Datuk Seri Najib Razak berkata, perpecahan dalaman PAS berhubung isu kerajaan perpaduan bukan disebabkan konspirasi dan mainan politik Umno kerana ia dicadangkan parti Islam itu sendiri.
"Macam mana pula ia mainan Umno, sebab mereka yang mencadangkannya. Cadangan (kerajaan perpaduan) dibuat oleh pihak PAS," kata perdana menteri dalam sidang media di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi.
Najib diminta mengulas rancangan Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan raksasa Selasa ini bagi menjelaskan segala "fitnah dan konspirasi Umno dan BN" berhubung isu tersebut – yang menimbulkan kegelisahan dalam PAS dan gabungan pembangkang.
Mengulas lanjut, Najib berkata pandangan beberapa pemimpin PAS menolak kerajaan perpaduan tidak menggambarkan pendirian keseluruhan pemimpinnya.
“Dalam PAS pun banyak pendapat. Tidak semestinya pendapat itu pendapat pucuk pimpinan PAS. Sebab ada pihak yang setuju dan ada pihak yang tidak setuju.
“Kita tidak boleh kata pendapat yang dibawa dalam perjumpaan PAS itu (perhimpunan minggu depan) sebagai pendapat pucuk pimpinan. Mungkin pendapat beberapa pemimpin PAS,” katanya.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini dilaporkan berkata 'Himpunan Perdana Perpaduan' akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya jam 9 malam.
Najib menambah, banyak NGO Islam menyokong idea tersebut kerana ia merupakan tuntutan agama.
“Perpaduan dan usaha-usaha untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam itu wajib kita perjuangkan, yang wajib kita lakukan supaya mendapat barakah nanti atas apa yang kita lakukan.
“Kalau itu yang dianjurkan agama, sepatutnya kita lakukan. Bukan soal politik (yang) mengatasi apa yang dituntut oleh agama kita,” katanya.
Beliau menolak tanggapan bahawa idea tersebut menidakkan peranan kaum bukan Islam dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkannya.
Perdana menteri sebelum itu merasmikan konvensyen Baitulmal 2009.
Dalam ucapannya, Najib mencadangkan supaya dilakukan kajian bagi mewujudkan satu badan khas peringkat kebangsaan yang menyelaras Baitulmal seperti Perbendaharaan Negara.
Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut dalam sidang media, beliau berkata cadangannya itu belum ditetapkan lagi dan perlu dihalusi terlebih dahulu kerana ia melibatkan bidang kuasa sultan.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tuan,
BalasPadamPolitik perkauman adalah politik gaya lama.
Generasi muda yang cerdik akan menolak sama sekali politik jenis ini. Ini politik nostalgik orang tua yang takut kepada bintang tiga dan Jepun.
Apa pulak politik baru? Sila baca ini: http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/politik-baru-itu-apa.html
Politik gaya lama hanya pentingkan kuasa, bersifat perkauman,politik untuk perut dan kemaluan.
Pemipin politik gaya lama tidak pernah rasa berslah kepada bangsa sendiri. Sila baca ini:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/1.html
Blogger lama mahu pun baharu yang gaya politiknya lama wajib baca yang ini:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/06/blogger-selak-kain-blogger-gaya-lama.html
Betullah tukata gedungakal, politik baru lebih lagi banyak menggunakan kemaluan, macam anwar dan beberapa pemimpin PAS....
BalasPadam