tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 12 Mei 2010

PAS JUGA SUDAH IKUT PKR LAMA LAMA LINGKUP

Sehari selepas 1,700 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu bertindak keluar parti, kini tiba giliran ahli Pas pula berbuat demikian.

Kali ini, sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Menurutnya, pakatan pembangkang juga gagal mentadbir secara berkesan dan rakyat diperdayakan 'sindrom cukup makan' dengan kerajaan negeri tidak melaksanakan program pembangunan untuk rakyat.

"Kami disuruh menunggu buah yang tidak gugur tetapi masalahnya, sampai bila kena menunggu," ujarnya ketika berucap pada majlis tersebut.

Katanya, tindak tanduk pemimpin Pas juga tidak menggambarkan bahawa mereka adalah pejuang Islam seperti digembar-gemburkan selama ini.

Tambahnya, dia bahagia dan gembira dengan keputusan yang diambil itu meskipun sudah berpuluh tahun menjadi ahli Pas kerana tidak sanggup lagi terpedaya selain bersedia berjuang bersama UMNO bagi mempertahan dan membangunkan negara ini.

"Saya sudah lama mengikuti perkembangan UMNO walaupun sebelum ini saya anggap UMNO sebagai parti lawan yang perlu ditentang habis-habisan.

"Saya dapati pemimpin UMNO seperti Datuk Ahmad Bashah sebenarnya mudah didekati rakyat dan ia adalah faktor yang menimbulkan kesedaran di kalangan kami," ujarnya.

Tegasnya, beliau juga berbuat demikian tanpa sebarang paksaan atau kerana dijanjikan habuan, sebaliknya atas kesedaran selepas melihat sendiri tingkah laku para pemimpin Pas yang disifatkan sebagai 'cakap tak serupa bikin' dan suka bermuka-muka.

Sebagai contoh, katanya, para pemimpin Pas akan melawat ke kawasan yang ditimpa bencana seperti ribut dan akan berlagak seolah-olah prihatin dengan nasib malang yang menimpa mangsa.

Namun, tambahnya, selepas itu mangsa tidak pula dihulurkan sebarang bantuan dan mereka dibiarkan begitu saja.

"Dalam memberikan bantuan pula, mangsa akan dibezakan dengan fahaman politik sedangkan saya dapati BN tidak seperti itu, malah semua orang akan mendapat bantuan.

"Kami sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Pas dan selepas duduk berbincang dan memikirkan semasak-masaknya, dengan fikiran terbuka kami memohon untuk menyertai UMNO.

"Biar pun tindakan kami ini akan dihina oleh para pemimpin Pas, kami sudah bertekad untuk tidak berpatah balik," katanya sambil disahut tepukan gemuruh kira-kira 150 orang yang hadir pada majlis itu.

2 ulasan:

  1. Takpe, jika orang Islam tolak PAS, orang kristian dan bersedia terima pemimpin mereka. Khalid gereja dan dr Mariah dah mula berkempen untuk mendapat sokongan mereka. PAS sekarang pun di sokong oleh orang-orang bukan Islam.

    agbr47: Tunggu fatwa baru berkaitan gereja.

    BalasPadam
  2. Kita perlukan satu sahaja parti Melayu agar Melayu kuat dan dihormati.
    Parti yang kita sudah tahu buruk baiknya, kalau tak puas hati, apa yang kita perlu lakukan adalah tukar pemimpin bukan tukat parti, kerana ahli partilah yang boleh menentukan siapa yang menjadi pemimpin mereka. My choice is UMNO

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH