Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata berbeza dengan Umno yang terbuka dan bersetuju untuk berbincang, tentunya ia akan menarik minat orang Melayu dan rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan kestabilan politik.
“Oleh itu, saya yakin sesiapa saja yang cintakan perpaduan akan tertarik dengan agenda BN untuk menyatukan orang Melayu kerana melalui jalan ini kita dapat menjamin kestabilan politik negara, berbanding Pas Kelantan yang bukan saja tidak setuju untuk berbincang, malah menolak terus cadangan itu.
“Malah, kita percaya kumpulan yang menyokong cadangan itu mungkin tidak akan berkempen secara aktif pada pilihan raya kecil itu nanti,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) di sini, semalam.
Pilihan raya kecil DUN Manek Urai akan diadakan pada 14 Julai ini, manakala hari penamaan calon pada 6 Julai berikutan penyandang kerusi berkenaan, Ismail Yaakob, 60, daripada Pas meninggal dunia kerana komplikasi jantung 22 Mei lalu.
Mustapa yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Manek Urai, berkata walaupun kerajaan perpaduan bukan satu-satunya isu yang menjadi tumpuan di DUN berkenaan, setidak-tidaknya ia dapat membuka minda pengundi yang inginkan perpaduan yang dicetus parti politik.
“Selain isu kerajaan perpaduan, banyak lagi isu lain yang turut diambil kira seperti masalah penduduk setempat dan kemudahan infrastruktur yang perlu ditangani segera,” katanya.
“Yang penting, Umno dan BN perlu bekerja kuat bagi mempengaruhi pengundi untuk membawa perubahan, sekali gus memastikan pembangunan di kawasan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini, jentera pilihan raya Umno dan BN semakin mempergiatkan usaha untuk memastikan 12,293 pengundi di DUN berkenaan dapat menerima perubahan kepemimpinan.
Mengenai pandangan beliau ketika ‘turun padang’ ke Manek Urai, Mustapa berkata: “Sudah nampak bibit-bibit inginkan perubahan di kalangan penduduk Manek Urai.”
Ditanya mengenai calon pula, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, terlalu awal untuk mengumumkannya kerana masih berbaki kira-kira tiga minggu sebelum penamaan calon pada 6 Julai ini.
“Calon tempatan penting untuk pilihan raya kecil ini, bagaimanapun hanya calon yang boleh memberi kemenangan kepada BN akan dipilih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA