tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 24 Jun 2009

TOLAK KERAJAAN PERPADUAN:ANTARA UMNO DAN PAKATAN SIAPA YANG UNTUNG DAN SIAPA YANG RUGI

Meskipun sudah lebih 30 jam idea kerajaan perpaduan dilontarkan PAS ditolak Pakatan Rakyat, penganalisis politik melihat keputusan itu tidak membawa kemenangan dan kerugian mutlak kepada mana-mana parti politik, tetapi yakin isu itu akan muncul semula dalam waktu terdekat.

Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Univerisiti Sains Malaysia, Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, keputusan tersebut jelas menunjukkan perpaduan di kalangan orang Melayu tidak akan kukuh lagi.

"PAS sebuah parti politik yang bongkak. Mereka fikir dengan 23 kerusi (Parlimen) yang mereka miliki mereka boleh kalahkan Umno.

"PAS terlalu memandang rendah keupayaan mereka (Umno). PAS salah jika buat andaian sedemikian. Umno ada 78 kerusi di Parlimen jika dibandingkan dengan PAS.

"Mereka perlu ingat hakikat itu," katanya kepada mStar Online ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun idea tersebut ditentang oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pakatan Rakyat, gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang disifatkan suatu fitnah dan tohmahan jahat untuk menggugat kekuatan mereka.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, ada pemimpin PAS yang lantang menentang idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi kerana masing-masing bimbang akan kehilangan kuasa politik mereka.

"Kalau idea kerajaan perpaduan diteruskan sudah pasti ada pemimpin yang akan hilang kerusi yang mereka miliki sekarang.

"Adakah mereka sanggup menghadapi keadaan itu satu persoalan yang sukar dijawab?

"Mereka (PAS) hanya mahu jatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan menguasai negara... itu hasrat PAS. Cuma mereka perlu ingat bukan mudah untuk kalahkan Umno kerana pemimpin-pemimpin Umno tak 'bodoh' semuanya," katanya.

Menurut Ahmad, jika PAS dan Umno tidak mahu meneruskan idea penubuhan kerajaan perpaduan menjelang pilihan raya umum ke-13, undi orang Melayu akan berpecah.

"Menjelang PRU ke-13 jika idea kerajaan perpaduan ini tidak diteruskan, saya fikir akan jadi satu keadaan di mana semua parti, tidak kira sama ada PAS, Umno, DAP mahupun PKR tidak akan dapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang kukuh.

"Ketika itu akan timbul masalah yang sama seperti yang terjadi di Perak,” katanya. "Jika PAS atau Umno tidak mahu bersatu, masing-masing perlu menang dengan mendapat majoriti lebih dua pertiga kerusi Parlimen untuk meneruskan survival politik orang Melayu. Jika tidak kuasa politik Melayu akan terhakis," katanya.

Bagaimanapun pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Strategi dan Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman melahirkan pandangan berbeza dalam isu berkenaan.

Menurutnya, penolakan idea penubuhan kerajaan perpaduan oleh Pakatan kelmarin merugikan Umno.

"Saya lihat Umno agak terdesak dalam isu ini (kerajaan perpaduan). Mereka (pemimpin Umno) mahukan dengan idea kerajaan perpaduan kerana mereka perlu kerjasama dengan PAS untuk menjadi parti yang terus memerintah negara pada PRU ke-13,” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, usaha Umno untuk meraih sokongan daripada PAS dengan cuba membentuk kerjasama dalam isu-isu berkaitan dengan kepentingan orang Melayu terutamanya dalam sektor ekonomi dan pembangunan dilihat tidak berjaya.

"Di sini nampak Umno tewas untuk mempengaruhi PAS kerana ada pemimpin parti itu seperti Nik Aziz, yang lantang menyuarakan pandangan yang mengecam idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Mungkin mereka Umno terpaksa mencari alasan lain untuk tubuhkan kerajaan perpaduan,” katanya.

Ditanya adakah isu kerajaan perpaduan akan memberi kesan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai pada 14 Julai ini, Nidzammuddin berkata:

"Mereka (pengundi di Manek Urai) tidak akan termakan dengan isu itu (kerajaan perpaduan)."

"Bagi mereka isu seperti pembangunan infrastruktur lebih penting kerana mereka masih jauh ketinggalan dalam soal itu," katanya.

Nidzammuddin yang juga pensyarah sains politik berkata, perlu diakui PAS mempunyai aset iaitu pengundi-pengundi Melayu yang setia menyokong mereka.

Namun pada masa yang sama, PAS perlu ingat bahawa pengundi Cina dan India yang menyokong parti itu hanya memberi undi kepada PAS kerana mereka berada dalam Pakatan.

"Kerajasama PAS dalam Pakatan memberi refleksi kepada pengundi DAP dan PKR untuk menyokong PAS di kawasan yang ditandingi oleh parti itu.

"Jika PAS tidak ada dalam gabungan Pakatan sudah pasti pengundi DAP dan PKR tidak akan mengundi mereka,” katanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa idea mengenai kerajaan perpaduan ini akan timbul semula menjelang PRU ke-13 nanti.

"Saya lihat idea ini (kerajaan perpaduan) mungkin akan timbul lagi tapi ia bergantung kepada situasi," katanya.

Sementara itu, Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr, Chandra Muzaffar berkata penolakan idea penubuhan kerajaan tidak merugikan mana-mana pihak.

"Saya fikir penolakan idea itu (kerajaan perpaduan) ada pro dan kontranya... Apabila Pakatan tolak, Umno tidak rugi 100 peratus dan PAS juga tidak untung 100 peratus.

"Kedua-duanya (Umno dan PAS) ada percaturan politik masing-masing," katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik jika sistem dua parti iaitu pemerintah dan pembangkang yang sedia ada sekarang dikekalkan.

"Saya lihat adalah lebih penting pemerintah dan pembangkang capai kata muafakat dalam isu-isu pokok seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perkauman pada masa kini kerana ia dilihat memecahbelahkan masyarakat.

"Dalam sistem demokrasi yang diamalkan perlu ada ‘check and balance’ dalam pentadbiran. Jika ada satu pihak tidak kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang membuat salah akan ada pihak yang akan menegur.

"Itu lebih baik daripada idea kerajaan perpaduan dan saya tak setuju jika peranan pembangkang hilang sama sekali," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden PKR (dulu Keadilan) berkata, jika idea penubuhan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS diteruskan ia mungkin menimbulkan rasa sangsi di kalangan masyarakat bukan Melayu.

"Ini akan merugikan negara dan tidak baik untuk Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH