Keangkuhan Dap diakui oleh SPR yang mengakui pihaknya menempuh satu 'pengalaman baru' semasa mengendalikan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu baru-baru ini apabila terpaksa berdepan dengan sikap biadab dan angkuh parti DAP.Menyifatkan perilaku seumpama itu tidak pernah berlaku dalam siri pilihan raya di negara ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan, susulan itu SPR akan mengadakan mesyuarat bedah siasat membincangkan insiden tersebut minggu depan.Kata beliau, fokus utama mesyuarat adalah untuk memperkenalkan satu peraturan baru tanpa melibatkan peruntukan undang-undang dalam usaha menambahbaik aspek pengurusan pilihan raya terutama melibatkan kawalan situasi sebelum keputusan pengundian diumumkan.
Di Sibu tempoh hari, insiden berlaku di Bilik Gerakan Pegawai Pengurus di Pejabat Daerah Sibu apabila urusan penyerahan undi pos diganggu oleh ejen-ejen parti DAP dan calon parti itu sendiri. Mereka menabur dakyah kononnya kita (SPR) lambat kira sedangkan gangguan dibuat oleh mereka (DAP) sendiri.Di Dewan Suarah Sibu (Pusat Penjumlahan Undi) pula pada 16 Mei itu, mereka (para penyokong DAP) meneriakkan 'boo' kepada para petugas SPR yang membawa masuk peti-peti undi, kemudian para penyokong dan pemimpin mereka sesuka hati pula menceroboh kawasan larangan dan mengadakan sidang akhbar.Kenapa pemimpin-pemimpin DAP yang ada dalam dewan itu tidak kawal para penyokong mereka. Ini kerenah DAP yang dahsyat dan amat biadab," katanya.
Beliau ditanya usaha-usaha SPR untuk menambahbaik urusan pengendalian pilihan raya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Mandat kerajaan memerintah sekarang dijadualkan berakhir April 2013.Wan Ahmad berkata, pemimpin dan para penyokong DAP semasa malam pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Sibu bertindak di luar kawalan.Tidak seperti Barisan Nasional, apabila kami berdepan dengan DAP, mereka seolah-olah penuh dengan sikap prasangka dan tidak menghormati undang-undang.Apabila calon BN menang di Bagan Pinang dan Hulu Selangor sebelum ini, para pemimpinnya duduk dengan tertib dalam dewan sementara menanti pengumuman tetapi DAP ini seolah-olah mahu 'menguasai' dewan. Kami, petugas-petugas SPR bekerja sehari suntuk, janganlah bersikap kurang ajar dan seolah-olah hendak menunjuk ajar kami," katanya.
Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu 16 Mei lalu, calon BN, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong Ho Leng dari DAP dengan majoriti 398 undi.Ia menyaksikan BN gagal mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuatnya sejak 28 tahun lalu.
KALAU PRU KE 13 NANTI DAP YANG MEMENANGI LEBIH KERUSI APAKAH PAS AKAN TERUS MENYOKONG DAP SEBAGAI PENERAJU DALAM PAKATAN......FIKIR FIKIRKAN LAH......
PAS gerenti tetap sokong puak kafir harbi ini...Maulana wali terompah jamban mereka kan dah mengeluarkan fatwanya dulu...di boleh kan berkawan dengan SYAITAN..asal bukan UMNO celako-celako...esok disuatu masa dan ketika, andai puak kafir harbi ni dapat memerintah Malaysia...baru lah PAS dan semua umat melayu islam tahu langit itu tinggi ke rendah...Bijak sungguh puak kafir Harbi ni..,menggunakan org melayu islam utk menghancurkan melayu islam.....
BalasPadamPARTI ISLAM MELAYU ©®™
BalasPadamPARTI MELAYU ISLAM SEBUAH BLOG YANG AKAN MEMPERJUANGAN HAK ORANG ISLAM KHUSUNYA MELAYU. DISAMPING MEMBERI PANDANGAN DAN TEGURAN KEPA AHLI-AHLI POLITIK DAN PARTI-PARTI DEMI MENJAMIN PERSAUDARAAN MELAYU SENTIASA TERJALIN ©®™