"Umno hanya bersikap terbuka terhadap cadangan Pas sebelum ini," kata Perdana Menteri kepada pemberita di sini, hari ini.
Najib yang juga Presiden Umno mengulas pengumuman pemimpin Pakatan Rakyat di Parlimen tengah hari tadi bahawa mereka menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.
Pakatan sepakat tolak k'jaan perpaduan |
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini. Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti. Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. |
Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha mengetahui...Nampaknya cerita Kerajaan Perpaduan dah sampai ke penghujungnya.Ini berikutan kenyataan terbaru pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang menolak sebarang perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau BN. Apa yang peliknya ialah Hj Hadi pun turut bersetuju dengan perjanjian itu malah Hj Hadi dalam kenyataannya telah mengatakan UMNO dengan sengaja cuba membuat Fitnah Jahat! Saya begitu hairan dengan sikap ulamak sebegini. Jika kita renung dari awal lagi, idea cadangan untuk bekerjasama dalam isu kerajaan perpaduan ini datangnya dari beliau. Kenapa Hj Hadi menyatakan UMNO sengaja membuat fitnah jahat berkenaan isu ini. Kenyataan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin sangat terbuka dan ikhlas supaya UMNO dan PAS boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai isu ini. Nampak gayanya penyatuan umat melayu dan umat Islam tidak dapat menjadi kenyataan.Puncanya ialah PAS yang takut dan bacul dengan rakan-rakan pakatan mereka bukan kerana faktor fitnah UMNO. PAS LEBIH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN KAFIR DAP DARIPADA BEKERJASAMA DENGAN UMNO YANG SESAMA BANGSA DAN SEAGAMA...ALLAH MAHA BESAR...
BalasPadamTuan,
BalasPadamMemang itulah yang sepatutnya.
Politik baru bukan berpaksikan perkauman.
Politik baru tidak ajar Melayu supaya takutkan cina.
Politik baru tidak selak kain sahabat dan lawan
Politik baru kritikal berakal
Politik lama takutkan rakyat.
Tidak perlulah selamatkan Melayu dengan kerajaan perpaduan - itu carapolitik lama!