Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keskes besar yang sedang dirisik kerana menurutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.
"Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah," katanya kepada pemberita pada majlis serah dan terima tugas Pengarah SPRM Kedah, di pejabat SPRM di sini hari ini.
Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Idrus Jaafar kini menyandang jawatan Pengarah SPRM Kedah, mengambil alih tugas daripada Nooraziah Abdul Manaf yang ditukarkan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menjawat jawatan baru sebagai Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.
Mohd Jamidan berkata berkata hasil perisikan yang dibuat berdasarkan maklumat orang ramai, pihaknya telah dapat menembusi sindiketsindiket tertentu dan mendapati ada kes yang perlu didedahkan.
"Walaupun ada kes yang sukar untuk dibuktikan tetapi SPRM mempunyai sistem, keupayaan, kepakaran dan kebijaksanaan menembusi sindiket terbabit dan dapat mengatasi kebijaksanaan mereka.
"Saya berharap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan kami bagi membanteras rasuah atau sebarang penyelewengan," katanya.
Menurutnya, menerusi kerjasama orang ramai, SPRM mencapai banyak kejayaan tahun lepas antaranya kes rasuah yang melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sindiket rasuh yang melibatkan Jabatan Hutan Sabah dan sindiket mencuri besi di Pahang.
Idrus pula berkata enam penjawat awam dalam kumpulan sokongan di Kedah adalah antara 19 orang yang ditahan oleh SPRM sejak Januari lalu yang membabitkan rampasan wang sogokan keseluruhan berjumlah RM20,518.
Katanya enam orang ahli politik turut disiasat yang turut melibatkan politik wangSUDAH TENTU SEMUA INI KERJA PEMBANGKANG.MEREKA TAHU KALAU TAK SAPU BILA LAGI MEREKA NAK LAKUKAN.TENGAH ADA KUASA PELUANG SEBEGINI TIDAK AKAN DILEPASKAN.HANYA INILAH MASA UNTUK MENGAUT SEBERAPA BANYAK KEKAYAAN....KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA