tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 28 Jun 2009

MANEK URAI:TAK BERLAKU CAH KETING DALAM PEMILIHAN CALON BN DIMANEK URAI

Dakwaan berlakunya "cah keting" (cantas mencantas) dalam proses pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai seperti dakwaan Pas adalah tidak benar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebaliknya pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat mendapat sokongan padu ahli Umno terutama di Bahagian Kuala Krai termasuk di peringkat akar umbi.

"Itu anggapan Pas sahaja berlakunya cah keting dan ia tidak pernah berlaku dalam pemilihan sebaliknya calon ini mendapat sokongan semua pihak.

"Tuan Aziz ini bukan sahaja mampu menarik sokongan golongan muda tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon BN itu di Kampung Sok Luar di sini, hari ini.

Tuan Aziz, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno Kuala Krai diumumkan sebagai calon BN untuk bertanding kerusi pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Pas sebelum ini mengumumkan Mohd Fauzi Abdullah, 50, sebagai calon mereka bagi mempertahankan kerusi DUN itu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno mengulangi bahawa Tuan Aziz adalah calon terbaik BN dan jika menang pada pilihan raya kecil itu, kerajaan pusat akan melaksanakan program pembangunan di kawasan itu.

"Kita akan laksana pembangunan tidak kira siapa pun yang menguasainya seperti sekarang walaupun Pas yang menguasainya," katanya.

Beliau berkata, apa yang lebih penting semua pihak dalam Umno dan BN perlu bersatu padu dan bekerja keras untuk menjamin kemenangan.

Katanya, BN mempunyai strategi tersendiri bagi menarik sokongan rakyat terhadap BN dan mengulangi bahawa parti itu adalah serius untuk membangunkan kawasan tersebut.

Sementara itu, Tuan Aziz berjanji akan membantu membangunkan Manik Urai jika dipilih pengundi untuk mewakili kawasan itu.

Anak kelahiran Kuala Krai dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata beliau yang dibesarkan di Kuala Krai memahami kehendak penduduk di situ yang mahu sesuatu dilakukan bagi membangun kawasan tersebut.

Beliau yang bertugas sebagai Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu mahu memanfaatkan pengalamannya yang pernah bekerja di sektor swasta dan kerajaan untuk tujuan tersebut.

"Saya sudah biasa dengan permasalahan rakyat di sini dan amanah untuk mewakili BN akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada Pas, Ismail Yaakob, akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon manakala 14 Julai sebagai hari pengundian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH