tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 25 Jun 2009

UMNO PAS:UMNO UMUM CALON MANEK URAI AHAD INI

Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai Ahad ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara malam ini.

bm version kerusi dun manek urai 220509Beliau yang juga perdana menteri berkata, pengumuman tersebut akan dibuat di Manek Urai.

Menurutnya, mesyuarat MT malam ini mendengar taklimat mengenai persiapan menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai serta mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Taklimat mengenai pilihanraya kecil Manek Urai disampaikan oleh pengerusi badan berhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Selain itu, katanya, maklum balasnya juga diperolehi daripada sayap-sayap - Pemuda, Wanita dan Puteri Umno - berhubung persediaan bagi pilihanraya kecil tersebut.

Sebelum ini, PAS menyatakan parti itu akan mengumumkan nama calonnya Jumaat malam ini.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan penamaan calon bagi pilihanraya DUN Manek Urai pada 6 Julai dan pengundian pada 14 Julai depan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran memberi taklimat mengenai PPSMI.

Taklimat tersebut menyentuhkan tentang pilihan yang ada serta memaklumkan kepada MT tentang pelaksanaan dan kesannya terhadap pencapaian Sains dan Matemaik di sekolah.

"MT telah memberi pandangan dan cadangan untuk disampaikan kepada kementerian pelajaran supaya dihalusi dengan lebih mendalam," kata Najib.

Selepas itu, katanya, ia akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dan akan diumumkan apabila sampai masanya.

Perdana menteri menegaskan bahawa pengumuman itu akan dibuat tidak lama lagi.

1 ulasan:

  1. Sekiranya UMNO nak menang di Manek Urai,faktor calon menjadi faktor utama. Cadangan untuk mencalonkan Ketua Pemuda amat-amat tidak sesuai dalam situasi sekarang.Usahlah di fikirkan sangat faktor permusuhan antara puak Dato Ramzi n Dato Wan Zahid. Fikirlah 12 ribu pengundi yang mengundi tu bukan ahli UMNO...kurang 10 peratus ahli UMNO yang layak mengundi di Manek Urai mengikut rekod yang saya ada.Ingatkan kekalahan pada pilihanraya (PRU12) lalu banyak berpunca dari kegagalan Pemuda UMNO sendiri. Pemuda UMNO tidak digemari oleh penduduk kampong kerana kebiadaban n keegooan Pemuda..Sekiranya BN meletakkan juga calon Pemuda di Manek Urai nanti,akan menjadi advantage pada PAS untuk mendapati majoriti lebih 2 ribu undi. Dikhabarkan PAS akan meletakkan calon Pemudanya juga sekiranya UMNO berbuat demikian. Melalui kaji selidik saya perbandingan ketokohan antara UMNO dan PAS jauh panggang dari api....renungkanlah.Alasannya kebanyakkan Ketua-Ketua Pemuda UMNO kelantan yang dipilih pada pemilihan lalu bukan berdasarkan ketokohan,tetapi menjadi undi dengan menggunakan taktik kotor ,dalam erti kata lain,siapa yang gedebe n di tambah pula siapa yang ada wang akan menang.Cuma renungkanlah perwatakan Ketua-Ketua pemuda UMNO sekarang..Saya risau sekiranya Pemuda juga yang menjadi calon...maka ahli-ahli pemuda yang berkempen untuk BN nanti akan lebih sudu dari kuah...terlampau emosi...dan pernah terjadi di Kota Bharu PRU12.--- Lu fikir2lah sendiri....

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH