Tiada lagi gelaran yang layak diberikan pada HH selain dipanggil ULAMA penipu selain dari seorang ULAMA yang hanya mencari publisiti murahan kerana diri sendiri yang mencadangkan KERAJAAN PERPADUAN dan tiba tiba diri sendiri yang menolaknya.Belum pernah terjadi dalam politik tanah air seorang yang mahu dirinya dipanggil Ulama telah mengilhamkan satu idea yaitu penubuhan kerajaan perpaduan yang HH sendiri menganggap akan membawa kepada perpaduan seluruh rakyat Malaysia terutama orang melayu dan Islam.Tiba tiba cadangan nya sendiri itu ditolaknya akibat mendapat tekanan dari DAP dan PKR.
HH boleh diibaratkan sebagai seorang yang tiada pendirian kerana setelah mencadangkan kerajaan perpaduan HH menjadi lemah atas desakan Dap yang sememangnya tidak mahu perpaduan orang orang melayu dan Islam terlaksana.Orang Melayu kini mempunyai sebab yang jelas untuk bimbang kerana HH telah hilang keyakinannya untuk bersama sama dengan Umno untuk menganggkat martabat orang orang melayu.Kita sedih melihat seorang pemimpin melayu dalam usaha untuk menyatukan kaum sendiri pun pemimpin seperti HH dan Pas sendiri tunduk kepada tekanan DAP dan PKR.Jelas pada kita bahawa sikap tunduk HH dan Pas pada DAP dan PKR seolah-olah menjadikan orang Melayu seperti golongan penakut.
Kini rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Siapa pula hanya mementingkan kepentingan politik semata-mata.Patutkah kita tunduk kepada pihak lain dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. Adakah mereka akan tunduk sama dalam isu yang berkaitan kepentingan kaum mereka. Jawannya sudah tentu tidak dan mereka sebaliknya akan bersatu dalam melibatkan kepentingan kaum mereka.
Memang layak HH digelar sebagai seorang penipu pada bangsa melayu dan Islam sesudah memberi sedikit harapan pada orang orang melayu yang merasakan idea cadangan penubuhan kerajaan perpaduan adalah jalan yang terbaik untuk menyatukan orang orang islam dan melayu yang kini sedikit berpecah.Sebenarnya HH ikhlas semasa membuat cadangan itu dan UMNO memberi reaksi yang positif demi menyatukan orang Melayu.HH dan Pas seharusnya tidak tunduk kepada DAP dan PKR kerana mereka merupakan sebuah parti yang kuat.
Kerana terlalu ikutkan kehendak Dap dan Pkr yang tidak suka orang melayu dan Islam bersatu akhirnya HH menuding pada Umno yang kerajaan perpaduan ini adalah sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO untuk menggugat kekuatan Pas dan Pakatan.Bagi saya HH telah mengkianati orang orang melayu dan Islam sesudah memberi cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.Demi mahu melihat orang melayu bersatu Umno telah memberi reaksi yang positif untuk kebaikan orang orang melayu.Tapi sebaliknya yang dilemparkan oleh Pas pada Umno adalah fitnah dan tohmahan bagi menutup kelemahan diri sendiri.UMNO membuat reaksi demi bangsa dan negara dan tidak lebih daripada itu. Reaksi UMNO ikhlas berdasarkan cadangan HH sendiri.
UMNO akan tetap mengingati cadangan Abdul Hadi itu sebagai sesuatu yang murni.Bagi Umno selepas 39 tahun sejarah kerjasama UMNO-Pas dicapai pada 1970, impian untuk melihat kedua-dua parti yang membela kaum Melayu dan Islam itu kembali bersatu sebenarnya tidak pernah mati.Walaupun perbincangannya sering menemui jalan buntu rentetan politiking berlebihan bangsa Melayu, namun harapan yang ada walaupun sekelumit, tetap dihidupkan dengan impian bahawa sejarah sekali lagi bakal tercipta.
Secara tersurat atau tersirat agenda di sebalik perkara ini, hanya akan terjawab setelah kerjasama UMNO dan Pas itu berlaku. Pas sudah menunjukkan kesungguhan untuk menjayakan usaha besar ini termasuk menerusi Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mula memberikan reaksi positif.Pendirian yang sama ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak pertama kali menyambut idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh HH.Hakikatnya hasrat untuk menyaksikan kedua-dua parti utama orang Melayu dan Islam ini bersatu tidak mungkin tercapai sekiranya tiada perubahan sikap di kalangan pemimpin UMNO dan Pas sendiri.
BAGI SAYA,HH AKAN MENERIMA BALASAN DARI KESILAPANNYA.RAKYAT SUDAH TAHU SIAPA SEBENARNYA HH DALAM POLITIK TANAH AIR.MEMANG WAJAR SEKALI AHLI POLITIK YANG HANYA MEMENTINGKAN KEPENTINGAN PERIBADI HARUS DITOLAK DAN DI KUBURKAN.PEMIMPIN SEBEGINILAH YANG MENGHANCURKAN ORANG MELAYU DAN ISLAM.....SETELAH DIDESAK DAN DITEKAN OLEH MUSUH MUSUH ISLAM AKHIRNYA HH TUNDUK JUGA PADA PETUALANG BANGSA.....SEWAJARNYA HH DIBERI PERINGATAN ......MUNGKIN SEBAGAI SEORANG YANG LEMAH MUNGKIN KITA TAK MAMPU UNTUK MENYEDARKAN HH TAPI DENGAN PENYATUAN ORANG ORANG MELAYU AKAN MENYEDARKAN HH BAHAWA PERPADUAN DIKALANGAN ORANG ORANG MELAYU AMAT PENTING UNTUK MEMBAWA NEGARA TERUS GEMILANG.PADA RAKYAT MALAYSIA WAJAR KITA MENGGIAGATI YANG HH ADALAH SEORANG YANG SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH BANGSA HANYA UNTUK MEMUASKAN NAFSU POLITIK NYA.
KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI.......................
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA