Berat dan cukup menyengat sekali kata-kata Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam bab ini.Menteri Besar Kelantan itu tidak menyebut siapa yang dimaksudkanya. Namun melihat pada komentarnya itu dalam kontek semasa ia jelas ada kaitan dengan titah Sultan Selangor yang melarang pengunaan masjid untuk tujuan politik. Merujuk kepada bab itu dalam ceramahnya di Kubang Batang,Wakaf Baru, laman Malaysian Insider memetik Musyridul Am PAS itu sebagai berkata ‘ baso bodoh payoh nak ajar …inilah orang yang amal politik suku agama suku’. Baginya kutbah Jumaat adalah sebahagian dari politik Islam.
Nik Aziz yang nyata tidak berganjak dari pendiriannya sebelum ini menyifatkan larangan Sultan Selangor sebagai satu peninggalan penjajah dan ajaran karut. Sultan Selangor telah menitahkan larangan pengunaan masjid sebagai medan politik semasa kehangatan kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Noh Omar yang diminta oleh wartawan mengulas kenyataan terbaru Nik Aziz itu bertanya apakah Menteri Besar Kelantan itu akan patuh atau tidak jika Sultah Kelantan menitahkan peraturan seumpama itu.
Beliau menilai perbuatan Nik Aziz tidak menghormati Sultah Selangor dan undang-undang negeri lain. Katanya kalau tak suka Menteri Besar itu bolehlah pergi ke negeri lain yang masjid boleh dijadikan tempat politik. Apa pula agaknya komen Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad pada kata-kata pedas Nik Aziz itu yang dipercayai melibatkan titah Sultan Selangor?
BAGI RAKYAT SELANGOR....HARAMKAN NIK AZIZ DARI MEMASUKI SELANGOR.....JANGAN BAGI SEORANG YANG DIPANGGILO ULAMA MEMPERLEKEHKAN SULTAN DENGAN SEWENANG WENANGNYA.....