tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 21 Jun 2009

UMNO PAS:PEMIMPIN PAS BERDOLAK DALIH BERKENAAN KERAJAAN PERPADUAN KERANA TAKUT DENGAN DAP DAN PKR

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pemimpin tertinggi Pas takut kepada rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang apabila tidak mahu berunding dengan UMNO bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Beliau menegaskan, mereka yang kononnya memperjuangkan Islam dan nasib ummah itu juga sebenarnya cuba mengelak daripada bertemu dengan UMNO kerana bimbang berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya, usaha ke arah kebaikan itu bukan sekadar membincangkan soal cadangan kerajaan perpaduan kerana banyak lagi isu lain yang boleh diketengahkan seperti agama Islam, kedudukan raja dan hak istimewa kaum bumiputera.

"Saya tengok mereka takut kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebab mereka ini walaupun mendakwa pejuang Islam tetapi takut nak jumpa, takut pakatan berpecah, itu sahaja sebenarnya.

"Paling tidak kalau UMNO bertemu Pas, mereka boleh membawa macam-macam isu berkaitan dengan Islam, bahasa, bangsa dan kedudukan raja yang semakin dicabar," katanya dalam satu siri ceramah di Kampung Manek Urai Lama di sini semalam.

Ceramah tersebut mendapat sambutan kira-kira 1,000 penduduk kampung yang turut berebut-rebut mendapatkan borang keahlian Perkasa yang diedarkan.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, walaupun wujud perbezaan pendapat dan politik, dalam perkara-perkara asas yang membabitkan kepentingan umat Islam di negara ini, kedua-dua parti orang Melayu itu perlu senada.

Adalah malang katanya, di sebalik keengganan pemimpin Islam berpadu demi kebaikan ummah, parti MCA, Gerakan dan DAP yang berasaskan kaum Cina setiap masa sepakat dalam membincangkan isu berkaitan kebajikan kaum mereka.

"Bila sampai pada isu-isu yang membabitkan kepentingan kaum Cina, mereka yang bertentangan pendekatan politik boleh berpakat dan bercakap sekata dan senada.

"Tetapi dari segi politik mereka tetap juga bertembung antara satu sama lain.

"Tapi kita, Pas dengan UMNO usahkan nak cari titik pertemuan untuk perpaduan bahkan mencari kekuatan kesatuan ummah yang juga dianjurkan oleh Islam kerana bertembung pun salah," tambah beliau.

Ditanya mengenai tentangan keras daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, katanya, pemimpin tersebut perlu melakukan siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kata putus.

Beliau menegaskan, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak tergesa-gesa meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan kerana Pas tidak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya melakukan perbincangan dengan UMNO.

"Apakah itu satu kesalahan? Macam itu jugalah apabila saya bercakap di Dewan Rakyat, menegur tanpa mengira parti saya juga didesak supaya letak jawatan.

"Jadi bila kita tegur orang lain, tak boleh ibarat kata pepatah 'paku dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih'.

"Kalau kita tegur salah tetapi kalau orang lain tegur tak salah jadi sikap seperti ini tidak boleh memberikan satu teladan yang baik," tegasnya.

Tambahnya, kalau benar Menteri Besar Kelantan itu masih teringat kepada sejarah politiknya dengan UMNO, beliau sepatutnya mengambil inisiatif daripada kenangan tersebut untuk menjadikan kerjasama kali ini berjaya.

1 ulasan:

  1. Minda menopose mana nak fikir tentang perpaduan.mereka cuma nak pengaruh dan kuasa saja.Hampeh punya ularmak.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH