Ini diakui oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mendakwa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tidak memaklumkan kepada Pas Pusat mengenai tindakannya memakai lilitan pada songkok, kepala dan lengan bertulis ‘Bubar DUN’ di Dewan Rakyat kelmarin.
“Tindakan beliau adalah spontan kerana tidak berpuas hati terhadap apa yang berlaku di Perak. Bagaimanapun, Nizar tidak memaklumkan tindakannya itu. Saya menyifatkan beliau mahu menarik perhatian dunia dan beliau memperolehnya,” katanya.
Namun, beliau mengakui Mohammad Nizar ada menyatakan kepadanya akan memakai lilitan pada songkok tetapi bukannya melaungkan Bubar DUN.
Mengulas lanjut, Nasharuddin berkata, kelakuan Mohammad Nizar itu akan dibawa kepada mesyuarat mingguan Ahli Parlimen Pas.
Sementara itu, pelbagai pihak menyifatkan itu amat tidak wajar kerana akan memberi kesan kepada kredibiliti seluruh Ahli Parlimen dan bertentangan prinsip Rukun Negara yang meliputi penekanan kepada kedaulatan undang-undang sebagai sebahagian daripada proses membina negara.
Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun, berkata tindakan itu jelas dipengaruhi emosi yang tidak berkesudahan setelah gagal memperoleh kedudukan sebagai Menteri Besar Perak.
Saya sendiri tidak faham tujuan Nizar melakukannya dan Dewan Rakyat bukanlah tempat yang sesuai. Beliau hanya memalukan diri sendiri dengan berkelakuan tidak sopan yang hanya akan mendatangkan keburukan kepada negara,” katanya.
Pengerusi Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menyifatkan tindakan itu hanya memalukan orang Melayu, selain tidak menghormati keputusan mahkamah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Presiden Pertubuhan Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar berkata, Dewan rakyat seharusnya dijadikan tempat membincangkan isu negara, terutama membabitkan ekonomi dan sosial rakyat, bukannya menjadi tempat menyuarakan kepentingan peribadi.
Inilah sikap UMNO yang saya benci...mudah sangat untuk mengatakan orang lain BODOH sedangkan rakyat telah lama sedar sikap pandai pemimpin UMNO lah yang selalu menjadikan rakyat BODOH tetapi sebenarnya rakyat lebih cerdik dari UMNO bila berjaya BODOHKAN UMNO dalam PRU12..bagi basikal ambik..bagi duit ambik..bagi beg sekolah ambik..bagi kain pelikat ambik...dan akhirnya rakyat bagi UMNO/BN tersungkur dalam PRU13 sebab rakyat tahu yang UMNO/BN bagi semua tu hanya kerana nak menang undi pilihanraya dan bukan sebab ikhlas nak bagi atau membela nasib rakyat
BalasPadam