Sepuluh ahli parlimen PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini - mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.
Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."
Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat itu, diedarkan dalam satu sidang media di lobi Parlimen.
Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut: Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).
Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.
"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.
"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.
"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Si Anwar makin berjaya membentuk PAS.Apakah takde manusia bijak dalam PAS? Bodoh sangat lah pemimpin2 PAS tu yek.Hampeh punya parti PAS.
BalasPadam