Tindakan Chan Peng, 42, itu turut diikuti kira-kira 70 ahli PKR Cabang Sibu.
Bercakap kepada pemberita malam ini, beliau memberitahu, kesemua yang meninggalkan PKR akan memberi sokongan padu kepada calon BN pada pilihan raya kecil ini.
Menurutnya, keputusan untuk keluar PKR adalah disebabkan bosan dan muak dengan perebutan kuasa di kalangan pemimpin PKR Sibu meskipun jumlah cawangan tidak begitu banyak.
''PKR khususnya di Sibu sekarang berada dalam keadaan kucar-kacir dengan banyak ketua cawangannya berebut kuasa malah bergaduh sesama sendiri.
''Justeru bagi ahli yang tidak memegang apa-apa jawatan, mereka tidak akan mendapat sebarang manfaat," katanya.
Dalam pada itu, Chan Peng memberitahu, beliau yang telah 18 tahun bersama pembangkang menjangkakan ramai lagi ahli yang akan mengikut jejaknya meninggalkan PKR.
Bagaimanapun, katanya, beliau belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti komponen BN.
Pada masa yang sama, Chan Peng berjanji membantu jentera pilihan raya BN termasuk menyertai kempen dari rumah ke rumah.
''Pada masa ini, saya melihat ramai menteri turun padang dengan pergi dari rumah ke rumah dan bekerja keras sehingga menambat hati saya untuk masuk BN.
''Saya juga berpendapat bahawa hanya BN sahaja yang mampu membela rakyat dan jika mengundi pembangkang, maka tiada lagi pembangunan di bandar Sibu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA