Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata bagaimanapun usaha itu seharusnya mendapat persetujuan daripada pemimpin Umno Pusat terlebih dulu, sebelum dapat diteruskan pertemuan itu.
Katanya, Umno Kelantan mengambil sikap terbuka dalam perkara ini dan sentiasa bersedia untuk memulakan tugasan dalam memperkukuhkan masyarakat negara ini terutama berbincang dengan Nik Abdul Aziz, bagi pembentukan kerajaan perpaduan itu.
"Umno Kelantan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pas negeri terutama Nik Abdul Aziz ke arah pembentukan kerajaan perpaduan.
"Kita (Umno negeri) ambil sikap terbuka dalam perkara ini dan hanya menunggu isyarat dari pucuk kepimpinan Umno pusat bagi melaksanakan tugasan itu.
"Umno negeri akan tunggu arahan dari Umno pusat kerana apa pun, kita harus berpandukan kepada pemimpin tertinggi Umno iaitu Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum dimulakan pada peringkat bawah," katanya.
Beliau memberitahu pemberita selepas melancarkan Program Basmi Kemiskinan Giat Mara Peringkat Negeri Kelantan dan Kelab Usahawan Giat Mara (KUG) Kelantan, di Pejabat Kesedar Wilayah Kuala Krai, dekat sini, kelmarin.
Hadir sama Pengerusi Giat Mara Malaysia, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meriyam Abd Majid.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Umno Kelantan akan memulakan pertemuan dengan Pas negeri terutama dengan Nik Abdul Aziz, dalam usaha pembentukan kerajaan perpaduan.
Jumaat lalu, Muhyiddin mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin parti itu melupakan persengketaan lama bagi kepentingan umat Islam.
"Saya akan memberikan layanan sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pas.
"Saya yakin dengan cara memupuk perpaduan di kalangan rakyat, tidak akan wujud masalah. Saya tidak suka ketegangan kerana ia akan membentuk perpecahan dan ini menyebabkan rakyat lemah dan pihak lain akan mengambil kesempatan untuk mengucar-kacirkan kita,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA