Bagi saya apakah layak kita memanggil Nik Aziz sebagai Tok Guru yang secara rasionalnya bagi saya Nik Aziz hanya seorang ahli politik yang mencari keuntungan politik untuk kepentingan diri sendiri atau untuk Pas.Sebenarnya TGNA hanya didilihat sebagai ulama dikalangan ahli Pas sahaja dan dengan gelaran ulama yang diberikan oleh ahli ahli Pas telah menjadikan TGNA sebagai seorang yang sangat bongkak dan sombong dengan hanya dirinya sahaja yang lebih mulia dan wajar dipanggil ulama.
TGNA sudah terlalu berada pada tahap yang tinggi dengan merasakan dirinya sudah tidak lagi melakukan sebarang kesalahan dan dosa.Bagi TGNA sesiapa yang menetangnya akan dianggapnya sebagai sesat dan juga komunis dan segala kata kata dan tindakan TGNA tidak melambangkan bahawa beliau patut dicontohi oleh anggota Pas yang lain.Kenyataan TGNA yang menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat ‘Ayah Pin’ adalah fitnah yang amat jelas.Kenyataan tersebut amat bertentangan dengan dasar perjuangan parti itu yang dikatakan bergerak atas landasan Islam.TGNA perlu ingat bahawa kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah berjuang berhabis-habisan menghapuskan ancaman komunis di negara ini dan memerangi unsur-unsur yang boleh menjejaskan pegangan umat Islam.UMNO yang berjuang untuk menghapuskan komunis di negara ini, UMNO juga yang bermati-matian mempertahankan tanah air ini, kalau tidak kerana UMNO yang mengharamkan komunis TGNA pun belum tentu lagi hidup di Malaysia.
Tapi bagi ahli ahli Pas ,mereka ibarat sudah dipekakkan telinga dan dibutakan mata dengan hanya menerima apasahaja yang diucapkan TGNA pada mereka,dan hati mereka sudah tertutup untuk menerima masuk sebarang pandangan dari orang lain.
Pada saya PAS nampaknya semakin angkuh dan takbur dan begitu juga dengan TGNA yang semakin lama makin melalut mungkin juga TGNA rasakan dirinya maksum, suci daripada dosa, dan boleh buat segalagalanya. Mungkin kerana sudah 19 tahun memerintah Kelantan TGNA merasakan yang rakyat Kelantan akan tunduk padanya dan mengikut apa saja kata katanya.
Berpolitik ada batasnya.Cubaan memberi gambaran seolah-olah orang Islam lain tidak berpegang pada anutan Islam adalah petunjuk jelas tahap pemikiran Menteri Besar Kelantan itu dan beliau ulama kategori apa.Mungkin bagi TGNA hanya orang PAS saja yang Islam di dunia ini.Para pemimpin UMNO sendiri selama ini tidak pernah menuduh orang PAS tidak Islam kecuali mendakwa mereka mengunakan agama untuk tujuan politik.
TGNA juga telah menolak cadangan kerajaan perpaduan yang telah diilhamkan oleh HH.Sebagai orang Islam kita berpegang kepada Rukun Iman dan salah satunya ialah percaya kepada Allah, yang bererti kita mengucap dua kalimah syahadah, apabila kita mengucap dua kalimah syahadah kita masuk kumpulan muslim.Apabila kita sudah masuk dalam kumpulan muslim, Allah sudah 'ikat' kita melalui firman-Nya dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya."Manakala Rasulullah SAW pula pernah bersabda bahawa, orang muslim itu adalah saudara bagi orang muslim yang lain, kemudian Nabi kata, siapa sebenarnya orang muslim itu, orang-orang muslim yang selamat daripada keburukan lidahnya dan keburukan tangannya. Maka itu Rasullullah sendiri dalam membentuk ajaran Islam baginda mempersaudarakan orang Islam.
Maknanya, itulah perjuangan utama kita iaitu mesti mempersaudarakan sesama orang Islam. Ia adalah perbuatan yang sebagaimana dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya bermaksud: … dan peliharalah hubungan silaturrahim… (an-Nisa': 1). Oleh itu, kalau kita memecah belah orang Islam itu bukan ajaran Islam, itu ajaran syaitan. Tuhan sudah sebut bahawa syaitan itu bertujuan untuk membangkitkan di antara kamu permusuhan dan pergaduhan. Jadi pada saya, perpaduan itu adalah sesuatu yang cukup mustahak, perkara pokok yang wajib kita usahakan dalam apa bentuk pun. Berdasarkan kepada hujah itu, saya berpendapat, idea kerajaan perpaduan adalah satu idea yang cukup baik dan saya amat bersetuju dengan langkah tersebut.
TGNA sangat sangat mendendami akan Umno dan tidakn mahu melupakan atau memaafkan apa jua kesilapan lampau antara Umno dan Pas.Apakah ini sifat seorang ulama yang sentiasa ada dendam kesumat didalam dirinya.
ayat itu Allah berfirman yang maksud-Nya, Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.
Sepatutnya, sebagai saudara seagama, kita patuh kepada arahan Allah. Kita juga wajib patuh kepada pemerintah selagi mana tidak diarahkan membuat maksiat. Kalau tidak taat, maka kita durhaka. Sekali pun jika pemimpin itu zalim.
Rasulullah SAW bersabda: Bantulah saudaramu baik yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Baginda ditanya, Kalau yang dizalim kami boleh menolong tetapi bagaimana dengan yang menzalimi wahai Rasulullah? Baginda menjawab, kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara kita menolongnya.
Sepatutnya hubungan sesama Muslim itu penuh dengan kasih sayang bukannya menyemai sikap benci membenci atau keras. Ingatlah firman Allah yang maksud-Nya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (Muslim)…(al-Fath; 29)
Rasulullah SAW bersabda, "Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Sebagai seorang ulama TGNA perlu ambil peranan untuk selesaikannya, kita harus kembali ke pangkal jalan. Asas utama yang perlu adalah perpaduan, silaturahim dan hormat-menghormati. Perseteruan, pecah belah dan persengketaan adalah ajaran syaitan. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA