tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 23 Jun 2009

UMNO PAS:CALON UMNO DIMANEK URAI MESTI DEKAT DIHATI RAKYAT

KALI terakhir UMNO yang mewakili BN bertembung dengan Pas pada prk ialah di Parlimen Bukit Gantang dan sebelum itu di Parlimen Kuala Terengganu.Dalam kedua-dua pertembungan berkenaan, BN tewas. Kini BN terutamanya UMNO berpeluang sedikit sebanyak mengubati luka kekalahan di dua kawasan itu apabila berlangsungnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai, di Kuala Krai, Kelantan pada 14 Julai ini.

Di atas kertas, apa juga keputusan pilihan raya itu, ia sama sekali tidak akan mengubah tampuk pemerintahan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas sejak 1990.Pada dasarnya, ramai melihat pilihan raya kecil itu sekadar memenuhi tuntutan demokrasi apabila berlaku kekosongan berikutan kematian wakil rakyat terdahulu iaitu Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.Bagaimanapun, ia tidak bermaksud BN harus memandang mudah cabaran di Manek Urai. Justeru itu, strategi dan pemilihan calon yang tepat adalah penting bagi mengelakkan BN menerima kekalahan lagi pada pilihan raya kecil.

Dalam soal strategi, pemimpin-pemimpin UMNO sama ada di peringkat pusat atau negeri, tidak harus menggunakan pendekatan lapuk bagi meraih sokongan rakyat. Ia termasuklah membuat kenyataan-kenyataan yang dilihat hanya dizahirkan ketika pilihan raya kecil sahaja.Kenyataan politik berbentuk janji-janji boleh dianggap strategi kempen yang lapuk dan hanya akan memualkan rakyat sahaja.Adalah lebih baik BN memberikan tumpuan sejauh manakah parti itu mampu menyediakan seorang wakil rakyat yang "benar-benar wakil rakyat".

Yang penting Umno perlu lah memastikan calon bagi kerusi Dun Manek urai adalah calon yang benar benar diterima oleh seluruh rakyat dikawasan itu disamping mendapat sokongan padu dari ahli ahli parti.Selain mampu untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat ,calon yang dipilih nanti perlulah dipastikan tiada sebarang masaalah atau sememangnya tiada apa apa skandal dan bersih dari sebarang tangapan negetif.Ianya penting kerana BN dan Umno tidak mampu lagi menerima kekalahan sebagaimana dengan prk yang lalu yang bolehlah ditafsirkan calon yang dikemukakan tidak mendapat perhatian dari pengundi pengundi tempatan.

Sudah menjadi keutamaan kerana setiap kali ada pilihanraya sememang nya kritiria calon mesti lah sama keserasian nya dengan selera pengundi.Pelbagai pihak terutama pengundi di Manek Urai sememangnya mahu seorang anak tempatan dipilih sebagai calon bagi memudahkan lagi urusan rakyat nanti.

Sememangnya sudah diketahui yang Dun kelantan amat susah untuk Umno memenanginya tapi ini bukan satu alasan untuk Umno menyerah kalah dan sudah tentu usaha keras dari seluruh jentera umno untuk terus bekerja kuat bagi memenangi hati rakyat di Manek Urai.Rakyat bukan nya mahu bulan dan bintang,tapi rakyat hanya mahu isi suara hati mereka disambut dengan penuh hati yang terbuka dan sentiasa ada iltizam dan keiklasan dalam menyelesaikan segala kemusykilan rakyat.

Satu lagi kelemahan Umno yang perlu diatasi adalah berkenaan dengan calon.Selalunya ada yang tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pemimpin dan disinilah akan berlaku cah keting yang akan merugikan Umno.Perkara ini perlu segera diatasi sekiranya Umno mahu menawan Dun Manek Urai.Sekiranya umno dapat memenangi Dun Manek Urai,sekurang kurangnya ia dapat mengubat luka dan memulihkan semula keyakinan bahawa masih ada harapan buat UMNO untuk terus diterima oleh rakyat.

Bagi pemimpin Umno di Bahagian apa sahaja keputusan yang telah diputuskan wajar diterima dan disokong kerana tentunya ia berasaskan yang diyakini terbaik dalam kalangan yang ada kerana itulah prinsip pemilih.Dan diharapkan juga mereka yang dipertanggungjawab supaya benar-benar menggerakkan jentera dan membuktikan peningkatan sokongan di setiap peti undi.Dengan ikrar yang telah dilafazkan bagi memperjuangkan UMNO, berilah sokongan tenaga masa dan material dalam usaha mencipta sejarah dimana Umno dapat memenangi kubu kuat Pas.Tidak mustahil ianya boleh dilakukan sekiranya kita sama sama berusaha.

Apa yang penting ketika ini dengarlah rintihan suara rakyat yang sesunguhnya didengari akan ada perubahan pada pilihan raya nanti. Harapan serta kemahuan rakyat terutama pengundi di kawasan manek Urai mesti lah dipenuhi semoga nanti kerajaan BN dan Umno tidak lagi akan kecewa dan akan terus menerus menjadi pejuang rakyat.Ingat lah suara rakyat adalah suara keramat.Sebelum suara keramat rakyat sekali lagi menghukum sebaiknya pihak kerajaan dan BN perlulah menginsafi diri semoga penolakan suara keramat rakyat tidak akan berterusan pada prk Dun Manek urai.

Saya amat yakin yang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan membuat pilihan yang bijak untuk menentukan peneraju bagi kawasan berkenaan pada 14 Julai ini.Umno akan berjaya sekiranya usaha ditumpukan pada pengundi yang terdiri daripada penyokong Pas atau yang berada di atas pagar.Pengundi kini telah faham dan menyedari hakikat bahawa pembangunan yang ada di kawasan itu merupakan jasa bakti serta khidmat budi kerajaan yang bertanggungjawab.Oleh itu saya yakin bahawa pengundi Manek Urai akan membuat pilihan dengan bijaksana untuk masa depan yang lebih sempurna.Sekiranya BN berjaya memenangi kerusi DUN Manek Urai itu, ia tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri Kelantan sebaliknya membawa perubahan kepada rakyatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH