tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 10 Mei 2010

KERAJAAN SELANGOR PERLU NYATAKAN PENDIRIAN

Kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang dicabar supaya menyatakan pendirian berhubung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan berpolitik di masjid dan surau.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, pendirian itu penting kerana rakyat negeri ini ingin mengetahui sejauh mana kerajaan negeri patuh kepada arahan Sultan Selangor.

“Sehingga sekarang kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang masih membisu. Apakah mereka menjadi begitu pengecut untuk mempertahankan arahan sultan termasuk mengenai kenyataan biadab terbaru oleh Datuk Zaid Ibrahim.

“Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sepanjang Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor tetapi nampaknya, atas alasan kepentingan politik kerajaan negeri tunduk dan tidak berani mengkritik pemimpin pembangkang yang mempersoalkan arahan tersebut,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pameran 1Usahawan dan Karnival Agro Hulu Langat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin baru-baru ini mengulangi ketegasan agar masjid dan surau tidak dijadikan medan berpolitik dan titah baginda, sesiapa yang ingkar dan tidak setuju dengan arahan itu tidak perlu datang ke Selangor.

Bagaimanapun, Zaid dalam blognya dilihat seperti mempersendakan titah perintah Sultan Sharafuddin apabila mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor itu bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tambah Zaid, perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui majlis agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kesediaan Zaid untuk menemui Sultan Selangor bagi menjelaskan kenyataannya, Noh berkata, BN akan menasihatkan sultan supaya tidak melayan perkara itu kerana Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terlalu biadab.

“Zaid ini siapa? Dia bukan orang Selangor tetapi mengeluarkan kenyataan biadab terhadap arahan sultan dan sekarang nak menghadap Sultan Sharafuddin pula. Orang seperti Zaid tidak perlu dilayan,’’ katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Noh berkata, beliau mempunyai sepenuh keyakinan bahawa BN akan kembali memerintah Selangor berdasarkan sokongan dan kekuatan parti yang kini kembali pulih.

Katanya, senario tersebut jauh berbeza berbanding pada tahun 2008 apabila ramai ahli parti sendiri yang menolak BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH