tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 7 Jun 2009

UMNO PAS:ANTARA HADI,NASHARUDDIN DAN HUSAM SIAPA YANG TAK FAHAM ERTI PERPADUAN

TERDAPAT dua isu menarik dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55 iaitu ketegasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan idea kerajaan perpaduan dan kejayaan Nasharudin Mat Isa mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas.

Walaupun kedua-dua isu berbeza namun ia mempunyai kaitan antara satu sama lain, ini kerana akibat isu kerajaan perpaduanlah Nasharudin terpaksa menempuh laluan sukar disebabkan idea tersebut telah disalahtafsirkan dan diputar belitkan oleh sesetengah pihak dalam parti itu bahawa ia berkaitan dengan usaha untuk menggabungkan Pas dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Biarpun suatu ketika Abdul Hadi pernah menarik balik idea berkenaan, namun dalam sidang akhbar di muktamar itu, kelmarin, beliau kembali mempertahankan idea itu dan menganggap ia jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah negara.

Namun bagi Abdul Hadi, apa yang beliau lontarkan adalah sekadar idea dan ia bukanlah harus dilaksanakan segera, sebaliknya perlu dikaji dengan mendalam memandangkan ia satu idea baru yang memerlukan pemahaman semua pihak terutama rakyat.

Dengan penjelasan itu, tidak perlulah mana-mana pihak terutama dalam Pas terlalu resah gelisah sehinggakan niat yang baik tersebut disalah ertinya. Apa yang sepatutnya mereka lakukan ialah memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan dan bukannya membantah membuta tuli serta paling buruk mengaitkannya dengan usaha menggabungkan Pas dengan UMNO.

Akibat daripada sentimen tersebut, Nasharudin dikaitkan dengan usaha bekerjasama UMNO. Beliau 'diserang' habis-habisan termasuk di dalam blog. Bagaimanapun Nasharudin tetap istiqomah dan sentiasa berada di belakang Abdul Hadi.

Ternyata sekali usaha pihak tertentu melakukan serangan ke atas Nasharudin dengan hasrat menggugat peluang beliau mengekalkan Timbalan Presiden Pas gagal apabila dalam pemilihan yang berlangsung beliau berjaya menewaskan dua lagi calon ialah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden UMNO, Mohamad Sabu.

Kejayaan Nasharudin itu telah memungkinkan tradisi meletakkan ulama memegang dua jawatan utama dalam Pas menjadi kenyataan. Ini sekali gus mengecewakan kumpulan profesional untuk menduduki posisi berkenaan.

Namun begitu dalam tempoh dua tahun akan datang, cabaran utama Nasharudin pula ialah membuktikan beliau sememangnya layak untuk berada di kedudukan itu dan bukannya kerana beliau seorang ulama.

Bagaimanapun Nasharudin tidak perlu khuatir kerana semua yang terpilih sudah pasti faham bahawa selama ini seperti mana kata dilaung-laungkan oleh pemimpin dan ahli parti iaitu Pas berjaya berikutan gabungan tiga tenaga iaitu ulama, profesional dan aktivis.

Selain itu, langkah Abdul Hadi dan Nasharudin seterusnya ialah meyakinkan pemimpin dan ahli parti itu supaya melihat idea kerajaan perpaduan secara lebih menyeluruh dan bukannya dari sudut yang sempit atau mengikut persepsi semata-mata.

Tambahan pula, Abdul Hadi sendiri sudah memberi jaminan bahawa apa pun berlaku Pas akan tetap berusaha mengukuhkan kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Bagi saya yang penting PAS jangan sesekali menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO) atau dengan Umno sekalipun.Saya juga berpendapat apabila rundingan tersebut membabitkan kerajaan perpaduan, ia tidak bermakna PAS akan mengadakan kerjasama dengan Umno.Yang perlu dan penting adalah rundingan penubuhan kerajaan perpaduan itu adalah untuk kepentingan negara dan bukannya kepentingan parti parti politik.Sudah tentu sekiranya kejayaan penubuhan kerajaan perpaduan ini akan menambahkan keyakinan pada para pelabur luar negara untuk melabur di negara ini apabila Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh dan saling bekerjasama antara parti parti politik.

Bagi saya dan rakyat yang cintakan keamanan tidak mustahil apa yang disarankan oleh Hj Hadi ini akan dapat dilaksanakan sekiranya segala kepentingan politik mengatasi segala galanya demi untuk kemakmuran dan keharmonian dalam negara yang berbilang kaum dan budaya ini.

Dalam suasana politik hari ini ia mungkin sesuatu yang sukar difikirkan namun jika kita semua meletakkan kepentingan Negara di hadapan, pembelaan nasib dan kebajikan rakyat agenda utama kita, maka tidak mustahil cadangan ini dapat dilaksanakan dengan syarat semua pihak jujur dan ikhlas.

Sekiranya apa yang disarankan oleh Hj Hadi ini berhasil di jelmakan ianya adalah satu kejayaan pada seluruh rakyat malaysia yang sedang mengalami betapa suasana ekonomi global kini begitu meruncing dan kegawatan besar di Amerika Syarikat dan Eropah bakal singgah dan mempengaruhi ekonomi Negara kita.

Dengan adanya kerajaan perpaduan yang sama sama berusaha untuk membawa malaysia keluar dari masaalah ekonomi dan perpaduan kaum akan ada kesungguhan dan tanggungjawab untuk mempertahankan Negara kita dari ancaman ekonomi ini dan sama-sama perlu menyatukan idea dan fikiran untuk membawa negara ini kesatu tahap yang dapat dirasai oleh seluruh rakyat untuk merasai sebuah negara perpaduan yang bebas dari sebarang pertelingkahan dan permusuhan.

Cadangan tersebut boleh dipertimbangkan dan rundingan perlu dibuat di peringkat semua parti dan dilakukan secara menyeluruh agar impian seluruh rakyat untuk menikmati suasana yang bebas dari sebarang sengketa dan perebutan kuasa sehinggakan pihak istana turut terlibat dan terbabit secara langsung.

Bagi saya apa yang di nyatakan dan di perjelaskan oleh Hj Hadi mengenai kerajaan perpaduan ini adalah satu tindakan yang berani dan ianya harus mendapat sokongan dari rakyat kerana kita sudah penat memikirkan segala kemelut yang melanda sejak akhir akhir ini.

Semoga kerajaan perpaduan akan menjadi kenyataan dan akan menjadi satu permulaan untuk kita hidup dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera.

MUNGKIN HUSAM TIDAK MEMAHAMI APA ITU ERTI PERPADUAN...HARAP HARAP APABILA DIRINYA BERADA DILUAR KEPIMPINAN PAS HUSAM AKAN DAPAT MEMPELAJARI APA ITU ERTI PERPADUAN,BEGITU JUGA DENGAN PENYOKONG PENYOKONG HUSAM YANG TERLALU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI TANPA MAHU BERKONGSI PERJUANGAN.BAGI SAYA HATI HATI MEREKA TERUTAMA HUSAM SUDAH TERTUTUP DENGAN PERJUANGAN ISLAM IAITU PERPADUAN.....KITA RENUNG RENUNG KAN LA.....LU PIKIR LA SENDIRI HUSAMMMMMMMMM.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH