dicabar menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di seluruh negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat untuk menghapuskan kegiatan tersebut.Ini menunjukan yang cubaan Pas dan PKR yang mahu mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi bola berkenaan hanya menunjukkan sikap talam dua muka mereka.

Ini merupakan permainan politik yang cuba dilakukan Pas dan Pkr dengan mencari pautan baru dan membangkitkan emosi rakyat. Jika mereka jujur mereka harus untuk lakukan demonstrasi di Sekinchan.Tidak payah jauh-jauh. Pergi Sekinchan sahaja, di Jalan Tengah. Di Sekinchan sendiri sekarang sudah ada tiga pusat judi dan lima rumah urut. Di sana kita boleh lihat bukan hanya bukan Melayu tetapi orang Melayu sendiri turut berjudi.Walaupun kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian lesen judi, namun operasi setiap premis judi itu bergantung kepada kelulusan kerajaan negeri.Ini berlainan dengan Kerajaan Selangor dahulu dimana untuk membina gerai nasi lemak pun perlukan kelulusan kerajaan negeri apatah lagi pusat judi. Kerajaan Pusat memang beri lesen tetapi keputusan untuk membenarkan operasi terletak di tangan kerajaan negeri.Jika mereka benar-benar berani dan tegas, kita cabar mereka untuk tutup 4,500 rumah judi dan pusat urut yang terdapat di Selangor. Jangan hanya nampak sebelah mata sahaja tapi Pas perlu lihat apa yang ada di Selangor.

Sebenarnya sikap Pas dan PKR itu menunjukkan parti-parti tersebut sebenarnya hanya menjadi kuda tunggangan DAP.Sudah jelas yang mereka hanya dipergunakan oleh DAP kerana di belakang operasi premis-premis tersebut sebenarnya ada samseng-samseng di bawah lindungan DAP.Benda ini dah terlalu lama, penduduk Selangor pun sudah jelak dengan sikap mereka. Maka kerana itu, mereka tiada hak untuk mensensasikan isu tersebut.

MUNGKIN PAS MEMBUTAKAN MATA DI SELANGOR KERANA ADA PEMIMPIN SEPERTI ZAID YANG SUKA PERKARA INI KERANA INILAH TABIAT MEREKA DAN KERANA ITU JUGA LAH PAS LAYU DENGAN DAP TENTANG PENJUALAN ARAK....MANA PERGINYA KELANTANGAN PAS DALAM PERKARA YANG HARAM INI....APAKAH PAS MENGHALALKAN JUDI DAN ARAK DI SELANGOR KERANA HANYA INGIN MENJAGA HATI BUDI DAP YANG MENYOKONG MEREKA.....KALAU BEGINILAH CARA PAS AKAN HANCURLAH NEGARA INI JIKA MEREKA BERKUASA KELAK.....KITA RENUNG RENUNG KAN LAH .....KITA SAMA SAMA PIKIRKAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH