tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 22 Mei 2010

SAMY VELLU LANGSUNG TIDAK BOLEH DI SENTUH

Dalam banyak banyak pemimpin BN,Samy Vellu adalah satu satunya pemimpin yang tidak boleh langsung di kritik dan di tegur.Apakah pemimpin yang sebegini BN perlukan untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat pada BN.Bagi ramai orang,bukan sahaja pada kaum India malah segala lapisan masyarakat sudah jemu dan muak dengan tindak tanduk Samy yang terus ingin menunjukan keegoannya.Samy akan memecat siapa sahaja yang mengkritiknya.Ini berlainan dengan barisan kepimpinan parti parti didalam BN yang sedia menerima kritikan.Lihat sahaja bagaimana berlakunya didalam UMNO dahulu.Tidak pernah Umno memecat ahli yang mengkritik kepimpinan tertinggi.

Bagi orang ramai
apapun alasan Datuk Seri S Samy Vellu bagi memecat timbalan ketua pemuda parti itu, V Mugilan, pasti ramai tahu apa cerita disebalik tindakan tersebut.Semuanya bermula bila nama Mugilan tiba-tiba panas dan meletup untuk jadi calon bertanding pada pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor April lalu.Difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah setuju dengan nama Mugilan setelah pengundi-pengundi di Hulu Selangor menolak timbalan presiden MIC Datuk G. Palanivel bertanding semula.

Palanivel didakwa gagal memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Hulu Selangor tetapi Samy Vellu tetap berkeras mahu bekas wakil rakyat lima penggal itu bertanding atas alasan Palanivel bakal jadi presiden MIC.Ketika inilah ujud pertembungan Samy Vellu dengan Mugilan hingga presiden MIC itu mengancam mahu mengambil tindakan terhadap timbalan ketua pemuda tersebut jika dicalonkan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR.Akhirnya jentera BN terpaksa akur dengan pencalonan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan untuk bertanding yang diputuskan beberapa jam sebelum majlis pengumuman calon.Muhyiddin dalam ucapan di majlis itu percaya Mugilan mempunyai peluang yang cerah untuk bertanding pada masa depan dan berharap pemimpin pemuda itu bersabar.

Barangkali perkara inilah yang menyekat halkum Samy Vellu untuk menelan kebenaran bahawa Mugilan bakal jadi bintang dalam MIC satu hari kelak sama seperti Cikgu K.Parthiban yang turut diuar-uarkan akan bertanding di Hulu Selangor Jika tidak masakan beliau menghubungi bekas wakil rakyat Ijok itu marah-marah sebaik sahaja nama Parthiban dilaporkan turut jadi pilihan bertanding dalam pilihanraya kecil itu.Bagaimanapun, Samy Vellu hanya mencari masa yang sesuai untuk melepaskan amarahnya kepada Mugilan yang pernah mengkritiknya gara-gara pemilihan calon di Hulu Selangor.

Justeru itu, apabila timbalan ketua pemuda itu mengeluarkan kenyataan yang mahukan bekas menteri kerja raya itu melepaskan jawatan presiden MIC secepat mungkin, Samy Vellu tidak perlu berfikir panjang.. Dengan membelakangkan jawatankuasa disiplin parti, Samy Vellu hanya berunding dengan Palanivel untuk membuat keputusan memecat Mugilan, pada Khamis.Mustahil bagi Palanivel menentang keputusan Samy Vell yang sudah berjanji menyerahkan jawatan Presiden MIC kepadanya tahun depan.

Bagi mereka yang sudah biasa melihat susur galur politik MIC, parti itu sejak diketuai Samy Vellu 31 tahun lalu penuh dengan insiden pemimpin yang dipecat dan ‘dimatikan’ karier politiknya.Lihat saja apa yang menimpa bekas timbalan presiden Tan Sri M.G.Pandhitan dan Datuk Dr. S. Subramaniam.Pemimpin-pemimpin yang cuba bersuara demi kebaikan parti akan ditunjuk ‘jalan keluar’ oleh presiden MIC itu demi kesinambungan dan suvival politiknya.Walaupun Ketua Pemuda MIC, T.Mohan mendakwa wujud ‘Mastermind’ atau individu tertentu yang menjadi perancang di sebalik tindakan Mugilan mendesak Samy Vellu melepaskan jawatannya sebagai presiden parti berkenaan secepat mungkin, ianya sukar dipercayai.

Mustahil Mugilan mahu mengkhianati kepercayaan Najib dan Muhyiddin kepadanya yang pada awalnya sudah setuju beliau dipilih bertanding di Hulu Selangor.Mustahil juga bagi Mugilan membakar jambatan sedangkan jika ambil kira cakap Muhyiddin, jambatan cukup besar menanti Mugilan yang dilihat amat berpotensi sebagai pemimpin pelapis MIC. Barangkali ini semua helah Samy Vellu untuk memastikan pemimpin-pemimpin MIC yang berada dalam parti apabila beliau melepaskan jawatan kelak adalah mereka yang boleh mendengar cakapnya.Sebab itu juga, beliau umum akan menilai prestasi setiap ketua cawangan parti ke arah memantapkan lagi jentera parti di peringkat akar umbi sebelum melepaskan jawatan.

Jelaslah walaupun sudah 11 penggal menerajui MIC, Samy Vellu masih mahu menjadi legasi dalam parti kaum India di negara ini walaupun kebelakangan ini, sokongan terhadap parti itu terus dipertikaikan.Pemecatan Mugilan hanya melengkapkan segala persepsi orang ramai terhadap kepimpinan Samy Vellu sebelum ini yang tidak boleh dikritik atau ditegur walaupun oleh pemimpin parti demi kebaikan MIC

1 ulasan:

  1. SLM BRO..TAH2 DIA NI SE GURU DGN SI SELIPOR BUROK TU KOT

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH