Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata disebabkan terlalu lama berkuasa di negeri ini, pemimpin Pas semakin angkuh serta takbur dengan merasakan mereka maksum sehingga memandang rendah dan memperlekeh kemampuan BN seolah-olah parti itu akan menang besar pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai depan.
"Pas sememangnya angkuh serta takbur dan berasa mereka seolah-olah maksum yang boleh buat segala-galanya. Oleh kerana sudah terlalu lama memerintah hampir 20 tahun, mereka memperlekehkan kemampuan kita, tetapi Umno akan membuktikan kita masih kuat dan tidak selemah seperti yang mereka dakwa.
"Sehubungan itu, BN akan lawan habis-habisan untuk memastikan calon kita berjaya memperoleh kemenangan di Manek Urai nanti," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di Kampung Sok Luar, Manek Urai, di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai pelbagai serangan yang dilakukan Pas terhadap kepemimpinan BN termasuk menyamakan Umno dengan komunis serta ajaran sesat menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
Mustapa berkata, BN tidak akan terikut-ikut dengan taktik Pas yang melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan Umno, sebaliknya akan tetap mengamalkan kempen secara berhemah dan mesra rakyat.
Beliau berkata, BN terbukti lebih berkemampuan membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dari segenap segi untuk kesejahteraan rakyatnya berbanding Pas yang cuma tahu membuat fitnah dengan memburuk-burukkan kepemimpinan Umno.
Katanya, antara isu yang akan diberikan tumpuan oleh jentera BN sepanjang kempen pilihan raya kecil berkenaan termasuk penolakan kerajaan perpaduan oleh Pas, kegagalan kerajaan Pas Kelantan membangunkan negeri ini serta isu pembangunan yang akan dilaksanakan BN di Manek Urai.
Lawan jangan tak lawan. Taburkan duit sebanyak mungkin kat org Manek Urai. Depa ni nampak duit mesti pangkah BN punya lah. Jangan bagi seratus dua. Bagi lima ribu atau sepuluh ribu terus. Mesti tukar dr hijau jadi biru punya lah...
BalasPadam