Bagi TGNA beliau menyifatkan golongan yang masih berada dibelakang cadangan HH sebagai pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.TGNA berpendirian bahawa beliau tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai “boneka Umno”.TGNA membidas cadangan HH kerana cadangan kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS dan bukannya menggambarkan kehendak ahli PAS.
TGNA perlu memahami pada muktamar yang lepas ,kesemua calon dari proksinya telah kalah dan ini menunjukan ahli ahli Pas bersetuju dengan langkah HH dalam menuju kearah kerajaan perpaduan.Bagi ahli ahli Pas sewajarnya Pas dan Umno perlu ada keseimbangan dalam menentukan arah tuju umat islam yang semakin hari semakin ketinggalan dari bangsa lain di Malaysia ini.Mungkin bagi HH tiada yang boleh dimanfaatkan bila bekerjasama dengan rakan pakatan yang lain kerana setelah hampir dua tahun bersama tiada satu pun rancangan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutama rakyat diperentah oleh Pakatan rakyat.
Kerana itulah HH terus mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.Bagi HH gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.Bagi HH perlaksanaan kerajaan perpaduan perlu difahami secara terperinci supaya kita dapat melaksanakannya dengan baik, gagasan tersebut adalah untuk kebaikan kita semua yang sekarang begitu rapuh dari segi perpaduan.
Sebenarnya cadangan ini telah dilontarkan kepada parti-parti lain dalam pakatan pembangkang termasuk DAP sebelum HH mengumumkan perkara itu kepada rakyat.Dalam hal ini katanya, rakan-rakan Pas dalam pakatan pembangkang telah menerimanya secara positif kerana ia adalah demi kebaikan negara.Bagi HH gagasan tersebut bukan sahaja bertujuan menyatupadukan seluruh rakyat malah ia akan merapatkan jurang di kalangan parti-parti politik.Ini supaya parti-parti politik boleh berbeza pendapat tetapi tidak berkelahi dalam sebuah
negara.
Bagi HH Pas tampil memperkenalkan Islam untuk menyelesaikan masalah termasuk krisis perpecahan yang parah di kalangan parti-parti politik.Mesej kita menurut HH adlah supaya perubahan dilakukan dengan Islam dan UMNO juga mempunyai tanggungjawab untuk membawa contoh Islam yang terbaik.
Kerana melihat kerajaan perpaduan cadangan HH ini ada kebaikannya dan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din telah menyeru semua ahli dan pemimpin parti itu supaya patuh serta taat kepada pemimpin.TGNA juga tidak terkecuali dalam pesanan yang disampaikan oleh timbalan TGNA sendiri.Seharusnya TGNA perlu bersikap terbuka dengan menerima cadangan HH ini.
Bagi Harun Din seruan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan itu dibuat kerana amalan sedemikian merupakan antara perkara yang dituntut dalam Islam serta wajib diikuti dan dipatuhi oleh setiap ahlinya.Pematuhan itu termasuklah mengikuti arahan dan keputusan yang datangnya daripada seorang ketua.Patuh kepada rais (ketua) adalah wajib. Berdasarkan hukum syarak, ahli-ahli adalah wajib mematuhi arahan dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan lebih-lebih lagi juga ia datang daripada Presiden sendiri.Daripada ketaatan inilah, ia memberikan kekuatan kepada perjuangan Islam. Kita akan mendapat pahala dari sifat ketaatan ini dan jika kita 'lawan tauke' (ketua) jadi hukumnya adalah berdosa kerana tidak tunaikan perkara wajib.TGNA perlu disedarkan kerana mungkin sudah terlalu tua bagi TGNA memikirkan perkara yang begitu baik ditentang hanya untuk menjaga rakan rakan lain yang kita sendiri tidak tahu apa tujuan dan rancangan mereka terutama Dap dan Pkr.
Kita harus menyedari bahawa Nik Aziz mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam Pas dan ia mungkin sedikit mengatasi Haji Hadi dalam soal ini. Kerajaan perpaduan ini hanya boleh dicapai jika Nik Aziz menukar pendiriannya dan menyokong konsep yang dibawakan oleh Haji Hadi ini. Dari segi penerimaan parti-parti lain seperti DAP tentang hal ini ia bukan satu isu besar. Ini kerana selama ini DAP sentiasa meragui Pas dan hubungan antara dua parti ini hanyalah semata-mata untuk berhadapan dengan pilihan raya. Malah kita sendiri boleh melihat kerjasama antara dua parti ini tidaklah rapat dan mesra seperti yang sepatutnya pada keadaan sekarang dan keraguan ini akan terus wujud kerana ia telah tertanam sejak dahulu lagi.
Pada TGNA cuba cuba lah fahami apa itu erti perpaduan dan hayatilah semangat perpaduan tersebut.Ingatlah Islam sendiri mahukan umatnya bersatu didalam konteks perpaduan...
KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA