tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 23 Jun 2009

UMNO PAS:PAS TAK BERANI BUAT KEPUTUSAN SENDIRI

Penganalisis politik berpendapat keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno jelas menunjukkan Pas tunduk kepada desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Profesor Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata keputusan pakatan pembangkang semalam terbukti Pas tidak berani membuat keputusan sendiri, sebaliknya terus menerima tekanan hebat daripada dua rakan pakatannya.

“Pas harus bermesyuarat sesama mereka terlebih dulu sebelum membuat keputusan mengenai perbincangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno... tetapi ini selepas membuat pengumuman untuk mengadakan perbincangan tiba-tiba hari ini (semalam) buat pengumuman tolak idea (kerajaan perpaduan).

“Ia jelas Pas tunduk kepada PKR dan DAP serta tidak berani membuat keputusan sendiri. Ia sekali gus membuktikan teori kebanyakan penganalisis politik tempatan selama ini yang berkata bahawa parti (Pas) selalu tunduk kepada apa jua keputusan PKR dan DAP adalah benar dan bukannya retorik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka.

Pakatan pembangkang itu menyifatkan idea berkenaan sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian berkata, Pas yang dilanda pelbagai masalah dalaman parti sejak isu berkenaan dibincangkan dilihat sebagai lemah untuk membuat sebarang keputusan sendiri.

“Pas perlu membuat keputusannya yang sendiri tanpa bergantung kepada rakan pakatan,,, jika tidak, parti itu akan dilihat tunduk kepada PKR dan DAP,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Umno menerima baik idea Pas itu dan ia menunjukkan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan isu perpaduan.

“Idea penubuhan kerajaan perpaduan bukan saja untuk menyatu padukan orang Melayu malah membabitkan seluruh rakyat... buat apa kita mahu kesal apabila Pakatan Rakyat menolak idea ini sebaliknya ia cadangan Pas. Kita sentiasa berfikiran terbuka,” katanya.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata beliau sudah menjangkakan PKR dan DAP akan menolak cadangan Pas itu dan berpendapat perbincangan isu perpaduan hanya boleh diteruskan oleh Pas bersama Umno serta BN.

“Pas mempunyai kekuatan sendiri dengan memiliki 23 kerusi di Parlimen serta menerajui Kedah dan Kelantan. Oleh itu, mereka (Pas) boleh berdikari dalam isu utama jika ingin meneruskan perbincangan dengan Umno dan BN.

“Umno menerima cadangan kerajaan perpaduan dengan tangan terbuka dan segala cadangan baik untuk kebaikan rakyat harus disokong. Pada saya, hal perpaduan bukan hanya menguntungkan bangsa Melayu dan Bumiputera tetapi memberi manfaat kepada seluruh rakyat negara ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH