tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 28 Jun 2009

UMNO PAS:NIK AZIZ SUDAH TIDAK KENAL DOSA

Mahukah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minta ampun pada Tuhan? Nampaknya hingga ke saat ini ulama yang memegang title Mursyidul Am PAS masih tetap merasa dirinya dijalan yang benar menuduh sesama Islam lain secara rambang macam komunis dan ajaran sesat.

Sebenarnya tak perlu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengingatkan Menteri Besar Kelantan yang terkenal dengan imej waraknya tentang dosa menuduh orang Islam lain ‘ tidak Islam’.

Ini kerana jika Nik Aziz ulama sejati tentu sekali dalam ceramah dan kuliahnya beliau sendiri akan sentiasa mengingatkan jemaahnya jangan sesekali berbuat begitu pada orang lain.

Sayang sekali kerana politik berdendam kesumat yang tak kunjung padam spiritual leader Parti Islam Semalaysia ini terus dengan nada cuba mengkafirkan orang UMNO sesedap rasanya.

Ulama yang sepatutnya menyeru kearah jalan perpaduan umat nampaknya semakin gian dan galak untuk terus mewujudkan sengketa dan perpecahan.

Anihnya pada waktu yang sama beliau terus memekakan telinga pada kata-kata hikmah Karpal Singh yang bagi amaran ' langkah mayatnya' jika PAS nak laksanakan pentabiran Islam di Malaysia.

Atas nama kepentingan politik untuk berdakap dengan DAP dan juga PKR beliau pura-pura tak nampak dasar kedua parti yang tidak ngam langsung dengan apa yang didakwa diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Bukan rahsia lagi baik DAP dan PKR cukup tahu sokongan keatas parti mereka akan punah lerai jika menerima hajat PAS nak tabir negara ini mengikut hukum hakamnya.

Juga anih pada ketika ia mahu UMNO tunduk pada kehendaknya sebagai prasyarat nak berunding, Nik Aziz tidak berani menetapkan apa-apa syarat pada kedua parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat menyalahkan sesiapapun jika beliau digelar sebagai ‘ ulama politik’.

Timbalan Perdana Menteri yang diminta mengulas gelagat Nik Aziz main tuduh UMNO macam komunis dan ajaran sesat selepas satu majlis Pagoh Sabtu kata beliau perlu meminta ampun kepada Tuhan kerana ia adalah tuduhan yang amat berdosa.

Katanya Mursyidul Am PAS itu tak perlu minta maaf kepada UMNO.

Lojiknya mengikut hukum agama itulah yang sepatutnya.

Kata Muhyiddin sebagai seorang yang dikatakan tokoh agama disegani, Menteri Besar Kelantan itu mengetahui apa yang diperkatakannya itu adalah amat berdosa di sisi agama Islam.

"Itu adalah tuduhan daripada seorang Islam kepada Islam yang lain dan ia adalah amat berdosa. Sama ada berdosa kecil atau berdosa besar, itu kita serah kepada Nik Aziz sendiri menilainya. Sebagai seorang ulama, mesti dia lebih tahu."

"Jangan hukum kita. PAS pun pernah kata UMNO ini kafir, tapi tak tahulah siapa yang kafir, siapa yang Islam. Bagi saya, dia bukan merapu tetapi lebih daripada merapu dan agaknya PAS sudah lari daripada perjuangan Islam yang diperkatakan diperjuangkan parti itu," katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata PAS tidak mengenepikan agama Islam hanya disebabkan ia mempunyai fahaman politik yang berlainan.

Menurutnya, UMNO lebih lama berjuang dalam menegakkan syiar Islam berbanding dengan parti pembangkang itu dan perkara itu sendiri diperakui oleh umat Islam di negara ini.

"UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO," katanya.

Untuk meleraikan kemelut ini Timbalan Perdana Menteri berpendapat para ulama boleh memainkan peranan dengan menegur tindakan parti politik yang bertentangan, tanpa dituduh sebagai mencampuri urusan dalaman parti.

Soalnya mahukah ulama yang merasa dirinya terlalu Islam ini menerima pandangan orang lain?

Apa lagi Nik Aziz sudah pun melangkah setapak ke depan dengan mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka dengan nya setelah diasak dengan isu dakwaannya yang menjadi bahan polimek itu.

Sewaktu ditemui wartawan di Kota Bharu Sabtu Menteri Besar Kelantan itu anggap dirinya mewakili pemimpin Islam manakala Najib dari pihak pemimpin sekular.

Katanya beliau akan hantar surat undang Najib untuk perdebatan itu.

Ikut cakap Nik Aziz sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1951 sehingga hari ini, rakyat belum mendapat jawapan mengenai dasar perjuangan UMNO.

Baginya isu berkenaan dapat diselesaikan menerusi debat itu.

"Saya nak tahu kenapa UMNO lawan PAS sedangkan PAS menggunakan Islam. Nak tahu tak kena di mana Islam ini, sampai UMNO tolak dan menggunakan sekular,”itu katanya lagi yang mungkin membuatkan Karpal Singh,Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenyum lebar. -28/6/2009






Perilaku seorang ‘ ulama besar ’…

Datuk Nik Aziz Nik Mat mungkin dilihat sebagai seorang ‘ ulama besar’ bagi orang PAS.Cuma yang menjadi tandatanya sekarang apakah seorang ulama ada lesen untuk cakap ikut suka hati.

Kenyataannya ketika berceramah di Padang Awam Laloh,Manek Urai pada 21 Jun yang menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat ‘Ayah Pin’ dikira sudah langgar batas perilaku seorang ulama.

Ini kerana dihati kecil Tok Guru itu beliau sendiri pasti tahu ia tidak benar.

Berpolitik ada batasnya.Cubaan memberi gambaran seolah-olah orang Islam lain tidak berpegang pada anutan Islam adalah petunjuk jelas tahap pemikiran Menteri Besar Kelantan itu dan beliau ulama kategori apa.

Mungkin baginya hanya orang PAS saja yang Islam di dunia ini.

Para pemimpin UMNO sendiri selama ini tidak pernah menuduh orang PAS tidak Islam kecuali mendakwa mereka mengunakan agama untuk tujuan politik.

Ramai orang yang terguris dengan kenyataannya yang keterlaluan itu.

Bagi Nik Aziz mungkin beliau merasai peduli apa kerana orang PAS tetap akan berdiri teguh dibelakangnya walau apa sekalipun karenahnya.

Mungkinkah baginya masjib,surau yang bertaburan disegenap peluduk negara dan begitu juga prasarana agama lain serta entiti yang menunjung agama Islam di negara ini seperti Lembaga Tabung Haji dan sebagainya muncul sekelip mata dari lampu Aladin yang digosok oleh orang PAS.

Jumaat, Mursyidul Am PAS itu cuba untuk melembutkan keceluparannya pada 21 Jun yang mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat, dengan berkata iai hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.

"Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya.

Bagi kebanyakan orang maknanya tidak lari jauh dari kenyataan asalnya.

Makanya tidak salah bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menilai kenyataan itu amat bertentangan dengan dasar perjuangan parti itu yang mendakwa bergerak atas landasan Islam.

Menurutnya Nik Aziz semakin keterlaluan dalam berpolitik mungkin kerana terlalu letih lama memimpin negeri ini sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan umat Islam.

“UMNO yang berjuang untuk menghapuskan komunis di negara ini, UMNO juga yang bermati-matian mempertahankan tanah air ini, kalau tidak kerana UMNO yang mengharamkan komunis Nik Abdul Aziz pun belum tentu lagi hidup di Malaysia.

Katanya Barisan Nasional sama sekali tidak menyokong perjuangan komunis atau Chin Peng dan sebaliknya yang rakan sekutu PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan bekas pemimpin parti itu dibawa masuk ke negara ini.

“Nik Abdul Aziz selalu marah-marah bukan perkara baru, dia marah sejak beberapa tahun lalu dan meluahkan pelbagai kata-kata serta mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas.

‘‘Kita rasa ini satu reaksi seorang pemimpin yang lama sangat memimpin di Kelantan dan mungkin beliau sudah terlalu lama dan letih,” katanya di majlis pelancaran jentera Pemuda BN di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru Jumaat.

Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah juga anggap apa yang dikata Nik Aziz tidak wajar dan tidak munasabah.

Katanya kepada wartawan selepas mengadakan satu majlis di Manek Urai Jumaat ini kerana Nik Aziz sendiri pernah bertanding di Kelantan atas tiket Barisan Nasional semasa PAS bersama BN.

"PAS pun parti politik seperti UMNO dan kita tak kurang juga berjuang untuk Islam. Segala-galanya yang kita lakukan untuk Islam juga. Tak munasabah dia cakap macam ini.

"Dia dulu bersama BN juga. Tahun 1967 dia bertanding pada pilihanraya kecil di Kelantan dia bersama kita. Pada tahun 1974 masa Kelantan dikuasai BN, dia bertanding di Bachok atas tiket BN. Kenapa nak timbulkan perkara yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat," katanya.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Nik Aziz menjatuhkan harga dirinya sendiri dengan membuat tuduhan itu.

Sambil menggesa Nik Aziz segera meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Syed Ali berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar itu telah diperalat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP untuk menghancurkan perpaduan Melayu.

Syed Ali meminta kepimpinan PAS menasihati Nik Aziz agar mengawal percakapannya bagi mengelak berlakunya perpecahan umat Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH